Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima oleh Azraei Muhamad

13:30
'Do not put all eggs in one basket'

'Start planning for retirement early'

Buku nih den baca dalam masa 3 jam (2 jam masa tunggu giliran untuk ambil darah di PPUM + 1 jam breakfast masa tunggu buong fetch untuk balik dari PPUM).

Buku yang sempoi dan menggunakan bahasa yang straight forward yang menceritakan tentang pengalaman penulis di dalam merealisasikan simpanan RM100K pada usia 25 tahun.

Kesimpulan yang den boleh dapat dari buku ni kalau tak salah kefahaman den adalah:

1. start saving early. Untuk den yang dah 40 tahun nih mungkin dah terlambat tapi boleh dilaksanakan untuk anak-anak den;

2. disiplin di dalam menyimpan walaupun perit. Bab nih den sangat gagal;

3. dah berjaya saving, baru berjinak-jinak dengan pelaburan;

4. belanja di bawah kemampuan (kurang daripada gaji yang diterima);

5. always apply 'kehendak vs keperluan' concept. Ini pun gagal juga den nak buat huhuhuhuhu;

6. kena cari ilmu dan wajib kaji risiko (calculated risk) bagi semua simpanan atau pelaburan yang nak dibuat dan keseuaian dengan kita (low, medium or high risk);

7. diversify your saving or investment accordingly selaras dengan pepatah 'do not put all eggs in one basket';

8. antara instrumen simpanan dan pelaburan yang boleh dipertimbangkan adalah Tabung Haji, ASB, ASW and the gang, emas, unit trust, saham, etc.

9. jangan lupa bayar zakat 2.5%, sedekah, etc;

10. mak ayah (den nih ha) jangan lupa menabung untuk pelajaran anak-anak melalui pelbagai kaedah seperti SSPN, insurans pendidikan, etc;

11. daftar Haji awal untuk anak-anak;

12. keperluan takaful insurans termasuklah life takaful, medical card dan seumpama dengannya;

13. use credit card wisely;

14. elakkan atau kurangkan gaya hidup hipster di luar kemampuan hidup ie minum di Starbuck secara berleluasa, etc;

15. say NO to personal loan jika sekadar nak bergaya;

16. kurangkan nafsu shopping sakan, nak ikut arus semasa tentang gadjets, sakan melancong sampai bangkrupsi, etc; 

17. gaji ciput tetapi tetap nak pakai kereta Jepun dan Eropah lalu pitam nak bayar installment bulanan; dan

18. say NO to MLM forever.

Banyak lagi tips yang dia bagi yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Biasa la den ni, kalau buku yang ada input ilmiah memang ada je yang terblur di sana sini padahal dah diterangkan sebaik mungkin.

Of course ada input yang boleh kita google sendiri atau baca daripada pelbagai buku kewangan yang lain tapi den tetap excited baca buku ni sebab ianya menceritakan kerja keras rakyat marhaien menyimpan duit di usia muda dengan mengikat perut, etc. Cerita orang biasa yang berusaha gigih untuk mencapai kebebasan kewangan di usia muda.

Den sarankan anak-anak muda terutamanya yang galak buat installment dengan mana-mana syarikat telekomunikasi untuk beli iPhone XS ke ape entah, baru bekerja dengan gaji RM1500 tapi berangan nak beli kereta Toyota X bagai, etc untuk baca buku ni dan hadam apa yang dikongsikan. 

Of course jalan hidup cerita kita tak sama tapi sedikit sebanyak tips yang ada dalam buku nih kita boleh gunapakai dan sesuaikan dengan diri kita.

Terror la kan mamat nih. Umur 25 tahun dah ada simpanan RM100K tanpa berniaga atau warisan harta ibu bapa bagai. Awak dulu umur 25 tahun dok blur lagi tak tau arah tuju kehidupan.

#Den terfikir kalau masa den kat UKM dulu ada orang explain macam nih kat den agaknya den dah jutawan ke tak hari nih kan? Hehehehheheehe.

No comments:

Powered by Blogger.