Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini den terlibat untuk memberikan taklimat dan sesi praktikal kepada 26 orang pensyarah di Politeknik Sabak Bernam.
Disebabkan kursus ini 2 hari, makanya disediakan penginapan di hotel yang diuruskan oleh pelajar-pelajar di dalam politeknik tersebut.
Daripada 26 orang pensyarah yang terlibat, hanya 3 orang pensyarah lelaki.
Masa den terserempak dengan satu kelas yang diberi taklimat oleh seorang pensyarah, ada 10 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan.
Soalan den apa terjadi dengan lelaki kan?
Mungkin ramai yang menjadi enterprenuer kot ye?
Selepas Subuh den berangan hendak briskwalk di sekitar politeknik ini.
Tetapi berakhir dengan aktiviti melenggang kangkong ala itik pulang petang😂.
Berjalan 3,4 tapak berhenti mengambil gambar.
Berjalan 2 tapak berhenti berehat tengok pemandangan.
Begitulah kejadiannya😂.
Den kongsikan gambar-gambar yang den sempat ambil semasa berjalan 50 minit.
Semoga satu hari nanti den dapat mula briskwalk ye😂.
![]() |
| Tasik/kolam yang menjadi lokasi aktiviti pensampelan air |
![]() |
| Kata team yang belajar di politeknik, semua politeknik ada Pusat Islam merangkap masjid |
![]() |
| Anak-anak sedang bergerak dari kolej kediaman ke bilik kuliah |
![]() |
| Meriah betul kangkung di sini |
![]() |
| Slow pace dekat sini. Tenang sangat |
![]() |
| Ada aktiviti berkanu juga |
![]() |
| Untung pensyarah, pelajar dan pekerja di poli ini sebab ada tempat untuk briskwalk yang luas dan aman damai |
![]() |
| Suka sangat tengok sunrise di sini |
![]() |
| Sakan den merayap sampai ke kawasan tangki air ye |
![]() |
| Satu-satunya kerusi yang den temui semasa sesi berjalan-jalan |




















Lawalah Politeknik dia. Ada tasik, boleh jalan-jalan riadah. Cantik gambar yang KSarie ambil. Kalau saya pun, mana boleh briskwalk tempat camni. Itik pulang petang pun, itik la. Lebih seronok enjoy the view.
ReplyDeleteHehehehe memang molek tempatnya. Macam semua laluan kena berhenti untuk tengok pemandangannya.
DeleteEh, anak buah saya ada study kat sini. Rajin jugalah dok running, jogging gitu.
ReplyDeletehihi..kalau kita briskwalk begitulah. lebih kepada aktiviti ambil gambar cerita dia. Seronok suasananya, semangat beriadah. Tapi tang monyet tu kalau kena kejar macam kena kejar anjing juga kaedahnya.
Ada satu je kerusi maksudnya tak bagi orang rehat. Titik.
Hehehehhe dia suruh jalan terus jangan berehat ye. Tuh yang seketul aje kerusinya ye. Cuba Fiza tanya anak buahnya happy tak belajar sini☺️
DeleteDia okay je enjoy kat situ, nampak petang-petang update story. Running main badminton bagai. Dia seronok bukan apa, rumah dekat je Sabak Bernam tu. Tak jauh mana..hihi..
DeleteOooo dekat dengan rumah. Itu yang buat extra happy tuh ye😅
Deletecasntik-cantik fotonya.. kalau saya ambik sanp foto aduhh barai rasanya.. moga berjaya brisk walk nanti dan istiqamah..
ReplyDeleteIn sya Allah ustaz heheheheh
Deletecantik betul gambar kat tasik tu. especially gambar sunrise
ReplyDeleteSunrise dan sunset sokmo lawa di mana-mana pun kan
DeleteNampak view tu mahal.. ada lah kenal 2 org pernah belajar di sini, dh masuk U dan dh berkeluarga.
ReplyDeleteTerima kasih bawa jalan2 hehe
Hehehehe sama-sama kasih. Kalau tanya 2 orang tuh mesti depa cakap tempat yang tenang dan santai kan sini
DeleteOwh... uncle pernah sampai Poli ni... Masa tu ada job dengan Politeknik. Poli ni ada swimming pool kat dalam nya... Kat luar poli ni bayak orang jual jus kedongdong... Dulu lah... zaman purba kala....
ReplyDeleteHaah ada pool Wak sini sebab depa ada fakulti perhotelan dan hospitality macam tu
DeleteSukaaa sangat kalo bisa briskwalk di tempat dengan view begini. Cantiiik, buat tenang hati. Memanjakan mata juga.
ReplyDeleteKasihan lihat monyet2 itu. Saya paham, mereka keluar Krn di hutan mungkin tak ada lagi makanan 😞. Semoga ada yg baik hati nak bagi, tp juga berharap monyet2 itu tak mengganggu dan menyakiti manusia yg lewat
Iya banyak haiwan liar yang terpaksa memasuki kawasan perumahan dan perbandaran kerana habitat mereka telah dicerobohi oleh manusia
DeleteBanyak berhenti pun tak apa kak, yg penting ada part jalannya 😄. Dah terhitung bakar kalori juga tuh.
ReplyDeleteBagus2 spot yg dilewati. Saya sukaaa sangat kalo bisa briskwalk di tempat begini. Aman, ada trek khusus nya, jadi tak kuatir akan tersenggol kendaraan.
Berjalan sambil tengok pemandangan memang enak banget☺️
Delete