Aquaman Movie

13:03
Den memang looking forward nak tengok the stand alone movie of Aquaman sebab dalam Justice League, Aquaman nih macam the funny guy.

I have the expectation the movie will be at par with Wonder Woman sebab ramai orang bagi Aquaman movie ni 9/10. Wonder Women adalah antara superhero movie yang terbaik bagi den.

I really wish Aquaman will pecah panggung sebab DC memang perlukan superhero movie yang mantop selain Wonder Woman. Den rasa selepas Superman movie yang dikritik agak hebat, penyelamat untuk DC movies adalah Wonder Woman dan mungkin Aquaman. Den tak rasa stand alone movie untuk Flash dan Cyborg (kalau ada) boleh capai hype macam Wonder Woman. Aquaman macam ada harapan sebab kita cerita pasal Atlantis kot.

Bila dah tengok movie ni semalam, den rasa movie ni tak beberapa nak best huhuhuhu.

Macam too many thing is happening at one time ala-ala carca merba pun ada. Siap ada dinosaurs, robot bagai. Atlanta mungkin maju daripada segi teknologi macam Wakanda tapi jalan ceritanya macam kalut la. Banyak scenes terutamanya scene gaduh di laut tuh CGI nya macam terpleot la. Kerajaan Atlantis pun macam tak beberapa nak gah, at one time den rasa cantik lagi ocean Kingdom milik King Triton (The Little Mermaid) hehhehehehe. 

Sebenarnya tak kisah pun secantik mana Atlantis Kingdom tapi sebab jalan cerita camtuh, dah den dok fokus tengok benda lain macam kingdom tuh hehehhehe.

Den rasa memang cabaran lebih gempak untuk buat cerita nak buat cerita dalam laut/air tapi still CGI nya macam a bit off gittew. 

Den tak tau kalau mungkin memang macam tuh cerita dalam komik sebab den tak pernah baca mana-mana komik.

King Orm bagi den takde la sejahat mana sebenarnya. Dia sakit hati sebab emaknya kena hukum bunuh sebab ada anak lain yang mungkin emaknya dok memendam rindu setiap hari sebab terpisah kan. 

Dah la kekurangan kasih sayang emak kan,  den suspek juga sepanjang hidupnya, ada je la pakcik dan makcik bawang Atlanteans tuh yang dok cakap dia not the worthy king atau heir sejak dia kecil lagi sebab ada abang dia si Aquaman kat darat yang mungkin lebih layak padahal orang tuh dah cuba menjadi raja yang baik kot walaupun mungkin ada rasa gila kuasa tak bertempat.

Nko tak rasa bengang ke walaupun nko dah cuba jadi yang terbaik tapi orang dok kenang atau cakap pasal mamat yang boleh tahan juga douche bag nya tuh.

Eh tetiba plak den go against the handsome Jason Momoa kan? Hehehehehehe.

Benarlah kasih ibu membawa ke syurga. King Orm nampak je omaknya masih hidup, terus je dia macam lembut hati.

What with superheroes and villains ni kan? Sokmo je ada mother issues. Hati tisu sungguh depa ni walaupun ada super power. Haish.

Jason Momoa is the Aquaman. Sesuai benar dia dengan watak ni tapi memang dalam komik dia ni macam kejam sikit ke macam mana. Den dah get used to superheroes berkadar langsung dengan baik hati yang extra dan sangat humble, so bila tengok Aquaman tak tolong ayah Black Manta yang tersepit dan nak bunuh Orm lepas Orm tak nak lepaskan takhta, den ada rasa 'eh kenapa Aquaman ni tak nak jadi a bigger person kan? Kenapa hatinya tak suci murni macam Captain America, Black Panther atau Thor gittew?'.

First time rasanya den tengok Williem Dafoe (Nudius Vulco) berlakon sebagai orang baik hehehehhehe. Suspicious je den masa mula-mula nampak muka mamat ni. Dalam hati dok terdetik bila la mamat ni nak tunjuk belang sebenar. Macam tak percaya dia baik hahahahhaa.

Amber Heard sebagai Mera memang sajak bebenar. Lawa sungguh minah ni. Ada beberapa scenes yang menyebabkan den terasa macam 'kalau Amber Heard berlakon jadi Ariel dalam Disney movie, The Little Mermaid' tuh macam cun je.

Den tak perasan langsung King Nereus tuh adalah Dolph Ludgren. Lama tak nampak mamat nih berlakon.

Seposen je watak Nicole Kidman tapi bila dia muncul, tak boleh nak alih pandangan daripada dia sebab cantik sungguh pompuan ni.

Memang patut la pun Atlanteans marah kat penduduk bumi sebab sakan dok buat pencemaran di muka bumi yang memberi kesan kepada hidupan di laut. Bak kata Mera, direct effluent discharge ke laut, buat sampah sesuka hati akhirnya menyampaikan ke laut, pencairan ais di kutub, climate change, etc. Tuh belum penyu dan hidupan laut lain yang tersangkut kat pukat kita, etc.

Of course citarasa kita tak sama. Best ke tak best sesebuah movie adalah subjektif. Tapi untuk den, Aquaman ni so so je la. Anak-anak den suka movie ni sebab banyak hidupan laut.

No comments:

Powered by Blogger.