Mengambil Angin Petang di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sambung cerita tentang kisah di Politeknik Sabak Bernam.

Selepas habis kursus pada hari pertama, team den ajak makan di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO).

Sepelaung aje pun dari politeknik.

Kami makan di salah sebuah kedai makan yang terdapat di tepi pntai.

Den makan nasi goreng udang.

Team ada yang makan mee goreng udang, char ketiaw semua.

Tetapi disebabkan den malas, makanya den tidak ambil gambar semua makanan😂.

 

Sempat la tengok orang menjual remis sebelah kedai makan tu.

Remis dan pelbagai jenis siput kebanyakannya kena pandai uruskan supaya tidak berpasir bila makan.

Selepas makan kami mengambil angin petang di sekitar kawasan pantai.

Semua pantai di Selangor termasuk pantai BNO ini adalah pantai berlumpur.

Tidak sesuai untuk mandi manda.

Tetapi tetap boleh untuk kita bersantai.

Ralit menengok deme mengutip remis

Sementara menanti matahari terbenam, kami ralit tengok orang mencari remis.

Melepak di jeti merasa tiupan bayu menyapa wajah.

Melihat ombak menghempas lembut pada pokok-pokok bakau.

Ayat tak boleh blah😂.

Alhamdulillah rezeki anak buah belanja aiskrim.

Healing tengok matahari terbenam ini memang nyaman aje ye.

Gambar tuan tanah kedaung dilupa jangan begitu. Canggih naw telefon teammate ni ha. Udah ada dot hijau macam jadi target untuk sniper begitu

Dalam satu jam juga kami bersantai di sini sebelum balik ke politeknik.

Melepak di pantai sokmo molek kan?

 

18 comments

  1. di antara kesukaan saya adalah lepak di tepi pantai waktu petang sekira-kira matahari nak terbenam.. semacam ada satu perasaan yang damai .. alamak mee goreng udang tu ..bikin terliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn....tengok sunrise ke sunset ke di tepi pantai memang lain extra melancholy perasaannya

      Delete
  2. Cantik sunset tu..
    Nasi goreng udang tu banyak juga udangya. Besar pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunset memang sokmo lawa kan. Ha pandai udang tuh beratur😅

      Delete
  3. Syok juga lepak sini. Kalau ke rumah kakak saya di Sabak Bernam tu mesti ajak lepak sini petang-petang. Pernah lah makan mi udang kat sini. Sedaplah sebab udang dia fresh. Dia susun udang sama macam nasi goreng tu jugak. Pernah juga mencari remis dan berkelah di BNO tapi belah lain. Saya pun tak pasti belah mana tapi bukan dekat area kedai makan tu. Sekarang dah ada platform ye. Nampak sangat lama tak lepak BNO ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha melepak dan bersantai dekat tepi pantai memang molek kan. Pantai BNO ni boleh tahan panjang juga. KSarie pun banyak tempat belum sempat explore lagi

      Delete
  4. Subhanallah cantiknya gambar² sunset tu!

    Memang ralit dah asyikkkkk bila lepak tepi pantai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kalau ikutkan nak lepak lama lagi tengok sunset ni☺️

      Delete
  5. Pandai pulak udang2 tu beratur macam tu, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang-udang ni mesti pernah training askar kan😅

      Delete
  6. Nasi udang tuh kak 😍😍😍. Confirm saya tak akan lirik menu lain kalau ada udang 😄😄❤️❤️❤️.memang suka sangaaat lah. Cuma dah harus ingat usia saja 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh udang ini berkadar terus dengan kolesterol😅

      Delete
  7. Memang seronok dapat lepak tengok laut dan sunset. Sedap bebenor tengok nasi goreng udangnya besor-besor. Lawa gambar KSarie pose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah itu ilusi optik je tuh. Cuba mencari posisi yang kurang nampak bulatnya😅Sunset sokmo molek ye😅

      Delete
  8. cantik betul gambar sunset tu!

    ReplyDelete
  9. Nasi goreng udang nya 😍😍😍😍. Memang lah saya tak akan melirik yg lain kalau ada menu udang 😄😍😍

    ReplyDelete