Have A Merry December

10:52
Alhamdulillah December is finally here.

Sekejap je kan? Dalam dok kalut menguruskan kehidupan seharian, pejam celik pejam celik dah bulan 12.

Bulan December 2018 nih memang happening sebab:

1. budak-budak happy sebab depa cuti sekolah. Sakan depa melayan main macam-macam. Let just them enjoy their childhood kan?;

2. Selangor ada 1 hari cuti umum iaitu birthday Sultan Selangor. Siapa tak suka cuti kan? Hehehehehe;

3. Christmas. Den dari dulu suka hiasan-hiasan comel dan warna warni di kala sambutan Krismas + Christmas movies. Festive and feel good feeling are always super awesome. Siapa yang suka shopping lagi enjoy all the fabulous discount during Christmas sale kan?;

4. Sesi nak finalizekan perkara berkaitan SKT dan LNPT bagai. Nih yang paling malas sebenarnya huhuhuhuhuhu;

5. In sya Allah rezeki penjawat awam Negeri Selangor akan mendapat bonus 1 bulan gaji pada akhir Disember ni. Bolehlah guna untuk persiapan anak-anak masuk sekolah, bayar cukai pintu, cukai tanah, etc bagi 2019, etc;

6. Parents termasuklah den nih ha akan sibuk nak beli kelengkapan masuk sekolah anak-anak;

7. Wajib kemaskini fail cukai pendapatan LHDN bagi 2018. Tengok semula perlu tambah bayaran zakat pendapatan yang terkurang supaya den dapat minimakan bayaran cukai pendapatan;

8. Sesi mengemas dan decluttering rumah emak mertua. Nak sorting barang yang dah 30 tahun tersimpan rapi. Pengsan oooo. Mak...gelas emas seutas dua dilupa jangan ye sebab den dah tolong kemas rumah ni hehehehhehe;

9. Aquaman movie akan mula ditayangkan pada 20 December. In sya Allah akan tengok wayang sebab si A memang peminat tegar superhero. Den of course la nak tengok Jason Momoa. Buong plak dah pastinya nak tengok Amber Heard hehehehehhe; 

10. In sya Allah den akan cuba habiskan cerita tentang sesi berjimbaan ke Perth pada end of this month huhuhuhuhu; dan

11. Planning kehidupan untuk 2019 baik daripada segi aktiviti kembali ke pangkal jalan, kesihatan, kewangan, sesi berjimbaan, kerja, etc.

Tuh perkara yang memang dah ada dalam perancangan.

Perkara yang tiba-tiba terjadi yang perlu den handle tak tau lagi kan hehehehehe.

Lets have a merry December k and leave 2018 witha bang yar.

No comments:

Powered by Blogger.