Rambut Sihat dan Lebat Serta Kulit Kepala Sihat Dengan Rangkaian Syampu Safi Shayla Menggunakan Teknologi Hijab Scalp Biotics
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi mereka yang berhijab macam den nih ha biasanya akan bergelumang dengan isu rambut kepam, kusam dan tidak bermaya serta rambut gugur secara berleluasa sampai rasa hendak potong pendek ala Roxette je. Itu belum cerita masalah kelemumur yang kadang kala menyebabkan kulit kepala menjadi gatal yang mengundang rasa tidak selesa yang amat sangat.
Kadang-kadang memang teringin hendak mendapatkan rambut yang sihat dan lebat. Tidak dapat rambut ikal mayang macam Rapunzel, dapat rambut macam princess dalam Enchanted pun jadi la kan. Eh…hehehehehehe.
Kalau korang termasuk di dalam golongan yang masih tercari-cari syampu yang boleh membantu mengatasi pelbagai isu yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala bagi mereka yang bertudung, korang boleh mencuba rangkaian syampu terbaru daripada Safi Shayla yang dirumus khas menggunakan Teknologi Hijab Scalp Biotics.
Masalah Rambut dan Kulit Kepala Wanita Berhijab
Sebagaimana yang kita semua tahu, Safi Shayla yang merupakan Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert) melalui Institut Penyelidikan Safi (Safi Research Institute) sentiasa membuat penyelidikan dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti formula yang sesuai dan terbaik di dalam menghasilkan syampu yang bertepatan dengan wanita berhijab di Malaysia.
Kajian oleh Institut Penyelidikan Safi mendapati cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelbagai masalah rambut dan kulit kepala seperti kelemumur, gatal kulit kepala, rambut gugur, rambut kusam dan tidak sihat kepada kebanyakan wanita berhijab.
Macam den yang bekerja di lapangan, memang selalu terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Memang kepala dan rambut cepat berpeluh. Kalau tidak kena gaya, memang la kepam dan kusam rambut den tuh ha.
Bilangan bakteria jahat di permukaan kulit kepala adalah lebih tinggi berbanding bakteria baik yang menyebabkan kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita berhijab kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala mereka yang tidak berhijab.
Penjagaan rapi kesihatan rambut dan kulit kepala wanita berhijab amat diperlukan bagi memberikan keselesaan kepada kulit kepala di samping membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat.
Teknologi Hijab Scalp Biotics
Jadinya apa yang istimewa tentang Teknologi Hijab Scalp Biotics ini?
Teknologi Hijab Scalp Biotics merupakan teknologi pertama di dunia yang digunakan oleh Safi Shayla di dalam usaha untuk mempertingkatkan dan mencipta formula khas dengan rumusan probiotik bagi:
1. membantu penumbuhan bakteria baik; dan
2. mengembalikan semula atau mencapai keseimbangan dan kesihatan kulit kepala.
Formulasi syampu Safi Shayla menggunakan Teknologi Hijab Scalp Biotics dan diperkuatkan dengan tujuh (7) Habbatus Sauda Complex (habbatus sauda, zaitun, kurma, delima, buah tin, saffron dan madu) untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut bagi membantu wanita berhijab mendapatkan kulit kepala yang sihat dan rambut yang lebih sihat dan lebat.
Selalunya kita yang berhijab ni, antara isu utamanya adalah rambut berbau kepam kan sebab lama kita berhijab lagi-lagi wanita berkerjaya. Safi Shayla Teknologi Hijab Scalp Biotics diformulasikan untuk memberikan haruman berpanjangan walaupun kita berhijab sepanjang hari sehingga 72 jam!! Menarik kan? Selamat tinggal rambut kepam, selamat datang rambut ala JLo begitu.
Lima (5) Variasi Syampu Safi Shayla Menggunakan Teknologi Hijab Scalp Biotics
Terdapat lima (5) variasi Safi Shayla yang diformulasikan menggunakan Teknologi Hijab Scalp Biotics, tujuh (7) Habbatus Sauda Complex dan bahan-bahan lain yang boleh kita pilih sesuai dengan keperluan rambut dan kulit kepala kita ye.
