Trying To Eat Clean

13:22
Rasanya dah almost sebulan lebih den cuba nak makan secara sihat atau eat clean kata orang.

Untuk peminat tegar makanan macam den nih, memang terpleot la bila nak kena catu makan lagi-lagi bab makan nasi tuh huhuhuhuhhu.

Tapi disebabkan tahap kolesterol yang makin tinggi + berat dah cecah 70 kg + umur dah 40 + lutut dah terpleot makanya nak tak nak kena la juga cuba sedaya upaya untuk eat clean. Kalau tak dapat 100% pun dapat 50-60% pun dah cukup baik dah daripada takde langsung kan? Ececeh….bagi justifikasi sendiri plak dah.

Terpaksa bagi justifikasi macam nih sebab setiap kali weekend atau pergi berjalan ke ape memang tak terikut eat clean nih sebab makanan semua sedap-sedap hahhhahahhahaha.

Pemerhatian setakat sebulan lebih nih, den mendapati den boleh eat clean dengan baik apabila hari bekerja sebab tiada agenda berjalan-jalan ria + tiada orang nak sabotaj eat clean den nih ha (tukang sabotaj utama adalah si buong tuh ha).

Breakfast in sya Allah tiada masalah sebab tekak den dah boleh terima overnight oat. Dah la mudah disediakan. So breakfast so far memang okay. Overnight oat tukar-tukar dengan buahnya je. Kadang-kadang letak anggur. Kadang-kadang epal. Kadang-kadang mangga. Ikut dan buah apa yang available dalam peti ais tuh. Kalau takde buah, letak sesudu mix nuts yang memang ada dalam balang kat rumah tuh.
Overnight oat with mix nuts
Overnight oat with apple
Overnight oat with apple and chia seeds. Chia seeds nih baru je beli last week. Baru nak cuba makan.

Lunch yang bermasalah sedikit sebenarnya sebab den tak rajin bangun pagi untuk bangun masak hehehehhehehehe. Setakat nih memang balun roti wholemeal + salads + cheese atau telur dadar. Tuh je la yang rajin setakat nih. Ada je la tuna bagai kat rumah tapi tak tersempat-sempat nak sediakan untuk dijadikan bahan utama lunch.
Breakfast merangkap lunch. Sebab tuh nasi ada 2 portion. Nih kalau terajin gila nak masak sup bagai.
Biasanya lunch den macam ni
Surprisingly den boleh makan salad k. Mula-mula kena je la letak dressing macam thousand island atau kewpie roasted sesame tuh tapi lately boleh la juga bantai makan macam tuh je.
Siapa sangka siapa menduga den boleh makan salad camnih ha heheheehhe
Banyak je kot resepi untuk eat clean kat internet tuh ha cuma lalu tak lalu nak masak dan makan je la.

Kalau den boleh gigih bangun at least setengah jam awal dari biasa, boleh je kot rasanya nak masak lauk untuk dibawa bekal ke ofis. Kita tengok macam mana nanti k.

So sekarang dah okay kalau snacking salad atau buah-buahan.

Bila dinner memang agak ke laut sebab makan satu family. Teruja je la nak makan macam-macam. Even kalau den masak sendiri pun akan tergagal je nak makan portion suku-suku-separuh nih. Haish. Kat sini yang tersangkut sebenarnya.
Dalam seminggu dinner nak dapat macam nih sekali pun bukan main payah sungguh
Kalau weekend dan berjalan-jalan tuh lagi la tak dapat nak tahan nafsu makan. Adoi la.

Ini yang sedang den usahakan secara perlahan-lahan. Yang mana tersempat eat clean masa berjimbaan den jalan terus. Kalau terkandas di tengah jalan lalu makan seumpama membela jin, den pasrah je la gittew huhuhuhuhuhu.

Sempat dalam sekali dua den berlari dalam 30 minit di Tasik Shah Alam setiap kali lepas kerja dengan kawan sepejabat sebelum aktiviti lari nih tergendala sebab musim hujan + den busy berjimbaan. Dah lama tinggal langsung la termalas sudah.

Dah lama gila tak pergi zumba. Selalunya sebab balik dari site dah lambat dan tak sempat ke kelas. Rindu kelas zumba sebenarnya.

Baru-baru nih den tersalah langkah plak kat kedai makan, langsung lutut terpleot, lagi sakit la bila bersenam nanti huhuhuhuhu.

So itu la dia kisahnya rancangan pemakanan sihat dan aktiviti senaman den.

Still a very long way to go but I am trying slowly to get there.

Wish me luck k.

No comments:

Powered by Blogger.