Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua tiada Monday Blues kan?

Semuanya bersemangat bekerja kan hari ini?

 

Den jarang hendak jatuh suka dekat cerita genre cinta cintun.

Lagi-lagi yang hero dan heroine pandang memandang sampai 5 minit.

Macam jadah apa la semua ini😂.

 

Tetapi Sabtu lepas den tengok Drama Jepun Romantics Anonymous.

Tiada high expectation pun.

Tengok pun sebab katanya ada cerita pasal coklat.

Sekali nohhhh terus jatuh suka pada dramanya siap cari OST nya lagi.

Berkenan dooh namanya begitu.

Tajuk: Romantics Anonymous

Episod: 8

Genre: Romance + chocolate

 

JDrama ini mengisahkan Pengarah baru kedai coklat Le Sauveur iaitu Sosuke Fujiwara yang ada phobia bersentuh dengan sesiapa belajar menguruskan kedai ini.

Dia berjumpa dengan Hana Lee, seorang pembuat coklat misteri yang ada Scopophobia (phobia bila bertentang mata dan ditenung oleh sesiapa pun).

Depa berdua bekerjasama dengan pekerja di Le Sauveur bagi memastikan coklat yang dihasilkan awesome.

Ada juga watak tambahan lain macam Hiro, pemilik bar dan Irene, pakar psikologi.

 

Den suka cerita ni sebab ada jalan ceritanya semanis coklat begitu.

Setiap episod mewakili setiap coklat di dalam 1 set coklat yang best seller dekat Le Sauveur.

Episod pertama Rainbow Pallete.

Ini nama set coklat yang laku keras tu.

Ada 7 flavour coklat dalam 1 set Rainbow Pallete.

Episod 2 - Truffles Yuzu

Episod 3 - Wasabi en Soie

Episod 4 - Bonbon Sakura

Episod 5 - Special Orangette

Episod 6 - Two Way Confiserie

Episod 7 - Pure Kenji

Episod 8 - Chocolat du Bonheur

 

Coklat Mont de Matcha yang berada dalam set ini tidak dijadikan tajuk episod.

Misteri kenapa jadi begini.

Akan akan Season 2 kah?

 

Drama ini manis sebab ianya tidak fokus kepada cinta antara 2 watak utama semata.

Den rasa ada dalam 30% sahaja kisah cinta.

Cara coklat dibuat walaupun tidak sepenuhnya ada ditunjuk di setiap episod.

 

Ada pelbagai jenis kasih sayang dan cinta yang diceritakan berkaitan dengan coklat.

Kasih antara abang dan adik serta kakak dan adik.

Cinta ibu bapa kepada anak-anak.

Persahabatan.

Ditekankan juga tentang kerjasama di dalam pasukan.

Kesediaan semua pekerja memberikan yang terbaik untuk Le Sauveur.

Ketua chocolatier memberi ruang kepada anak buah untuk bersinar.

Sentiasa ada ruang untuk tambahbaik.

Pekerja yang meletakkan jawatan kerana tidak mahu susahkan pasukan.

 

Perniagaan coklat melibatkan hubungan perniagaan dengan pelbagai sektor.

Madu, gula, tepung, arak dan sebagainya.

Kehidupan yang kadang kala memerlukan perubahan.

Perubahan kepada resepi turun temurun kerana keperluan zaman sekarang.

 

Pemandangan dalam drama ni awesome teruk terutamanya semasa deme buat lawatan tapak ke ladang lavender dan pergunungan.

 

Isu kesihatan mental yang dibincangkan di dalam kumpulan sokongan psikitari.

Perlunya berdamai dengan masa silam.

Hero muka masculine bukan jambu macam oppa Korea.

Kurang handsome untuk mata den tetapi manis.

Heroine pelakon Korea, Han Hyo-joo. Pelakon KDrama zombie The Happiness.

Si Hiro pemilik tuh geram sungguh tengok rambut dia dok menutup mata.

Rasa nak tolong ikat je rambutnya tu😂.

Cameo daripada 2 orang pelakon tersohor bikin hati berbunga-bunga begitu.

Banyak betul perkataan kokoro dan sarang.

A soothing and sweet drama.

Sejenis drama yang boleh diulang tengok apabila cuaca hujan dan mood kita ke laut dalam.

Semanis coklat di dalam drama ini.

 

Sila tengok drama ini ye.

Den sekarang dok ulang dengar OST dia.

Suka sangat drama ni.

 

14 Comments

  1. Ohh dah nampak drama ni, dah ada suggestion "YOU MIGHT LIKE..." hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dipertimbangkan Mulan drama ni. Manissss sangat.

      Delete
  2. nampak cam best je citer ni sebab pasal makanan. okay nak masuk list!

    ReplyDelete
  3. Ada tengok sikit sedutan. Boleh la tengok nanti. Sekarang tengah tengok Last Summer, tapi tak banyak episod lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tak ceritanya? KSarie tengok Ep 1 sudah surrender sebab cintan cintun benor😅

      Delete
  4. Semanis coklat la bagus... Ada pahit2 sikit.... baru kalerful

    ReplyDelete
  5. j drama ni saya suka ninja dan samurai je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ninja dan samurai pun saya layan ustaz kalau jalan ceritanya molek

      Delete
  6. Ok, saya dah masuk episod 2 cerita Romantics Anonymous ni. Cerita yang bonAppetite tu pun, saya episod 1 jer. Yang Last Summer, tak sambung tengok dah. Tapi cerita coklat ni memang best! Happy tengok. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehhe KSarie memang suka love story yang manis-manis

      Delete
  7. Peminat coklat kena tgk kan. Hahaha tp dh lama tak tgk movie cinta2

    ReplyDelete