Tips ke Perth Part 2

17. Fremantle Market dan E-Shed Market hanya beroperasi pd hari Jumaat - Ahad. So kalau nak tengok pelbagai kedai yang jual souvenirs, make sure datang at least pada salah satu hari nih k.

18. Selain hari Jumaat - Ahad, boleh shopping souvenir murah di Freo Market beroperasi Isnin - Ahad tapi seketul tuh je la kedainya. Tak dapat nak mencuci mata dengan jayanya la.

19. Car seat untuk baby, toddlers dan kanak-kanak sehingga umur 8 tahun wajib ye. Kalau drive sendiri make sure inform awal kepada syarikat kereta sewa tentang keperluan carseat. Mungkin ada extra charge.

20. Waktu operasi kebanyakan tempat menarik adalah dari 9 am @ 10 am - 5 pm @ 5.30pm.

21. Bawa botol air kosong kecil untuk isi air bagi memudahkan urusan di toilet sebab diaorang tiada hos paip.

22. Sediakan wet tissue ye untuk lap-lap apa yg patut.

23. Simcard Optus tuh tak kuat untuk share hotspot. So kalau memang jenis kaki wajib ada internet sepanjang masa sebab sakan nak update status, etc better la beli simcard Optus tuh sorang satu k.

24. Musim spring tetap sejuk (suhu siang dlm 16 – 17C, suhu malam 7 – 9C). Untuk org yang memang tak tahan sejuk macam den nih ha (tapi tetap fefeling @ berangan nak bermastautin di negara omputih), mmg kena bawa baju tebal, stokin & sarung tangan. Vaselin, losyen, lip balm, etc wajib bawa ye untuk elakkan kulit kering, menggelupas, etc.

25. Kalau memang kena pakai baju sejuk, wind breaker @ sweater, bawa baju tak glamour pun takpe untuk dipakai sebab semua gambar pun kita memang akan pakai baju sejuk (tak nampak pun baju glamour kat dalam baju sejuk tuh).

26. Bila pergi Perty City tour, jangan lupa naik feri dari Elizabeth Quay - South Perth. Ada pakej untnk gondola dan boat trip round the Swan River (dalam 20 minit).

27. Kalau dah sampai Kallis' Fish & Chip, boleh je pertimbangkan untuk naik eye of Perth sebab sepelaung je jaraknya.

28. Smiggle dan Correle adalah sangat murah. Sila borong.

29. Perfume di Chemist adalah sangat murah. Peminat perfume memang boleh sawan sebab semua perfume murah. Sure ada rasa nak borong semua.

30. Sila singgah di KKMart sebab kalau ada sale blouse dan tshirt memang sangat berbaloi. Den beli 1 tshirt + 6 blouse dgn harga 23$. Kalau diconvert ke RM dlm RM70 utk 7 baju. Sehelai jatuh RM10. Berbaloi sangat k.

31. Jangan tinggal barang dalam kereta coz ada banyak kes pecah kereta esp di Kings Park. 

32. Sila bawa sos cili tau sos tomato sendiri dari hotel/homestay sebab sos cili kat sini kena bayar asing. Mujur tour agent kitaorang bawakan sos cili untuk kitaorang, so takde la kena beli sos cili di situ

33. Make sure tinggalkan duit sikit untnk kebarangkalian nak kena add on luggage kat kaunter check in sebab sakan shopping tak ingat dunia tapi bajet beg ringan.

Tuh je la kot tips yang tak seberapa daripada den. This is my last post about sesi berjimbaan ke Perth ye. Nasib baik sempat gak siap cerita pasal Perth ni di bulan Disember setelah trip ini berlalu hampir 4 bulan lepas hehehehehhe.

No comments:

Powered by Blogger.