Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas mengenali beberapa tokoh-tokoh yang banyak berjasa di Galeri Pelancongan Chenor, kami seterusnya singgah ke Galeri Auliya Madrasah Raudah Almubbin sebelum singgah sebentar di kaki Bukit Kertau dan Masjid Kampung Pantai.

Galeri Auliya Madrasah Raudah Almubbin

Madrasah Raudah Almubbin juga dikenali dengan nama Pondok Pok Kob mempunyai sebuah galeri yang menempatkan maklumat tentang perkembangan agama Islam oleh tokoh dari Chenor dan Pahang sejak daripada zaman dahulu kala iaitu bermula pada 1700 Masihi.

Terdapat dokumen dan artifak yang dipamerkan di galeri yang terletak di tingkat satu (1) madrasah ini. 

Bukit Kertau

Seterusnya kami singgah di kaki Bukit Kertau. Sewajarnya bagi menjamu mata melihat pemandangan cantik di puncak Bukit Kertau memerlukan kita untuk mendaki lebih kurang satu (1) jam bagi terapi mata yang istimewa ini.

Tetapi disebabkan masa mencemburui kami, makanya kami tidak berpeluang untuk mendaki ke puncak Bukit Kertau. Yang mampu kami buat adalah bergambar di kaki Bukit Kertau untuk kenangan.

Bukit Kertau setinggi 266 meter ini juga dikenali dengan nama Bukit Mulberry (Mulberry Hill) kerana dikatakan terdapat banyak pokok mulberry di sini. Hendak tahu kesahihan fakta pokok mulberry ini, kita kena la mendaki di sini satu hari nanti ye.

Menurut lamanpahang.blogspot, Bukit Kertau pernah dijadikan pusat rujukan pemetaan Malaysia pada 1948 sehingga 1989 oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Sumber: lamanpahang.blogspot

Kita cerita panjang pasal Bukit Kertau ni di suatu masa nanti apabila den ada rezeki mendaki di sini ye.

Masjid Kampung Pantai Chenor

Kami seterusnya singgah ke Masjid Kampung Pantai Chenor yang dibina pada 1926 dan merupakan antara masjid yang tertua di Pahang.  Lokasi masjid ini terletak lebih kurang 50 meter dari Sungai Pahang.

Boleh baca tentang sejarah masjid ini yang dipamerkan di Galeri Pelancongan Chenor di bawah ye.


0 Comments