Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tajuk macam perbincangan di dalam program Bicara Mufti pula ye😂.
Padahal hendak cerita pasal anak den yang kecil tuh je pun.
Anak den si A (anak kedua dan bongsu) ni memang bertuah😂.
Kalau anak sulung den si F lebih suka bertanya soalan tentang dinosaurs dan hubungan antarabangsa (kenapa GDP Singapura lagi tinggi dari Malaysia, negara mana yang mempunyai kuasa ketenteraan terbaik, dsb).
Si A yang 11 tahun tu suka tanya soalan-soalan KBAT yang kadang-kadang buat den terkesima.
Kenapa kita diwujudkan di dunia?
Kenapa perlu bersusah payah belajar dan bekerja sebab akhirnya kita semua akan mati?
Kita semua akan masuk syurga ke mama?
Spesies begitu la soalan-soalannya selalu😂.

Anak bertuah yang suka main lego
Si A sehingga sekarang suka ajak den solat berjemaah.
Den selalu tersenyum bila dengar dia membaca doa selepas solat.
Doanya:
Ya Allah bagilah mama saya masuk syurga.
Bagilah papa saya masuk syurga.
Bagilah ibu bapa saya masuk syurga.
Bagilah saya masuk syurga.
Bagilah abang saya masuk syurga.
Bagilah atok dan nenek saya masuk syurga.
Bagilah arnab-arnab saya masuk syurga.
Bagilah kami semua masuk syurga.
Bagilah mama saya dapat pergi Haji.
Sembuhkanlah semua penyakit kami.
Permudahkanlah semua urusan kami.
Ampunkanlah dosa kami semua Ya Allah.
Si A ni dia macam pelat sikit sebab dia ada tight tounge.
Jadinya macam comel je dia baca doa laju-laju.
Lepas ini den hendak minta dia tambah doa ‘bagilah mama saya menang cabutan bertuah BSN RM1 juta supaya mama saya boleh bersara awal’😂.
Semoga yang molek-molek untuk anak yang 11 tahun 8 bulan dulu tiba-tiba duduk senget dalam rahim semasa den hendak diinduce.
Sampai akhirnya den kena emergency caesarean dan tumpah darah segala.
Memang dramatik semasa hendak melahirkan anak bertuah seorang ni😂.
Mohon doa semua agar A dan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPKK pada 17 - 21 November 2025 diberikan kelapangan hati dan kecerdasan minda untuk menjawab soalan UPKK sebaiknya ye.
KBAT sungguh soalannya. Tapi doa tu sebak pulak kita. Jujur ikhlas. Semoga Allah makbulkan doa-doanya.
ReplyDeleteSemoga Allah permudah calon-calon menjawab soalan dengan tenang dan terang hati seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin...
Aminnnnnn. Itulah doa KSarie semoga anak yang ketul ini sentiasa berada di atas jalan yang benar dan lurus. Soalan KBAT nya tuh yang buat mamanya blurr selalu😅
DeleteHahaha comel je anak akak..
ReplyDeleteBijak bertanya...
Lebih baik banyak bertanya drpd diam saja kan
Ha petah mulut dia bertanya macam2😅
DeleteSubahanallah, sejuk hati membaca doa nya ni..anak baik ni..
ReplyDeleteAminnnn in sya Allah cikgu
DeleteSweet je doa dia. Jenuh juga nak memikio kalau soalan KBAT macam tu. 😁.. semoga A dapat jawap periksa UPKK dengan baik dan dapat keputusan cemerlang. Aminn...
ReplyDeleteAminnnnn terima kasihhhh Tot☺️
Deletefuhh soalan kbat dia tu, sampai taktau nak jawab macam mana. tapi saya setuju jugak dgn soalan keduanya tu, hehe.
ReplyDeletebijak anak bongsu ksarie ni. semoga dia berjaya di dunia dan akhirat!
Soalan dia selalu bikin pusing kepala😅Aminnnnnnnnn
DeleteAlhamdulillah semoga jd anak soleh yg boleh tarik ibu bapa ke syurga.
ReplyDeleteMmg peel anak sulung mcm tu, anak nina umur 4 thn pun hari2 tanya soalan yg tak dijangka. Haha.. kena jawab dgn yakin
Aminnnn....in sha Allah. Anak-anak selalu tanya soalan-soalan yang buat kita terkesima kan😅
DeleteComeeeeelnya doa dia 😍😄. Gemaaaas ini pasti saat dengar 😍😄. Macam2 memang tingkah anak2 kan. Kadang kala pun bertolak belakang sifatnya. Tp itulah yg buat seru saat mendidik masing2 anak 😄🤭
ReplyDeleteEsok-esok sekejap aje besar anak-anak ni kan. Sementara masih ada di sisi kita, kita meraikan mereka sebaiknya🥰
Delete