Mengambil Angin Petang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sambung cerita tentang kisah di Politeknik Sabak Bernam.
Selepas habis kursus pada hari pertama, team den ajak makan di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO).
Sepelaung aje pun dari politeknik.
Kami makan di salah sebuah kedai makan yang terdapat di tepi pntai.
Den makan nasi goreng udang.
Team ada yang makan mee goreng udang, char ketiaw semua.
Tetapi disebabkan den malas, makanya den tidak ambil gambar semua makanan😂.
Sempat la tengok orang menjual remis sebelah kedai makan tu.
Remis dan pelbagai jenis siput kebanyakannya kena pandai uruskan supaya tidak berpasir bila makan.
Selepas makan kami mengambil angin petang di sekitar kawasan pantai.
Semua pantai di Selangor termasuk pantai BNO ini adalah pantai berlumpur.
Tidak sesuai untuk mandi manda.
Tetapi tetap boleh untuk kita bersantai.
![]() |
| Ralit menengok deme mengutip remis |
Sementara menanti matahari terbenam, kami ralit tengok orang mencari remis.
Melepak di jeti merasa tiupan bayu menyapa wajah.
Melihat ombak menghempas lembut pada pokok-pokok bakau.
Ayat tak boleh blah😂.
Alhamdulillah rezeki anak buah belanja aiskrim.
Healing tengok matahari terbenam ini memang nyaman aje ye.
![]() |
| Gambar tuan tanah kedaung dilupa jangan begitu. Canggih naw telefon teammate ni ha. Udah ada dot hijau macam jadi target untuk sniper begitu |
Dalam satu jam juga kami bersantai di sini sebelum balik ke politeknik.
Melepak di pantai sokmo molek kan?















0 Comments