Indahnya Kehidupan Zaman Dulu - Kawan Sepermainan Masa Kecil

13:00
Membaca entry Abam Kie dengan tajuk Indahnya Kehidupan Zaman Dulu serta Puisi Gurindam Jiwa Luka di SINI menyebabkan den secara tak sengaja terimbau kenangan lama. Nak-nak pula a few weeks back baru terjumpa di alam maya sahabat lama setelah 30 tahun berlalu, makanya memang banyak sangat kenangan yang den teringat.

Memang nostalgia sungguh zaman dulu lagi-lagi bab persahabatan lelaki dengan perempuan. Dulu kawan sepermainan den semuanya lelaki sebab dekat kejiranan kitaorang yang sekangkang kera tuh memang ada budak lelaki je yang lebih kurang sebaya den. Kitaorang berkawan dari umur 6 - 10 tahun.

Ada 3 orang je pun kawan sepermainan den masa tuh:

Papian (kalau gaduh panggil dia popia basi). Dia nih keturunan mamak;

Mat Teloq (tak sure kenapa panggil dia Mat Teloq, maybe dia suka makan telur kot gamaknya). Anak mak sangat-sangat ni tapi selalu je kena ligan dengan mak dia sebab bila main tak ingat langsung nak balik hehehehhehe. Putih melepak macam cina dia ni; dan

Padin (kalau gaduh panggil dia Padin gagap sebab dia gagap sikit). Kuning langsat warna kulit dia.

Memang sakan satu pelusuk kampung kitaorang main. Antaranya:

1. main perang-perang. Nih favourite kitaorang;

2. melastik burung laki bini. Burung nih warna kuning dan selalu je ada 2 ekor. So kitaorang panggil dia burung laki bini; 

3. cari sarang burung. Biasanya kitaorang tengok telur burung, lepas tuh letak balik. Ada je la adegan terlepas telur burung lalu terpecah langsung saling menyalah antara satu sama lain hhehehehehehe;

4. panjat pokok. Den paling ingat diaorang panjat pokok cermai den tadah kain nak kutip buah cermai yang diaorang baling. Pokok cermai memang kecil je tapi boleh je budak-budak nih panjat;

5. hide and seek kat jerat cina. Serious tak takut hantu pun masa ni. Suka main kat jerat cina sebab batunya tinggi-tinggi so memang spot yang best untuk menyorok;

6. naik basikal keliling kampung siap kena kejar anjing bagai;

7. main kaki tempang. Orang yang kena kejar boleh lari macam biasa. Orang yang mengejar kena jengket macam main teng-teng tuh untuk kejar orang yang lari;

8. the usual games - baling selipar, galah panjang, teng teng, batu seremban, guli, etc;

9. bakar ulat beluncas. Masa dulu takde rasa kejam pun huhuhuhuhu;

10. main kawin-kawin dan masak-masak. Selalunya den jadi ayah. Si Papian jadi mak. Mat Teloq dan Padin jadi anak-anak hehehehehe;

11. tangkap ikan kat longkang. Another favourite ni;

12. mandi hujan, etc. 

Terpaling favourite den rasanya main perang-perang kat kawasan depan rumah den. Tiup peluru (buah segoncaq) menggunakan straw. Den sampai ke sudah tak tau buah segoncaq dalam bahasa Malaysia umum apa. Pokoknya besar tinggi macam pokok sena. Buahnya macam anggur tapi halus-halus. Kalau masak warna purple dan merah, sedap sangat makan. Kalau belum masak warna hijau muda. Peluru kitaorang biasanya guna buah yang hijau muda nih la.

Sakit ooo kalau kena peluru buah segoncaq nih sebab laju kot kita tiup dengan straw tuh.

Sakan sungguh main ke hulu ke hilir. Kitaorang lepas je main kat mana pun dengan syarat sebelum maghrib dah ada kat rumah. Ada sekali tuh dok kalut tangkap ikan kat longkang, terlupa nak balik rumah sebelum maghrib. Balik rumah je kena balun dengan getah paip. 

Friendship dulu-dulu sempoi je. Takde pelik-pelik pun. Memang very innocent friendship. Den dulu main siap pakai seluar pendek je pun.

Zaman sekarang nih mak ayah termasuk den sendiri tak berani nak lepaskan anak-anak main sendiri dengan kawan-kawan sebab dunia sekarang sangat kurang selamat dengan kes pedophile, penculikan, etc. 

Kalau nak diikutkan budak-budak nih suka je main kat luar. Dapat bergelinjang kat luar rumah, diaorang memang happy. Tak ingat langsung diaorang kat televisyen ke tablet ke. Memang diaorang tak heran. Diaorang enjoy je spending time outdoor. 

Anak-anak den tuh tengok pokok semalu pun diaorang dah excited. Tengok semut ke kucing ke diaorang dah happy dah.

Tetapi keadaan dan persekitaran semasa terutamanya keselamatan diaorang sendiri tidak mengizinkan parents nak lepaskan diaorang bebas berlari macam kita dulu-dulu.

Kesian budak-budak zaman sekarang nih sebenarnya.

Diaorang mungkin ada pelbagai barang permainan termasuk tablets bagai tapi diaorang tiada kebebasan untuk explore the world.

#Den dah lost contact dengan semua kawan sepermainan den nih sejak tahun 1989 sehingga kini tidak bertemu lagi. Semoga semuanya di dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya.

No comments:

Powered by Blogger.