Makan Tengahari di Food Valet Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini den ada seminar di Putrajaya.

Sebelum sampai ke destinasi, kita mesti mengisi perut dahulu.

Team cakap ada satu medan selera yang baru dibuka pada September 2025 di Presint 3.

Katanya ada banyak pilihan makanan.

Maka ayuhlah kita.

 

Konsep medan selera 2 tingkat dengan lebih 30 reruai makanan tersusun dan kemas.

Medan selera hipster begitu tajuknya.

Betul kata team den, macam-macam ada di sini.

Makanan barat.

Makanan tradisional.

Makanan China.

Makanan kudapan/gorengan.

Ada nasi masak lemak cili api, sup Jalan Doraisamy, sate, nasi arab, nasi ayam, nasi lemak, nasi ayam kicap, dsb.

Disebabkan den kelaparan, memang la malas hendak ambil gambar apa pun.

Dasar ye.

 

Den beli makanan dari 3 reruai.

Lepas tu menggelupur kenapa baju tidak muat dan paras kolesterol semakin mengerikan ye😅.

Roti paung dan serawa durian dari Dapur Yongs Nasi Lemak Mee Kari.

Roti Goreng Daging dari Madam Wu's Chinese Muslim.

BBQ Lamb sticks dari Meela Lanzhou Muslim Mee Tarik.

Den berkenan dooh dekat ketiga-tiga makanan tu.

Roti paung dan serawa durian ini memang chef' kiss la untuk tekak orang tua macam den ni.

Serawa durian sedang elok manisnya.

Boleh terasa isi duriannya.

Roti paung lembut.

1 set kecil molek seorang makan RM10.90.

 

Berbaloi-baloi menunggu 15 minit untuk BBQ Lamb sticks dimasak.

Daging + lemak yang juicy dimakan masa panas-panas rasa macam tak cukup je 4 cucuk sekali makan😅.

1 set 4 cucuk RM16.

Roti Goreng Daging garing di luar tetapi lembut di dalam.

Dagingnya sederhana meriah dan lembut.

Cuma sedikit berminyak roti ni.

1 keping roti daging RM6.50.

Team den bagitau memang penuh kalau waktu tengahari, makan malam dan hujung minggu tempat ni.

Ruang makan luas.

Open air tetapi tidak terasa panas.

Bersih, kemas dan selesa.

Cuma tempat letak kereta agak terhad.

 

Punyalah den berkenan dekat ketiga-tiga makanan tu, sepanjang 2 hari den seminar di Presint 14, den dok terfikir-fikir adakah patut den naik Grab pergi makan di situ😅.

Tetapi disebabkan program memang ada sediakan makanan, makanya kupendamkan hasrat hati.

Chewah😅.

 

Rezeki sangat hari akhir program ditamatkan lebih awal.

Makanya den ajak pilot makan di situ sebelum balik.

Pilot makan nasi ayam kicap.

Kiosk ni ramai betul orang beratur.

Sedap la kot gamaknya ye.

Den tetap makan 3 jenis makanan yang sama.

Siap tapau roti paung dan serawa durian ini yang besar untuk dimakan di rumah😅.

Dasyat perempuan yang seorang ini makan tau😅.

Rezekinya tiga reruai yang den berkenan makanannya terletak sebelah menyebelah
Makan lagi dekat rumah

Sekarang den sedang menantikan mesyuarat, program, dsb di Putrajaya sebab den hendak makan semua 3 makanan ini lagi😅.

 

Kalau kome ke Putrajaya, mohon singgah ke Food Valet ini.

Waktu operasi setiap hari 11 pagi hingga 12 tengah malam.

 

Kalau kome tidak rasa hendak makan 3 jenis makanan yang den berkenan dooh tu, ada banyak pilihan makanan lain lagi yang boleh dicuba.

 

 


12 comments

  1. Sah sedap, sebab KSarie repeat makan yang sama. Best dapat makan di tempat macam ni, sebab ada banyak pilihan. Last sekali saya pergi Putrajaya sebelum zaman covid, tudia.. bertahun sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau datang Putrajaya boleh singgah sini cuba makanan yang ada. In sya Allah berbaloi. KSarie kalau udah berkenan dekat tekak itu aje la yang diulang-ulang sampai muak😅

      Delete
  2. Aduii tang baju tak muat tu menyeramkan ye. Nak menyesal dah terlambat. huhu...Ohh kat sini ada roti goreng inti daging tu ye. Teringin nak makan.
    Nasi ayam kicap sedap, ada pulak sambalnya. Lagi berseleralah kita makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sedap roti goreng tuh cuma berminyak sikit. Ramai beratur dengan nasi ayam kicap tuh memang awesome barangkali ye

      Delete
  3. Wah, cantik tempat ni, suasana damai ja..bab makan roti bun kuih, sinilah antara tempat elok kan..

    ReplyDelete
  4. pernah makan sini waktu malam. kami makan yg western food tu. waktu menunggu lama gila, sejam lebih. igtkan tunggu lama2 tu makanan datang dalam keadaan yg panas lah. rupanya sejuk. pastu kids food yg dh di order tak sampai2 pulak. nasib baik anak buah saya dh tertidur, so kitorang cancel je kids food tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrrrr sure frust kan kalau jadi lagu tuh. Kesian anak buahnya sampai tertidur makanan belum sampai. Kena buat banyak improvement sesetengah kiosk ye

      Delete
  5. Kak, saya Waktu itu dah catat tempat ini, tp memang lah tak sempat nak kesana 😅😅😅. Memang tak cukup 2 malam di Putrajaya. Harus lebih lama. Saya suka stay di Putrajaya ini sebab dekat KLIA dan ada shuttle kalau stay di hotel under Marriot bonvoy. Makanya nanti ke Malaysia, memang nak stay di Putrajaya saja. Carj makan sekitaran situ. Kalaupun nak ke KL , saya dah diajarin caranya naik ERL oleh kak Ezna 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya harus datang lagi ke Putrajaya ya Fanny untuk cuba makan di sini☺️.Perlu masukkan kuliner Cyberjaya juga sebab Cyberjaya dekat dengan Putrajaya☺️

      Delete