Doa Seorang Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuk macam perbincangan di dalam program Bicara Mufti pula ye😂.

Padahal hendak cerita pasal anak den yang kecil tuh je pun.

 

Anak den si A (anak kedua dan bongsu) ni memang bertuah😂.

Kalau anak sulung den si F lebih suka bertanya soalan tentang dinosaurs dan hubungan antarabangsa (kenapa GDP Singapura lagi tinggi dari Malaysia, negara mana yang mempunyai kuasa ketenteraan terbaik, dsb).

Si A yang 11 tahun tu suka tanya soalan-soalan KBAT yang kadang-kadang buat den terkesima.

Kenapa kita diwujudkan di dunia?

Kenapa perlu bersusah payah belajar dan bekerja sebab akhirnya kita semua akan mati?

Kita semua akan masuk syurga ke mama?

Spesies begitu la soalan-soalannya selalu😂.

Anak bertuah yang suka main lego

Si A sehingga sekarang suka ajak den solat berjemaah.

Den selalu tersenyum bila dengar dia membaca doa selepas solat.

Doanya:

Ya Allah bagilah mama saya masuk syurga.

Bagilah papa saya masuk syurga.

Bagilah ibu bapa saya masuk syurga.

Bagilah saya masuk syurga.

Bagilah abang saya masuk syurga.

Bagilah atok dan nenek saya masuk syurga.

Bagilah arnab-arnab saya masuk syurga.

Bagilah kami semua masuk syurga.

Bagilah mama saya dapat pergi Haji.

Sembuhkanlah semua penyakit kami.

Permudahkanlah semua urusan kami.

Ampunkanlah dosa kami semua Ya Allah.

 

Si A ni dia macam pelat sikit sebab dia ada tight tounge.

Jadinya macam comel je dia baca doa laju-laju.

Lepas ini den hendak minta dia tambah doa ‘bagilah mama saya menang cabutan bertuah BSN RM1 juta supaya mama saya boleh bersara awal’😂.

 

Semoga yang molek-molek untuk anak yang 11 tahun 8 bulan dulu tiba-tiba duduk senget dalam rahim semasa den hendak diinduce.

Sampai akhirnya den kena emergency caesarean dan tumpah darah segala.

Memang dramatik semasa hendak melahirkan anak bertuah seorang ni😂.

 

Mohon doa semua agar A dan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPKK pada 17 - 21 November 2025 diberikan kelapangan hati dan kecerdasan minda untuk menjawab soalan UPKK sebaiknya ye.

 

 

14 comments

  1. KBAT sungguh soalannya. Tapi doa tu sebak pulak kita. Jujur ikhlas. Semoga Allah makbulkan doa-doanya.
    Semoga Allah permudah calon-calon menjawab soalan dengan tenang dan terang hati seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnnn. Itulah doa KSarie semoga anak yang ketul ini sentiasa berada di atas jalan yang benar dan lurus. Soalan KBAT nya tuh yang buat mamanya blurr selalu😅

      Delete
  2. Hahaha comel je anak akak..
    Bijak bertanya...
    Lebih baik banyak bertanya drpd diam saja kan

    ReplyDelete
  3. Subahanallah, sejuk hati membaca doa nya ni..anak baik ni..

    ReplyDelete
  4. Sweet je doa dia. Jenuh juga nak memikio kalau soalan KBAT macam tu. 😁.. semoga A dapat jawap periksa UPKK dengan baik dan dapat keputusan cemerlang. Aminn...

    ReplyDelete
  5. fuhh soalan kbat dia tu, sampai taktau nak jawab macam mana. tapi saya setuju jugak dgn soalan keduanya tu, hehe.
    bijak anak bongsu ksarie ni. semoga dia berjaya di dunia dan akhirat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan dia selalu bikin pusing kepala😅Aminnnnnnnnn

      Delete
  6. Alhamdulillah semoga jd anak soleh yg boleh tarik ibu bapa ke syurga.

    Mmg peel anak sulung mcm tu, anak nina umur 4 thn pun hari2 tanya soalan yg tak dijangka. Haha.. kena jawab dgn yakin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn....in sha Allah. Anak-anak selalu tanya soalan-soalan yang buat kita terkesima kan😅

      Delete
  7. Comeeeeelnya doa dia 😍😄. Gemaaaas ini pasti saat dengar 😍😄. Macam2 memang tingkah anak2 kan. Kadang kala pun bertolak belakang sifatnya. Tp itulah yg buat seru saat mendidik masing2 anak 😄🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok-esok sekejap aje besar anak-anak ni kan. Sementara masih ada di sisi kita, kita meraikan mereka sebaiknya🥰

      Delete