Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tinggal lebih kurang tujuh (7) hari kita hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Persiapan sambutan hari lebaran korang semua macam mana? Baju raya semua sudah beli ke? Jangan lupa membeli kasut raya untuk melengkapkan busana indah untuk dipakai di pagi Syawal.

Kasut raya den pada tahun ini adalah daripada Lucca Vudor. Den suka banget kasut ini sebab kasut buatan tangan (handscraft) yang diperbuat daripada kulit anak lembu (calfskin) dan kulit biri-biri (lambskin) yang sangat selesa dan tidak menyakitkan kaki walaupun hujung kasutnya bermuncung tajam. 

Sesiapa yang kenal den memang tahu den amat cerewet memilih kasut, sandal dan selipar kerana kaki den sangat sensitif dan memerlukan spesies kasut yang selesa. Rasanya macam sudah 15 tahun lebih den tidak mempunyai kasut bertumit tinggi dengan muncung tajam kerana tidak pernah ada yang sesuai dengan kaki den ini. Den kebiasaannya akan memilih keselesaan kasut kalau hendak dibandingkan dengan rekaan kasut.

Jarang sangat den temui kasut yang selesa dengan rekaan yang menarik dan terkini. Biasanya kasut yang selesa rekaannya agak sedikit tidak ceria begitu.

Comfort. Classic. Crafts. Modern. Timeless. Stylish.

Bertepatan dengan temanya Comfort. Classic. Crafts. Modern. Timeless. Stylish., rangkaian kasut buatan tangan berasaskan teknik daripada Itali ini bukan sahaja menawarkan kasut yang selesa tetapi juga didatangkan di dalam rekaan terkini dan warna yang sangat menarik. Sumpah cantik-cantik kasutnya. 

Kalau korang tidak percaya, korang boleh tengok di SINI semua jenis kasut, sandal dan selipar yang den pasti akan membuatkan korang rambang mata hendak pilih yang mana satu sebab hampir kesemuanya cantik banget.

Pelbagai Pilihan

Bukan sahaja sangat cocok digayakan di pagi lebaran, tetapi rekaan kasut dan sandalnya sesuai juga digunakan untuk berjimba di sana sini dan bekerja kerana keselesaan dan rekaannya yang pelbagai.

Macam kasut raya den nih ha sesuai juga digunakan untuk pergi ke majlis dan tempat kerja. Kalau biasanya kasut ke pejabat adalah berwarna gelap, sekali sekala kita pakai kasut dengan rekaan dan warna yang lebih ceria supaya kita bisa lebih semangat melalui hari-hari bekerja.


 

Kalau hendak bersantai dan berjalan di sana-sini, kita boleh memilih kasut tapak rata atau flat shoes atau sandal yang tersedia pelbagai rekaan menawan.

Selipar pun cantik-cantik ye. Sumpah rambang mata bila masuk ke laman sesawang Lucca Vudor ni.

Heloise Sky Blue (2588-A003)

Kebiasaannya den selalu sangat memilih kasut berwarna gelap dan pastel untuk disesuaikan dengan banyak warna pakaian yang ada. Tetapi untuk kasut raya pada tahun ini, den memilih Heloise Sky Blue yang sekali pandang sudah jatuh cinta begitu. 

Warna biru langitnya sangat eksklusif dan lembut seolah-olah warna turquoise. Cantiknya…..den gembira sangat…terasa seolah princess pun iya. Izinkan la den berangan sekali sekala…hehehehe.

Terasa seolah sky blue is the new black pun ada.

Buatannya sangat halus dan berseni. 

Selesa

Cuba korang tengok kasut yang den pilih sebagai kasut raya den ni. Tapak di dalam kasut (insole) sumpah lembut banget macam kusyen kerana menggunakan kulit biri-biri (lambskin support insole). Insole pada bahagian belakang kasut juga sangat lembut yang tidak akan melukakan/melecetkan kulit kaki. Jangan risau tau, tidak perlu menggigit belakang kasut ini sebelum memakainya kerana kasut ini tersedia buatannya untuk tidak melukakan.

