Migratory Shorebirds Watching at Bako Buntal Bay, Kuching, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat dan molek sokmo ye.

Ke mana kome weekend ni?

Kemain tajuk blog omputih ye😅.

 

Den hendak kongsikan cerita satu lawatan tapak teknikal yang awesome.

Yang den berpeluang hadir pada pertengahan Disember 2025.

 

Dekat Malaysia ini ada beberapa tempat yang burung-burung hijrah akan singgah untuk makan dan berehat pada waktu-waktu tertentu.

Di dataran lumpur atau mudflat.

Di Malaysia hanya Bako Buntal Bay, Sarawak telah diiktiraf sebagai kawasan bagi East Asian-Australasian Flyway Partnership (EAAFP).

Selangor dan Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk mendapat pengiktirafan ini.

 

Bila mendapat jemputan untuk lawatan teknikal ke Bako Buntal Bay ni memang la den seronok macam hendak pengsan.

Sebab hampir 2 tahun bila berbincang, dsb nama Bako Buntal Bay ini selalu disebut sebagai contoh.

Jadinya memang teruja sangat hendak pergi ke lawatan teknikal ini.

Kerjasama Jabatan PERHILITAN Selangor dan Malaysian Nature Society (MNS) Selangor dan Kuching bagi menjayakan lawatan teknikal ini memang mantap.

 

In sya Allah nanti den cerita pasal lawatan di Kuching ye.

45 minit perjalanan naik van dari bandar Kuching ke Kampung Buntal.

Kampung Buntal ini mendapat namanya kerana terdapat banyak ikan buntal di kawasan tersebut pada satu ketika dulu.

 

Esplanade Buntal Bay

Esplanade Buntal Bay merupakan pit stop pertama kami.

Berjumpa dengan MNS Kuching.

Simbol kawasan Bako Buntal Bay diiktiraf sebagai EAAFP
Kalau tengok pemandangan hari-hari macam ni den happy je
Taklimat oleh Jabatan PERHILITAN Selangor dan MNS Kuching

Mr Daniel MNS Kuching mengingatkan den kepada tok guru/sifu kungfu dalam movie kungfu Hong Kong.

Handsome dan fit orangnya.

Berkenan den sebab teringat kepada Jet Li😅.

Sementara hendak mencari kelibat burung kami dijamu pemandangan macam ni. 

Kami cuba mencari kelibat burung-burung hijrah di pesisir Pantai Buntal.

Tetapi tidak berjumpa pula.

Kami siap jumpa penduduk kampung mencari siput.

Lupa sudah apa nama siputnya tapi rupanya seakan kerang
Ramai penduduk tempatan mencari moluska di sini
Ini tinggal cangkerangnya aje

Terjumpa bangkai obor-obor yang sangat besar.

Ketua Kampung bagitau ada obor-obor yang sedap dibuat kerabu.

Penerangan oleh Tok Ketua

Bergambar berlatar belakangkan Gunung Santubong.

Gunung Santubong 

Gambar tuan tanah kedaung dilupa jangan

Dia punya panas lit-lit itu tidak bisa dibawa berbincang ye.

Kalau tidak pakai sunblock dan seangkatan dengannya.

Bisa berbelak muka.

Memang berkicap ketiak😅.

Tetapi cuaca cantik sebegini yang molek untuk tengok burung.

Sebab mereka akan ala-ala sunbathing di dataran lumpur.

Gigih ye kami cuba mencari kelibat burung

Lunch dahulu sebelum ke lokasi kedua.

Sakan ye siap minum air kelapa muda lagi
 
Antara pokok bakau di sini. Pokok berembang atau nama saintifiknya Sonneratia alba. Dulu 1 semester den belajar pasal pokok bakau je masa buat degree. 
Hendak buka mata pun jenuh bila panas lit-lit ni tapi gambar memang molek

Dataran Lumpur Buntal Bay

Seterusnya kami naik bot untuk ke pit stop kedua.

Untuk tengok burung hijrah di dataran lumpur.

Den satu kumpulan dengan Mr Daniel😅.

Yeay😅.

Boleh pula satu kumpulan dengan Pengarah Jab PERHILITAN. Udah den kena bersopan santun amalan mulia😅

First time bird watching guna peralatan ala-ala National Geographic.

One kind of unique experience.

Semua berusaha hendak tengok burung hijrah
Ada gaya macam mereka yang di dalam National Geographic tak😅?
Gambar favourite den sepanjang lawatan teknikal ni. Beriya Mr Daniel tunjuk dan explain pada den tentang spesies burung yang kita boleh nampak

Sepintas lalu kita nampak burung-burung ini macam sama semuanya warna kecoklatan macam tu.

