Alhamdulillah masih ada rezeki untuk bertemu November pada tahun ini.

In sya Allah tinggal dua bulan je lagi sebelum 2018 melabuhkan tirainya dan kita akan menjejakkan kaki ke dalam tahun 2019.

Bulan November juga adalah bulan permulaan anak-anak yang berada di alam persekolahan merdeka dan boleh mula berjimbaan disebabkan kebanyakannya telah tamat peperiksaan akhir tahun tetapi untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seumpama dengannya, bulan November merupakan bulan yang paling genting dan kritikal sebab mereka akan menghadapi peperiksaan ini bermula dalam 13 November. Good luck k guys.

Towards the end of November juga anak-anak akan mula cuti akhir tahun. Jenuh la ibu bapa dok sakan memikirkan kelas-kelas dan kem-kem yang sesuai untuk anak-anak joint macam kem/kelas hafazan dan solat, kelas robotic, kelas renang, kelas abacus, kelas usahawan dan pelbagai kelas lagi di samping ibu bapa dok mencongak bajet kalau berhajat nak menghantar anak-anak pergi ke kelas-kelas tersebut. Setakat nih den takde plan nak hantar F ke mana-mana pun.

Ada 2 hari cuti umum pada bulan nih iaitu Deepavali pada 6 November dan Maulidur Rasul pada 20 November. Yeayyyyyy. Den memang suka je cuti. Walaupun duduk melepek kat rumah dan agenda melipat berbakul-bakul baju sambil tengok televisyen, den happy je sebab tak payah pergi kerja hahahahaha.

Untuk den nih ha seperti biasa ada je la konon-konon checklist yang dicadangkan untuk dibuat pada setiap bulan termasuklah November. Peratusan pencapaian setiap bulan tuh yang misteri tuh heheheheheehe. Tapi den berusaha juga sedaya upaya buat apa yang termampu bak kata pepatah ‘Aim for the moon. If you miss, you may hit the star’ gittew.

So antara perkara yang den harapkan dapat direalisasikan bulan November 2018 nih adalah:

1. siapkan posts tentang sesi berjimbaan ke Melaka pada minggu lepas;

2. paling kurang siapkan separuh posts pasal Perth yang telah berlalu 2 bulan lepas huhuhuhuhuhu;

3. in sya Allah akan pergi ke Melaka lagi sekali sebab ofis hantar pergi seminar 1 hari di sana (kira berjimbaan sekali je la sempena cuti sekolah walaupun cuti sekolah belum bermula);

4. ada 4 appointments di PPUM pada bulan ni. 2 appointments untuk ambil darah, 1 appointment di Klinik SLE untuk tengok status Anti Phospolipide Syndrome (APS) den serta 1 appointment di Klinik RUKA bagi pemantauan tahap kolesterol (appointment nih yang paling ngeri sebenarnya huhuhuhuhu);

5. pelbagai program ofis seperti fun run, pemantapan kerja berpasukan dan team building yang sebenarnya macam sangat malas nak pergi tapi sure kena bombat kalau tak pergi huhuhuhuhu;

6. berangannya nak tengok movie Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald yang akan mula ditayangkan pada 16 November kat panggung tapi buong dan budak-budak tak beberapa minat spesies cerita macam nih. Nampaknya kena pergi tengok sengsorang la waktu rehat hari Jumaat. Elok la juga acah-acah ‘me time’ sebab boleh la den makan popcorn, hotdog serta nachos dengan tenang sebab selama nih kalau dengan kiddos, den sempat rasa sesuap dua je semua kudapan tuh yang biasanya akan disettlekan masa tengok trailers je. By the time movie mula, semua kudapan dah habis. Haish.

#Macam mana la kan nak eat clean? Kudapan yang diangan-angankan untuk tengok wayang pun dah melebihi kalori untuk 3 meals untuk 1 hari. Itu tak kira kalau tiba tergedik-gedik nak minum Coke plak kan? Haish.

Movie Robin Hood 2018 macam best juga tapi macam tak minat la plak si Taron Egerton (ramai pelakon generasi Aiman Tino nih tak menggugat jiwa la ) dan Jamie Dornan (walaupun dia berlakon Fifty Shades of Grey yang den tak pernah rasa nak tengok pun). Kalau nak tengok movie nih pun mungkin disebabkan den nak tengok Jamie Foxx.

Creed 2 lakonan Sylvester Stallone dan Michael B. Jordan nih pun nampak best. Lagi-lagi ada Dolph Lundgren kan.

Haish so many great movies so little money huhuhuhuhu.

7. perkara yang sentiasa menjadi sebahagian checklist pada setiap bulan iaitu:

a.  mengganti puasa paling kurang 2 hari;

b. membaca buku paling kurang 2 buah buku;

c. cuba sedaya upaya eat clean; dan

d. mulakan semula aktiviti bersenam samada zumba atau jogging.

Banyak betul perancangan untuk November nih kan. Semoga direalisasikan la hendaknya, in sya Allah.

Bring it on November.

0 Comments