Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald Movie Review

08:31
Camne nak review movie yang baru ditayangkan di pawagam tanpa terbagi spoilers kepada orang yang baca review versi den ni especially all the Potterhead? Serius den tak reti. 

So kalau ada spoilers di mana-mana di dalam review daripada kaca mata den nih harap dimaafkan kekhilafan den ye.

Sekiranya korang tak suka tengok mana-mana Harry Potter movies, movies Fantastic Beasts mungkin bukan korang punya cup of tea.

Harry Potter movies lebih light dan fun sedangkan Fantastic Beasts series adalah lebih darker dan serius.

Siapa yang nak tengok movie nih wajib tengok movie yang pertama iaitu Fantastic Beasts and Where To Find Them (FBAWTFT) k sebab movie Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald (FBTCOG) ni merupakan sequelnya. Kalau tak mungkin terblur terutamanya tentang Credence tuh ha.

Sekiranya korang tak suka movie FBAWTFT, rasanya korang tak akan suka FBTCOG sebab storyline nya lebih suram (darker) dan heavy, kurang penglibatan haiwan magic, banyak dialog dan agak kurang aksi.

Kalau korang mengharapkan nak tengok the legendary duel di antara Albus Dumbledore dan Gellert Grindelwald, memang nan hado ye. Itu mungkin dalam third installment of this franchises. The Elder Wand pun takde diperkatakan dalam movie ni.

In fact, magical creature from China iaitu ZouWu mempunyai screen time yang lebih banyak daripada Albus Dumbledore (lakonan Jude Law) huhuhuhuhu.

Disebabkan den hanya baca buku Harry Potter dan tak pernah baca buku yang bersangkut paut dengannya macam FBAWTFT, The Tales of Beedle The Bard, etc den tak tau pun rupanya Nagini (ular Lord Voldermort yang merupakan salah satu Horcrux) adalah asalnya seorang gadis yang sangat cantik. Oppss hehhehehehehe.

Boleh tak dalam tengok movie ni den boleh teringat dekat Tun Dr Mahathir hehehehehe. Masa Nicholas Flamel memberi arahan kepada semua wizards untuk membedung api daripada Gellert Grindelwald, den terus teringat kat Tun Dr Mahathir sebab Nicholas Flamel tuh dah berumur 200 tahun lebih tapi still kena menjebakkan diri gittew. Otai masih berbisa camtuh la ye.

Cinta tak semestinya bersatu. Ada a few scenes yang melibatkan soalnya hati and even wizards did the unthinkable when it comes to the heart matter.

Den ternampak sekilas pandang The Sorcerer' Stone.

Terperasan juga asal usul Lestrange yang jahat dan kejam.

Tiba-tiba plak wujud perkataan Aurelius Dumbledore di akhir movie ni. Opppssss.

Siapa plak dah dia ni sebab dalam buku Harry Potter cuma ada Aberforth Dumbledore dan Ariana Dumbledore. Kena tunggu next sequel la baru tau kisahnya ye tak? Haish.

So best ke idok movie ni?

Kalau korang adalah Potterhead, movie nih memang korang punya forte la.

Nasib baik den tengok movie ni sorang-sorang sebab walaupun buong minat semua movie Harry Potter, dia sakit kepala tengok FBAWTFT. Anak-anak den lagi la tak sesuai bawa tengok movie ni sebab tak banyak aksi dan binatang. Mampuih depa akan bising dalam panggung atau end up tetido pengsan kalau den bawa diaorang tengok movie ni.

Untuk den movie ni memang best je la coz den ada sekelumit kecil genetik Potterhead gittew.

2 comments:

  1. I hari tu cuti tu, utk tengok cerita ni. First wayang I tengok dalam tahun ni. Hehe.. I memang Potterhead la. X sabar nk tunggu sambungan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next installment will be in 2020. Pitam nak menunggu lagi 2 tahun baru dapat tengok sambungannya huhuhuhuhu

      Delete

Powered by Blogger.