Tapi kalau kita perhatikan betul-betul setiap spesies burung memang ada bezanya.

Memang sifu beburung la yang kena bagi penerangan ni.

Ada burung di dalam kategori terancam, hampir terancam, dsb. 

Ini burung-burung hijrah dari lensa teropong berkuasa tinggi yang beratnya berkilo-kilo
Semua gambar burung yang jelas ni daripada lensa kamera berkuasa tinggi MNS yang beratnya berkilo-kilo juga. Ada gambar-gambar yang kabur sebab heat wave
Spesies Tibetan sandlover
Spesies Bar-tailed godwit. Spesies hampir terancam
Spesies Eastern curlew. Spesies yang terancam. Kena tengok betul-betul gambarnya sebab udah sama warna burung dengan dataran lumpurnya

Alhamdulillah rezeki dapat tengok macam-macam spesies burung.

Ada burung sandypaper, China egret, burung camar berjambul, dsb.

 

Sekali masa ralit tengok burung, boatman panggil semua naik bot segera.

Sebab tiba-tiba cepat pula air pasang.

Berkejar kami naik bot hendak balik ke darat.

 

Sampai di darat, terus aje minum petang di warung penduduk kampung.

Sambil mendengar perkongsian Ketua Kampung Buntal.

Sedap pula makan bihun goreng, ayam goreng dan kopi o panas😅.

Serius ayam goreng dan bihun gorengnya sedap gila. Teringat-ingat sampai hari ini

Ada banyak perkara boleh dibuat di Kampung Buntal ini untuk meningkatkan sektor eko-pelancongannya.

Boleh menjana pendapatan kepada penduduk kampung juga.

 

Untuk maklumat lanjut yang lebih teknikal tentang EAAFP ni, boleh tengok di laman sesawang EAAFP Malaysia ye.

 

Ini adalah lawatan tapak terakhir yang den dapat sertai berkaitan burung hijrah.

Kerana skop kerja den di unit baru sejak Jun 2025 adalah sangat berbeza.

Tidak melibatkan EAAFP dan burung hijrah lagi.

Alhamdulillah untuk rezeki dapat melihat burung hijrah di Bako Buntal Bay biarpun sekali sahaja.

14 comments

  1. Subhanallah indah cantiknya suasana tempat lawatan tapak kerjanya. Laut langit pantai dll. Banyaknya spesis burung yang memang tak pernah tengok di persekitaran sini. Tumpang seronok baca kisah KSarie ni. Oh kami dulu pun MNS (Pahang) member jugak dulu2 sebelum pindah randah. Memang best aktiviti nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah tidak jadi ahli MNS ke? Depa ni memang passionate dengan kerja depa kan? Suka sangat bila ada rezeki lawatan teknikal macam ni

      Delete
  2. Kena tengok guna camera jarak jauh ya, KSarie. Baru tahu ni. Alhamdulillah, rejeki dapat merasa tengok burung hijrah dan makan bihun goreng sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena guna teropong dan ambil gambar guna kamera canggih begitu. Alhamdulillah happy sangat KSarie dapat tengok burung-burung hijrah ni

      Delete
  3. Orang mencari siput tu...nampak dalam baldi tu macam mentarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentarang biasanya panjang-panjang kan. Ini bulat-bulat sikit macam kerang sikit

      Delete
  4. Ya Allah best nya job scope camni! Ala² NatGeo gitew :)
    Kampung tu lawa betul...

    ReplyDelete
  5. Kampung Buntal cukup jauh daripada tempat tinggal saya, pernah pergi beberapa kali sekadar ambil angin...tidak kisah pun pasal burung hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan tempatnya Tuan Hanafi. Nyaman je anginnya dan pemandangannya manis

      Delete
  6. Oh dulunya banyak ikan buntal di sana ya kak. Patut namanya buntal bay.

    Beruntung sangat kakak bisa lihat burung2 bermigrasi itu . Amazed saya, mereka bisa mengingat jalurnya. Hebat sungguh ingatannya.

    Melihat orang mencari kerang di lumpur, JD ingat Drakor Korea pula 😄😄. Di salah satu kota, ada pantai yg kalau surut air memang banyak yg cari kerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki akhir 2025 dapat joint technical visit ini🥰Ha...dalam KDrama kalau cerita berlatarbelakangkan Pulau Jeju dan pantai selalu ada scene pungut siput

      Delete
  7. wahh ilmu baru pasal burung hijrah ni! kita mmng takleh datang dekat dgn dia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dapat sebab cepat naw dia terbang berkumpulan kalau nampak kita mendekati deme. Kena jalan slow motion macam nak mencuri nak menengok deme ni

      Delete