Buku yang den mula baca masa sebelum take off di KLIA dan habis baca 3/4 bukunya apabila landing di Kuching International Airport dari 14 - 17 Disember 2018. Habis baca masa tengah tunggu bas pada hari pertama untuk program kerja di Kuching ni.

Buku yang sangat sempoi, Bahasa Melayu yang straight forward, tiada kosa kata yang bombastik, etc. In sya Allah mudah nak faham.

Tema buku ini adalah ulasan atau analisis penulis tentang pengamatan beliau tentang sifat-sifat atau keperibadian orang barat samada pemimpin atau rakyat di negara-negara yang beliau sempat lawati yang mana kebanyakannya lebih islamik daripada kebanyakan orang Islam sendiri.

Buku berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau di Barat iaitu United Kingdom (London, Cardiff, Liverpool, Manchester dan Scotland) dan Eropah (Istanbul, Paris, Amsterdam, Itali dan Sepanyol) serta Timur iaitu Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Laos dan Vietnam).

Kena pula den baru terbaca laporan ranking countries reflecting islamic values bagi tahun 2017 melalui 'islamicity-index.org' di mana 5 indicators dipertimbangkan iaitu economics, legal and governance, human and political rights and international relations. Secara keseluruhannya, the top 10 countries adalah negara di Barat yang diungguli oleh New Zealand di tangga pertama. Malaysia berada di kedudukan di 43. Even Israel berada di tangga ke 36. Haish.

So antara perkara yang den tertarik di dalam buku ini adalah:

1. Kos inflasi dan sara hidup di United Kingdom jauh lebih rendah berbanding Malaysia berdasarkan kepada skala gaji rakyatnya.

2. Ahli politik Barat yang lebih telus dan berintegriti untuk berjuang bagi kesejahteraan rakyat daripada segi intipati perjuangan, kesederhanaan bangunan kerajaan contohnya bangunan parlimen di United Kingdom, rumah PM di Barat, pemimpin yang letak jawatan kerana integriti telah dikompromi, tersalahguna kuasa, etc.

3. Pemeliharaan warisan sejarah dan budaya yang sangat serius oleh Barat. Ini memang den tak nafikan la kan. Banyak tinggalan sejarah yang Malaysia tak preserve dan conserve atas nama pembangunan, ekonomi, etc. Haish. Contohnya ketidaksempurnaan penyimpanan dokumen Pulau Batu Puteh menyebabkan Malaysia kalah 12-4 dengan Singapura di dalam penghakiman di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

4. Kurangnya bangunan pencakar langit dan bangunan rekabentuk moden kerana keprihatinan terhadap alam sekitar (climate change, global warming, etc).

5. Pengangkutan awam yang sangat tip top baik daripada segi jaringan penyampaian pengangkutan tuh itself serta harga tambang.

6. Ranking universiti awam di Malaysia yang semakin menyusut walaupun kita ada facilities bertaraf Olimpik. Dana untuk research yang dipotong teruk, etc.

7. Humanity atau dasar kemanusiaan yang sangat tinggi. Kebajikan pekerja dipandang serius dan dijaga sebaik mungkin. Waktu perniagaan disingkatkan supaya pekerja dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga. Dalam buku ni tak sentuh pasal kemudahan cuti bersalin negara barat yang jauh bebeno lebih baik daripada Malaysia itself.

8. Sistem perbankan yang lebih islamik daripada bank islamik yang dok ada terutamanya daripada segi kebolehupayaan dan penstrukturan semula cara pembayaran pinjaman bank.

9. Kerosakan alam sekitar, jenayah, kerosakan moral, kerendahan nilai kemanusiaan, etc oleh orang Islam atau muslim sendiri di segenap ceruk tempat di mukabumi.

10. Attitude muslim vs attitude orang barat di dalam pelbagai aspek hidup. Membentuk akhlak manusia vs hukuman. 

Cukup la kot 10 points yang den rasa menarik di dalam buku ni.

Den suka buku nih kerana di setiap tempat yang penulis lawati, di samping penulis highlight kan tentang the best quality tatacara kehidupan orang Barat, beliau ceritakan sekali sepintas lalu sedikit maklumat sejarah di tempat-tempat tersebut. 

Of course boleh je la kita dapat maklumat ni di internet tapi soalnya rajin ke korang tiba-tiba nak search maklumat tentang Revolusi Perancis, monarki Scotland, Scottish Pound, Referendum Perlembagaan Ireland, Hartal All Malaya, tapak warisan dunia di Itali, Sagrada Familia, La Tomatina, Alan Turing, etc. Ada banyak perkara dan tempat yang berada di dalam buku ni pertama kali den tau.

Membaca buku ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada den tentang 'non-muslim countries reflects more islamic values than muslim countries' tapi menyebabkan rasa nak berjalan tengok negara luar membuak-buak walaupun berdasarkan status kewangan semasa serta keperluan yang lebih perlu diutamakan, cadangan sesi berjimbaan bagi 2019 macam have to take a seat back gittew huhuhuhuhu but that is life.

Tapi kalau ada rezeki berjalan ke tempat-tempat yang penulis dah pergi ni, dah pasti den sangat teruja nak singgah ke kedai buku Shakespeare dan Company di Paris dan kedai buku Acqua Alta di Venice.

0 Comments