Disebabkan Fremantle Market dan E-Shed Market hanya beroperasi pada hari Jumaat - Ahad, makanya tiada la rezeki kitaorang nak membeli belah di sana sebab kitaorang berada di Perth dari Isnin - 6.00 pagi hari Jumaat. Sebagai galang gantinya kitaorang shopping souvenirs di Freo Souvenirs Shop yang mana ownernya merupakan anak kepada owner yang mempunyai kedai di Fremantle Market.
Jadi la kan daripada tiada apa-apa atau apa nak dikata, terima aje la bahagiannya setelah tidak study sebarang maklumat tentang Perth sebelum membeli tiket kapal terbang gittew.

Tour guide kitaorang cakap kalau siapa yang datang ke Perth tapi tak dapat ke Fremantle Market dan E-Shed Market macam kitaorang nih ha, Freo Souvenirs Shop adalah pilihan yang terbaik untuk shopping souvenirs kerana harganya yang berpatutan siap boleh tawar lagi dan kepelbagaian souvenirs yang dok ada kat sini.

Dulu-dulu masa mula-mula berjalan, habis satu kampung den nak belikan souvenirs hahahahhaha naïve sungguh dan suci hati je masa tuh. Sekarang nih den cuma beli souvenir untuk family dan sahabat rapat je.

Kalau beli souvenirs ni, biasanya memang akan beli fridge magnets dan keychains je la pun. Den cuma beli sweater yang ada tulis Australia untuk kitaorang 4 beranak bagi digunakan untuk tengok wayang. Den beli juga beberapa helai tshirts. Tuh je la pun yang dibelinya.

Beli barangnya sekupang dua je tapi proses kira bilangan manusia yang perlu dibelikan souvenirs, memilih barang, pegang barang letak semula, ambil barang letak dalam bakul, keluarkan semula barang dari bakul, siap intermission pergi toilet dulu, congak harga dari AUS$ ke RM lalu sakit jantung, etc tuh yang mengambil masa yang panjang heheehehehehe.
Rambang mata sebab semuanya menarik dan berwarna-warni tapi bila didarab 3, langsung la agak terkesima di situ
Untuk orang macam den yang membeli souvenirs sekadar yang ada ni, okay je la shopping di Freo Souvenirs Shop tapi den pasti suasana kemeriahan dan pelbagai pilihan souvenirs tentu lebih banyak di Fremantle Market dan E-Shed Market kerana di situ ada pelbagai jenis kedai souvenirs.

#Macam harus je repeat lagi Perth nih kan sebab nak pergi ke Fremantle Market dan E-Shed Market tuh hehehehehehe.

0 Comments