Fremantle War Memorial nih terletak di atas bukit iaitu Monument Hill menghadap Pelabuhan Fremantle.

Dah tempatnya di atas bukit dan mengadap laut serta pelabuhan, of course la pemandangan kat sini memang cantik. 

Nak pula cuaca cantik dan langit membiru, memang cantik je la kombinasi warna biru langit + rumput hijau + warna monument yang coklat kekuningan (warna batu kapur/limestone). Serious gambar kat sini cantik-cantik. Nak pula dapat tumpang gambar dari iPhone orang, memang meletops la gambarnya hehehehehehehe.

Obelisk atau tugu yang dibina di sini tertera perkataan 1914 dan Palestine. Maknanya negara Palestine telah diiktiraf lama kot, kalau tak kenapa ianya diabadikan di tugu nih kan tapi tuh la kenapa sampai sekarang ada isu negara Palestine tak diiktiraf kan? Haish the problem of the world ni.
Beza beno gambar guna handphone cikai dengan iPhone ye
Berdasarkan maklumat di Wikipedia, dikhabarkan The Fallen Soldiers' and Sailors' Memorial is designed so that at dawn 1914 is illuminated, and at sunset 1919 is illuminated, alluding to a line in the “Ode of Remembrance”: "At the going down of the sun and in the morning/We will remember them".

#“Ode of Remembrance” adalah antara kandungan puisi "For the Fallen" oleh Laurence Binyon's (sumber: Wikipedia).

Ada je binaan lain tapi tak terperasan sangat untuk apa sebab dok sakan bergambar di sana sini.

Maklumat yang ada di setiap tugu atau binaan simple je. So sempat je la terbaca walaupun ralit ambil gambar.
Tuan punya iPhone mahal yang sudi melayan kakak-kakak mengambil gambar
Bila tengok balik gambar-gambar yang diambil kat sini baru perasan kitaorang tak banyak ambil gambar pelabuhan atau berlatarbelakangkan pelabuhan tuh. Ada pun sekeping dua je. Besar pelabuhannya tuh walaupun ditengok dari Monument Hill ni, seluas mata memandang gittew.
Boleh je la kot den rasa kalau nak ambil gambar ala-ala Hindustan kat sini iaitu bergolek dari atas bukit ke bawah bukit sebab rumputnya cantik tapi tak kuasa la nak bergolek-golek bagai sebab dah tua-tua nih takut tersalah golek dah tergeliat urat bagai.
One of my favorite photo ever
Another iPhone owner

Den rasa kalau ambil gambar kat sini masa sunset pun cantik juga tapi ambil gambar bila-bila pun cantik juga la sebab kawasan nih dah memang cantik hehehehehehe.

0 Comments