Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perjalanan kami di Maran pada hari kedua diteruskan dengan tema seni iaitu ke Galeri M Warna yang terletak di Kampung Sentosa, Maran bagi berkenalan dengan Tuan Zakaria Adam atau Zakaria Periuk Kera dan melihat keindahan lukisan yang dihasilkan.

Selalu orang tanya beliau kenapa pilih periuk kera sebagai insprasi lukisan beliau.

Menurut beliau pokok periuk kera merupakan satu spesies flora yang sangat istimewa kerana ianya adalah pokok sejenis pemangsa tetapi ianya tidak mencari mangsanya yang hanya akan bertindak apabila mangsa datang dekat kepadanya.

Cantik sangat kan? Macam-macam rupa periuk kera ni rupanya

The passionate Master of Pitcher
Aboh menunjukkan lukisan yang dijual pada harga RM50

Den yang memang bakat melukis setakat menconteng orang lidi memang terpesona teruk melihat pelbagai jenis lukisan periuk kera yang berwarna-warni yang berada di Galeri M Warna ini.

Memang boleh Tuan Zakaria Adam atau lebih senang dikenali sebagai Aboh memang sangat passionate tentang periuk kera ni ye. Kita boleh rasa semangat beliau semasa beliau menerangkan tentang inspirasi lukisan-lukisan beliau.

Lukisan periuk kera yang paling comel dijual pada harga RM50 dan ada lukisan periuk kera yang terjual pada harga beribu ringgit. Boleh je kalau kita hendak beli lukisan-lukisan yang terdapat di galeri ini ye.

Bila ditanya tentang lukisan masterpiece beliau, kata Aboh dia tidak pasti tentang lukisan tersebut tetapi ada sebuah lukisan yang sehingga kini tidak dapat disiapkan walaupun telah menjangkau masa empat (4) tahun. Kalau mood melukis sampai, beliau mampu menyiapkan sebuah lukisan dalam tempoh satu (1) hari sahaja. Memang berbakat sungguh kan Aboh ni?

 

Seni lukisan tidak dapat dihargai sepenuhnya melalui gambar dan penceritaan kerana bak kata pepatah the photo doesn’t do the justice begitu. Makanya apabila korang berpeluang ke Maran, pastikan lawatan ke Galeri M Warna termasuk di dalam salah satu agenda kerana korang kena menghayati sendiri keindahan dan kehalusan seni lukisan periuk kera oleh Aboh ni.

Waktu Operasi Galeri: 10 pagi - 6 petang (setiap hari)

Memang santai vibes dekat sini ye. Mendengar penerangan Aboh tentang lukisan periuk kera sambil makan lempeng. Memang heaven.

Sedap weihhh lempeng ni


 

2 Comments

  1. cantiknyaaaa lukisan. ish teringin nk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawa family ke Maran. Memang awesome tempatnya

      Delete