Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sunbae yang selalu gaduh dengan den pasal ketaksubannya terhadap sebuah parti politik datang singgah menjenguk den sambil sesi luahan perasaan 'apa nak jadi la ofis kita ni😅'.

Ini memang topik biasa kami😅.

 

Tiba-tiba perbualan di bawah terjadi.

 

Sunbae: Eh apa jadi dengan kawan kita En L seorang tu ye? Saya call pun tak angkat.

Merujuk kepada seorang kawan yang telah bersara wajib pada awal tahun 2022.

Den: Sibuk agaknya tu dengan macam-macam hal. Dia kan orang kuat surau, koperasi, komuniti segala.

Sunbae: Sekejap je dah 3 tahun dia bersara kan? Eh Sarie pencen bila ye?

Den: In sya Allah lagi 9 tahun.

Sunbae: Eh sama la kita. Saya pun lagi 9 tahun.

Den: Betul la tu. Sunbae bersara umur 60 tahun. Saya bersara umur 56 tahun. Sebab tu tahun kita bersara nanti sama.

Sunbae: Janji tau kita pencen sama-sama.

Den: In sya Allah kalau ada rezekinya Sunbae. Kita pun tak tau kot sempat kita pencen atau kita mati dulu sebelum sempat pencen.

Sunbae: Betul lah tu kan. Kita tak tau bila kita akan mati.

Den: Macam arwah Uda la. Meninggal dunia umur 54 tahun. Tak sempat pencen.

 

Terus tiba-tiba kami sama-sama terdiam.

 

Pada satu zaman, den, sunbae, En L dan arwah Uda ditugaskan oleh big boss untuk mendapatkan maklumat tentang pelepasan effluen dari satu ladang babi di Johor bagi kami mendapat idea untuk membuat satu garis panduan.

 

Memang satu lawatan kerja yang memang tidak dapat den lupakan.

Bertembung dengan sekumpulan gajah dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Tengok induk babi yang sangat besar dan gemuknya tidak boleh dibawa berbincang.

Ambil sampel pelepasan effluen dari kandang babi sampai nak termuntah-muntah kerana baunya memang kelas A😅.

Singgah makan asam pedas power😋

Melayan 3 sunbaes dok bertekak pasal nak ikut jalan mana, nak makan apa, dsb

 

Sekarang semuanya tinggal kenangan.

Arwah Uda meninggal dunia sebelum sempat pencen pada 13 Julai 2017.

Encik L bersara wajib pada 2022.

Sekarang tinggal la den dan sunbae masih meneruskan perjuangan di ofis ini.

Walaupun kadang kala sunbae menjengkelkan dan mengundang untuk dikatok sebab menyokong doktrin parti politik yang kuban-kuban😅, tetap la juga den berterima kasih kepada dia sebab dia:

 

selalu bagitau den 'ada sebab kenapa Allah letak Sarie di unit ini' bila den terkebil-kebil hendak buat kerja.

selalu mengingatkan den tentang pesanan wakil Pejabat Mufti Selangor tentang tanggungjawab fardu kifayah menguruskan sumber air

sudi menghantar den ke klinik bila den migrain di ofis

belanja den makan makanan-makanan tradisional macam lempeng, cekodok, nasi lemak, dsb

kadang kala menghantar whatsapp video lagu-lagu dan movies circa 70an dan 80an yang buatkan den tersenyum mengenangkan kegemilangan zaman itu

faham tajuk 'apa hendak jadi dengan ofis kita ni?akan dibincangkan secara berkala walaupun tidak nampak jalan penyelesaiannya😅', dsb.

 

Semoga Allah rezekikan den dan sunbae untuk bersara bersama-sama pada tahun 2034 nanti sekiranya den tidak menang cabutan bertuah BSN RM1 juta dan bisa bersara awal😅.

Doakan kami ye.

 

 

0 Comments