Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat penuh barokah.

Apa khabar semua?

Semoga sihat dan bersemangat untuk bekerja pada hari ini.

Pasti ramai gembira sebab kita semakin menghampiri Sabtu dan Ahad😅.

 

Den hendak kongsikan kisah mengopi di Taiping.

Kafe Satu Satu Sembilan & Titik Santap atau Kafe Adaruang adalah di dalam sebuah banglo lama.

Banyak tempat meletak kereta di tepi jalan.

Kawasan ini macam tenang sahaja sebab kawasan perumahan banglo lama yang nyaman begitu.

 

Pilihan Menu

70% menu makanan tradisional.

30% menu makanan barat.

Ada beberapa pilihan kek juga.

Disebabkan den malas hendak edit gambar, den kongsikan semua gambar menu ye😅.

Apa Kami Makan

Kami telah makan di kedai kegemaran semua oppa dalam keluarga kecil den ni iaitu kedai mamak sebelum singgah di sini.

Ada big breakfast menu kegemaran den.

Tetapi takut tidak habis makan nanti sebab masih kenyang.

Makanya den pilih makanan untuk merasa begitu.

Lempeng, croissant, roti koko + susu, sepotong cheese cake dan caramel machiato.

Jadi la ye buat merasa.

Semua makanan sedang elok pada tekak kami.

Keluarga den memang bukan peminat kopi hipster.

Kopi yang mampu kami minum pun adalah caramel macchiato sebab peratusan kopinya sedikit.

Satu caramel macchiato ini pun jenuh kami beranak hendak menghabiskannya.

 

Anak sulung den tuh memang peminat setia air kosong.

Den suka teh o dan kopi o.

Suami den selalu minum kopi o.

Si kecil tu suka air tembikai.

Jadinya bila semua orang kena minum kopi hipster, terkebil-kebil la hendak menghabiskannya😂.

 

Anak-anak den jakun tengok roti koko + susu.

Generasi yang tidak merasa zaman kegemilangan meratah milo dari dalam tin ni memang mudah teruja ye.

Ada sekali tuh den tunjuk cara main batu seremban.

Depa ingat den buat magik masa den timbang dan cangkuk batu-batu tuh😂.

 

Tetapi bak kata Saidina Umar Al-Khattab

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau

 

Jadi kita sebagai ibu bapa kena berlapang dadalah begitu ye.

Zaman sekarang anak-anak ni lebih technology savvy.

Keupayaan deme bertahan hidup mereka itu yang agak merisaukan.

Eh kenapa cerita pasal makan-makan di kafe udah termasuk kisah keibu bapaan ni😂.

 

Persekitaran

Masa kami sampai ada dalam 4 meja yang berpenghuni.

Boleh makan di dalam kafe.

Atau di kawasan lapang di luar kafe.

Disebabkan anak-anak bertuah den putera lilin semuanya makanya ayuh la kita duduk di dalam kafe.

Budak-budak ni elok dihantar ke kem ikhtiar hidup anjuran bekas komando gamaknya ye😂.

Panas sikit pun udah nak pengsan😂.

Hiasan di café ringkas.

Tetapi tetap ada ruang untuk bergambar.

Kome boleh jenguk di Instagram deme untku maklumat lanjut ye.

https://www.instagram.com/kopisatusatusembilan

 

Molek untuk bersantai bersama keluarga dan teman-teman.

Walaupun kafe di dalam bangunan tiada penyaman udara tetapi tetap santai walaupun sedikit panas.

Macam kena singgah lagi di sini suatu hari yang tidak tahu bila tuh sebab hendak makan big breakfast nya.

 

0 Comments