Menara Taming Sari, Melaka

Menara Taming Sari merupakan menara setinggi 110 meter dengan pemandangan 360 darjah yang dibina menggunakan teknologi dari Switzerland.

Walaupun ketinggian menara nih 110 meter, kita dapat melihat pemandangan bandaraya Melaka pada ketinggian 80 meter je tau.

Tak lama pun kita dapat naik menara ni, dalam 7 minit macam tuh je. Bagi siapa yang gayat kiranya tak sempat nak sakit jantung dah selesai dah naik menara ni. Kejap je dia berpusing dah kita turun ke bawah macam tuh la.

Better naik Menara Taming Sari ni pada waktu malam sebab masa tuh den rasa view yang paling cantik sebab boleh nampak lampu-lampu bergemerlapan dengan begitu indah sekali.
Nak mendapatkan harga tiket bagi pemegang MyKad dan MyKid tuh memang kena tunjuk MyKad dan MyKid nya ye.

Ada 3 tarikan lagi di Menara Taming Sari ni iaitu Mini Rider 3D, Italian Bumper Car dan ecoride Comos Electric Car.

Kalau nak naik semua attraction kat sini, better la ambil tiket kombo bagi Menara Taming Sari + Mini Rider 3D + Italian Bumper Car. Lebih murah sedikit daripada harga tiket kalau kita beli satu-satu.

Lepas turun dari menara ni, sempat juga budak-budak nih paw den untuk naik Mini Rider 3D yang mengenakan bayaran RM5/seorang. Den tak sure apa yang menarik kat mini rider nih sebab budak-budak je yang naik.
Mini Rider 3D
Lepas layan Mini Rider 3D, gagah la melayan budak-budak naik beca untuk pusing 1 round dengan harga RM25.

Paling tidak kalau ke Melaka perlu naik Menara Taming Sari nih sekali seumur hidup ye sebab menarik je kot tengok pemandangan cantik dari ketinggian 80 meter.
Waktu Operasi : 10 pagi - 11 malam

Harga Tiket : Dewasa RM 17. Kanak-kanak di bawah 12 tahun RM 11

No comments:

Powered by Blogger.