Kalau den, turutan syampu yang penting adalah syampu yang boleh mengurangkan kelemumur dan rambut gugur. Seterusnya syampu yang boleh mengurangkan kegatalan kulit kepala. Akhir sekali selepas tiga (3) isu ini selesai baru den tengok syampu yang boleh membantu den mendapatkan rambut yang lebat dan ala-ala ikal mayang begitu.
Syampu Kawalan Rambut Gugur (Hair Fall) Safi Shayla
Ini variasi syampu pilihan utama den sebab rambut den memang gugur teruk. Di lantai bilik air tuh memang penuh dengan rambut den je huhuhuhu.
Selain daripada tujuh (7) Habbatus Sauda Complex, terdapat:
1. ginseng - membekalkan nutrien untuk menguatkan struktur akar hingga hujung rambut; dan
2. pro-vitamin B5 - menguatkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
Semakin meningkat usia ni, memang meriah rambut gugur. Kalau dapat kurangkan keguguran rambut pun den dah rasa happy. Rimas tengok rambut di pelusuk merata rumah huhuhuhu.
Syampu Anti Kelemumur (Anti Dandruff) Safi Shayla
Lepas kurangkan rambut gugur, den menggunakan syampu untuk mengurangkan kelemumur, mengurangkan kegatalan kulit kepala dan berikan rasa segar dan dingin pada kulit kepala (ini disebabkan bahan pudina dan menthol).
Micro ZPT Complex merupakan agen anti kelemumur yang membantu mengurangkan kelemumur.
Kelemumur ni memang mengjengkelkan kan? Kalau kelemumur terlekat-lekat dekat anak tudung lagi buat hati gundah. Jadinya moh la kita mencuba syampu ini ye supaya kelemumur dapat dikurangkan.
Syampu Itch-Kontrol (Itchy Scalp Control) Safi Shayla
Rasanya kebanyakan daripada kita pernah mengalami masalah kegatalan kulit kepala. Kadang-kadang tuh ada yang menggaru sampai berdarah kulit kepala sebab gatal sangat kan.
Syampu kawalan kulit kepala gatal oleh Safi Shayla ni memang perlu dicuba oleh wanita yang berhijab sebab ianya diformulasikan dengan tea tree oil yang berkesan untuk melegakan kegatalan kulit kepala dan mengatasi masalah bau kepam rambut.
Disebabkan nature kerja den yang selalu berada di luar pejabat, memang ngam syampu ni dengan den sebab lepas berpeluh sakan, syampu ni buat kulit kepala den sejuk dan dingin sebab ianya ada menthol.
Syampu Segar Bermaya (Fresh & Bounce) Safi Shayla
Bila rambut kurang gugur, kelemumur semakin sedikit dan kulit kepala semakin sihat (kurang gatal), kita boleh cuba menggunakan syampu segar bermaya yang dirumuskan dengan limau yang berkesan mengawal minyak kulit kepala untuk kita berasa segar untuk tempoh yang lama.
Segar dan dingin memang merupakan kombinasi syampu yang membuatkan kepala kita lebih ringan dan nyaman serta rambut kita nampak lebih bermaya dan tidak kusam.
Korang cuba tau syampu ni. Sedap baunya sebab ada limau tuh.
Syampu Licin Terurus (Smooth & Manageable) Safi Shayla
Korang yang rambutnya kering dan selalu tersekat-sekat bila sikat rambut sebab rambutnya jenis cepat kusut, boleh mencuba syampu licin terurus ni. Diperkayakan dengan Camellia oil yang membantu mengekalkan kelembapan dan melembutkan rambut, rambut korang akan lebih senang disikat dan terurus.
Rangkaian syampu Safi Shayla ni senang hendak dibeli sebab hampir semua kedai runcit di kawasan perumahan kita menjualnya kerana harganya yang mampu milik.
Boleh juga dapatkan syampu Safi Shayla di pelbagai kedai/pusat jualan seperti di Watsons, Guardian, Lotus, Mydin, Econsave, 99 Speedmart, Giant dan sebagainya.
Kalau tidak berkesempatan hendak keluar rumah, boleh juga beli di atas talian seperti di kedai atas lian Wipro Unza di Shopee
Rambut dan kulit kepala yang sihat ni penting sangat untuk meningkatkan kualiti hidup kita dan mempermudahkan urusan harian kita. Kalau udah kerojenya hendak mempesoh rambut je, celah mana hendak ada masa terluang untuk fokus kepada perkara lain yang lebih penting kan?
0 Comments