Alhamdulillah diberikan rezeki oleh Allah untuk melalui 365 hari pada tahun 2018 ni. 

So di hari terakhir pada tahun 2018 ni, den just nak recaps the up and down yang berlaku di dalam hidup den:

1. Kesihatan - Alhamdulillah kitaorang the whole family dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun. Selain daripada kes F dimasukkan ke wad di Hospital Shah Alam pada awal Februari akibat demam panas due to jangkitan kuman, kitaorang semua okay je kecuali sakit-sakit yang biasa (demam, batuk dan selesema). Paras kolesterol den walaupun masih kekal tinggi tetap la juga ada penurunan even though 0.7 sahaja but a good news is still a good news gittew.

Towards end of 2018, kesihatan mak tiri dan mak mertua adalah kurang memberangsangkan. Aspek ini yang akan dilihat dengan lebih mendalam pada 2019.

2. Books. Sepanjang 40 tahun den hidup di bumi ni, tahun 2018 adalah tahun yang mana den memborong buku dengan jayanya walaupun ada banyak buku yang telah dibeli pada tahun-tahun sebelum nih yang den belum habis baca pun huhuhuhuhuhu. Den beli 150 buah buku tahun ni. Memang kopak koyak rabak bajetnya.

Den berjaya membaca 34 buah novel sepanjang tahun ni yang mana. Peningkatan yang lebih bagus daripada tahun 2017 hehehhehehe.

Sakan juga den merayap ke event buku macam Jualan Gudang MPH, Jualan Gudang KarangKraf, Pesta Buku Negeri Selangor, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Book Excess Tamarind Square, Cyberjaya.

3. Family - Alhamdulillah kitaorang ada rezeki untuk spend masa dengan the kiddos pergi ke lebih daripada 40 tempat. Money well spent. Sweet memories with the kiddos.

4. Gaya hidup sihat - Nih antara the lower point dalam hidup den sepanjang 2018 ni. Tak dapat berzumba dengan jayanya huhuhuhuhu. Percubaan eat clean yang berjaya sekupang dua sahaja. Antara aspek yang den berangan nak tambahbaik dengan jayanya di tahun 2019.

5. Oversea trips - done Hanoi and Perth.

6. Financial - another aspect yang tak beberapa nak best dalam hidup den pada tahun nih huhuhuhuhuhuhu.

7. Ganti puasa - marathon mengganti puasa dengan sakannya dan berjaya habis ganti puasa sebanyak 26 hari. 5 more days untuk diganti sebelum menjelang Ramadhan pada tahun 2019. Nih antara achievement den yang terbesar pada tahun nih sebab cerita menggantikan puasa nih dah berlarutan lama kot sejak tahun 2010 huhuhuhuhu.

8. Kerjaya - Statik gittew. Haish. Don’t wanna talk about it.

9. Blogging - den berpeluang joint 8 events. Kira okay la kan untuk blogger picisan cam den nih ha hehehehehehe. Another highlight for my 2018.

10. Lagho - Konsert Bruno Mars (9 Mei, Axiata Arena) dan Konsert Mariah Carey (10 Oktober, KLCC).

11. Pencapaian Tabung Warna Warni - banyak jasa tabung warna warni nih walaupun kadang kala ada rasa nak give up hehehehhehe.

Of course dalam hidup nih ada yang best dan tak best yang berlaku tapi bak kata Andy Dufresne dalam one of all time favourite movie iaitu Shawshank Redemption, “you either get busy living or get busy dying” makanya perkara yang dirasakan best tuh, den simpan sebagai kenangan dan yang mana agak terpleot atau not really my cup of tea, den cuba jadikan ianya sebagai pengajaran yang mana mungkin boleh ditambahbaik dalam usaha den nak jadi a better person.

May the 2019 will be rich with more sweet memories…in sya Allah.

4 Comments

  1. Tahniah kak sarie especially tang blogging tu.. sy belum lagi capai tahap camtu.. hehhehe.. anyway semoga bertambah success utk tahun 2019 nanti.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhehe thanks lots Ezzan. Semoga kita sama-sama success supaya dapat bersara awal ye hehehheheee

      Delete