Fremantle Prison

Lokasi kedua untuk tour pada hari kedua di Perth nih diteruskan dengan lawatan ke Fremantle Prison yang merupakan salah satu tempat bersejarah daripada 11 tempat yang dikategorikan sebagai Australian Convict Sites World Heritage Property.
Kebanyakan Kerajaan di negara-negara omputih kan memang akan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan lama macam nih untuk tujuan sejarah dan pembelajaran. 

Sayang betul Kerajaan Malaysia tidak mempunyai perasaan macam ni terhadap Penjara Pudu. Kalau tak boleh menjadi satu tourist spot sebagai salah satu bangunan bersejarah berkaitan pengurusan pesalah di Malaysia kan? What a shame right? Nak buat macam mana dah Penjara Pudu terletak di lokasi prime area. Kalau terletak kat Sabak Bernam mungkin dapat diselamatkan lagi. Haish.

Ada 2 kawasan yang boleh dilawat secara percuma oleh orang awam iaitu contact visits 2 dan lagi satu den dah terlupa apa namanya (gitu la kalau tak ambil gambar atau catat nota).
Untuk lawatan secara lebih meluas dan terperinci, kita boleh pilih pakej lawatan yang disediakan termasuk lawatan penjara dan terowong (prison and tunnel tour) yang mana harganya memang ngeri la heheheheheehe.
Of course kitaorang masuk ke kawasan lawatan yang percuma je. Tuh pun dah banyak sangat maklumat yang tak sempat dibaca. Di dua kawasan nih dipamerkan maklumat serta peralatan berkaitan pengurusan penjara termasuk buku inventori banduan yang bertulis tangan yang mana serious cantik gila tulisan orang dulu-dulu, peralatan yang digunakan di penjara, kaedah pengurusan banduan termasuk hukuman dan interactive board yang memaparkan maklumat tentang sejarah banduan yang pernah menerima hukuman di Fremantle Prison nih termasuklah banduan yang popular sebab kemahiran berpolitik, mencipta, etc.
Cantik tulisan orang dulu-dulu kan
Ini bukan banduan ye. Ini kakak yang suka posing.
Even dalam dua bahagian yang boleh dilawat secara percuma ni pun den tak sempat nak baca banyak maklumat sebab serious banyak sangat info k.
Kalau ambil tour berbayar, kita boleh lawat kawasan di sebalik pintu pagar ni. Kalau free tour, sampai sini sahaja had lawatan kita ye
Omputih nih bab dokumentasi memang serahkanlah kat depa sebab maklumat yang dikumpulkan memang terperinci. Antaranya sejarah kronologi setiap bahagian penjara ini sejak 1850, banduan lari dari penjara sejak 1864, etc. Serious sangat detail k.
Nko tengok rekod banduan melarikan diri pun ada kronologi ye. Cekap tak cekap omputih mendokumentasikan event.

Maklumat banduan dan jenayah yang dilakukan direkodkan secara interaktif
Nko tengok hukuman dulu-dulu. Kesalahan mencuri 1 pound. Kena penjara 14 tahun ye. Patut la orang dulu ramai menjadi 'orang' ye. Ini Malaysia lagi nak mansuhkan hukuman gantung untuk kesalahan yang berat-berat. Haish.
Di Fremantle Prison nih juga disediakan café dan souvenir shop tapi disebabkan kitaorang sampai sini awal sangat, tak sempat la nak tengok barang-barang kat souvenir shop dan minum kopi di café tuh.
Bukan sahaja bangunan penjara ini dipelihara dan dipulihara dengan sewajarnya, rumah warden penjara dan pegawai tertinggi penjara pun masih tersergam utuh. Ada rumah yang telah disewakan untuk digunakan bagi tujuan komersial dan pembelajaran. 
Serious omputih nih ada je idea dia nak memajukan satu-satu tempat kan. 

Sini bukanlah tempat yang nak bergambar ria sangat sebab bangunan penjara kot tapi nilai lawatan ke sini adalah maklumat tentang kehidupan dalam penjara tuh itself.

Sepanjang 40 tahun den hidup, ini adalah kali pertama dalam hidup den melawat penjara. Being a scaredy cat, melawat penjara macam nih pun den dah ngeri, berdebar-debar sebab tak boleh imagine kalau kena spend part of my lifetime kat tempat macam nih. 

Semoga Allah lindungi kita semua daripada terjebak dalam apa jua perkara yang memungkinkan kita terhumban dalam penjara. 

#Eh panjang pula cerita den pasal penjara nih ye.
Rasa semacam ketenangan keluar dari kawasan penjara dan tengok view ini.

No comments:

Powered by Blogger.