Cengkerang Seafood Jumble Restaurant, Kota Laksamana, Melaka

Restoran nih terletak dalam 5 minit dengan kereta dari Faithview Hotel and Suites.

Disebabkan kitaorang malas nak keluar jauh dari hotel, ini adalah restoran yang paling hampir dengan hotel. Kalau ikut nak jalan kaki je pun tapi sebab hujan renyai-renyai terpaksa la naik kereta.

Restoran Cangkerang nih terletak di dalam kawasan beberapa restoran dengan landskap yang menarik (ada pokok-pokok, ada pokok berjurai, ada kolam kecil, etc). Persekitaran di sini memang boleh bagi full mark dengan syarat anak kita tak tergolek masuk dalam kolam. Sempat dalam sekelip mata mainan si A masuk dalam kolam tuh. Haish.
Tema restoran nih adalah shell out di samping hidangan ringan untuk kiddos.

Ada 10 perisa yang kita boleh pilih untuk hidangan shell out kita tuh.
Kitaorang cuba shell out untuk 2 pax (minima pax yang available) dengan gravy New Yolk Salted Egg. 

Si A tanya den ‘kenapa makanan tak letak dalam pinggan mama?’ hehehehehhehe.

Dalam basic set tuh ada udang, sotong, kepah, clam, jagung dan brokoli + nasi + air untuk dua orang.
Kalau nak tambah seafood lain macam ketam, ketam nipah, lobster ke ape boleh je la. Sediakan aje duit nak membayarnya.
Untuk kitaorang yang dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak nih, minima pax nih dah cukup untuk kitaorang. Kitaorang cuma tambah satu nasi putih + 1 air kosong + 1 omellete (sebab si F tak makan seafood, makanya kena la ambil telur yang bapak besar ni).

Sedap je makanannya tapi sebab ambil perasa salted egg tuh macam muak la sikit bila dah makan lama-lama. Nak ambil perasa chili krab dah budak-budak nih tak makan pedas pulak. 

Suasana restoran memang santai dan cozy. Mula-mula nak duduk kat luar kedai supaya dapat menghayati suasana menarik sambil menikmati makanan tapi disebabkan hujan, terpaksa la melepak kat dalam kedai. 
Untuk kiddos sementara nak tunggu makanan sampai, sakan depa dok tengok ketam nipah dalam aquarium yang ada di situ.
Rasa makanan memang okay kat tekak. Harga pun not bad. So bolehlah singgah untuk dinner kat sini (sebab kedai nih pukul 5 petang hingga 11 malam je) kalau melalukan Kota Laksamana nih ye.

Alamat : No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, 75250 Malacca

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (5 petang - 11 malam)

Isnin tutup tau


Instagram : @cengkerangseafoodjumble

View kat sini waktu siang

No comments:

Powered by Blogger.