Walaupun muncung kasut raya den ini tirus, tetapi kerana insole kasut adalah sangat lembut, makanya tidak terasa perit pada hujung jari kaki. Biasanya den memang tidak akan pakai kasut sebegini, udahlah tirus, bertumit tinggi pula tuh tetapi dengan kasut Lucca Vudor ini, den memang rasa sangat seronok kerana mempunyai rezeki mendapat sepasang kasut raya yang bukan sahaja sangat selesa tetapi cantik banget.

Memang awesome kasut ini sebab tidak ‘menggigit’ atau melecetkan atau melepohkan kaki den.

Kasut kulit memang telah lama dikenalpasti sebagai kasut yang berbaloi untuk dibeli walaupun harganya biasanya agak tinggi berbanding kasut biasa kerana kasut kulit sangat selesa, kaki kita boleh bernafas, tahan lama, mudah dibersihkan, sesuai pada bila-bila masa ala-ala evergreen begitu, berpadanan dengan harga dalam jangka masa panjang dan mesra alam sekitar kerana tidak menggunakan bahan sintetik.

Den paling suka kasut kulit kerana sangat selesa.

Saiz Kasut

Mula-mula risau juga kan bila beli atas talian sebab takut saiz tidak ngam samada terkecil atau terbesar satu satu saiz. Tapi Alhamdulillah saiz kasut Lucca Vudor ini adalah sama saiz dengan saiz kasut yang den biasa beli di kedai-kedai kasut selama ini. Den pakai saiz 38. Kasut Lucca Vudor saiz 38 ini memang ngam-ngam kaki den, memang sedang elok. Boleh tengok carta saiz kasut yang tersedia di laman sesawang dia. 

Sekiranya terdapat keperluan untuk penukaran kasut atas sebab-sebab yang dibenarkan, boleh rujuk syarat-syaratnya pada bahagian delivery and returns.

Kalau ada kasut yang korang berkenan tetapi saiz kasut tidak ngam dengan korang, korang boleh minta dibuatkan kasut ikut rekaan korang yang saiznya ngam-ngam sedang elok terletak dengan kaki korang k.

Pembelian Atas Talian atau Di Kedai Fizikal

Pembelian rekaan kasut-kasut unik dan menarik Lucca Vudor boleh dibuat secara atas talian atau di tiga buah kedai fizikal di Singapura dan sebuah kedai di G 15, Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya.

Pembelian secara atas talian di laman sesawang Lucca Vudor sangat mudah dan cepat ye. Yang best nya, pos penghantaran adalah percuma bagi Singapura dan Malaysia.

Pembelian atas talian juga ada potongan harga yang istimewa. Macam pada kotak kasut den ni, tertera maklumat potongan harga 15% siap dengan kod untuk pembelian atas talian yang akan datang.

Harga

Apa yang boleh den katakan tentang harga kasut, sandal dan selipar oleh Lucca Vudor ini adalah ianya setanding dan berbaloi dengan kualiti keselesaan dan keunikan rekaan kasut tersebut.

Untuk cuci mata tengok rekaan dan warna kasut, sandal dan selipar Lucca Vudor, korang boleh jengah laman-laman berikut ye:

Website: https://luccavudor.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/luccavudorsg

Facebook: https://www.facebook.com/luccavudorsg/

Kalau ada persoalan atau perlukan sebarang keterangan lanjut berkaitan mana-mana kasut Lucca Vudor ni, korang boleh hubungi mereka di: 

WhatsApp: +65 9073 9848 

Email: sales@luccavudor.com 

Den rasa sepanjang 44 tahun kehidupan den, inilah julung-julung kali den memiliki sepasang kasut eksklusif. Alhamdulillah rezeki.

Korang mesti jengah tau laman sesawang Lucca Vudor. Pasti ada yang berkenan di hati. Mana tau ada potongan harga yang menarik kan? Den tengah menabung untuk membeli kasut Hache warna mustard. Kalau pakai kasut ni rasanya akan ada aura Miranda Priestly dalam Devil Wears Prada begitu hehehehehehe.

Moh kita shopping kasut raya Lucca Vudor.

 

0 Comments