Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Salam Jumaat penuh barokah.
Apa khabar semua?
Semoga sihat dan bersemangat untuk bekerja pada hari ini.
Pasti ramai gembira sebab kita semakin menghampiri Sabtu dan Ahad😅.
Den hendak kongsikan kisah mengopi di Taiping.
Kafe Satu Satu Sembilan & Titik Santap atau Kafe Adaruang adalah di dalam sebuah banglo lama.
Banyak tempat meletak kereta di tepi jalan.
Kawasan ini macam tenang sahaja sebab kawasan perumahan banglo lama yang nyaman begitu.
Pilihan Menu
70% menu makanan tradisional.
30% menu makanan barat.
Ada beberapa pilihan kek juga.
Disebabkan den malas hendak edit gambar, den kongsikan semua gambar menu ye😅.
Apa Kami Makan
Kami telah makan di kedai kegemaran semua oppa dalam keluarga kecil den ni iaitu kedai mamak sebelum singgah di sini.
Ada big breakfast menu kegemaran den.
Tetapi takut tidak habis makan nanti sebab masih kenyang.
Makanya den pilih makanan untuk merasa begitu.
Lempeng, croissant, roti koko + susu, sepotong cheese cake dan caramel machiato.
Jadi la ye buat merasa.
Semua makanan sedang elok pada tekak kami.
Keluarga den memang bukan peminat kopi hipster.
Kopi yang mampu kami minum pun adalah caramel macchiato sebab peratusan kopinya sedikit.
Satu caramel macchiato ini pun jenuh kami beranak hendak menghabiskannya.
Anak sulung den tuh memang peminat setia air kosong.
Den suka teh o dan kopi o.
Suami den selalu minum kopi o.
Si kecil tu suka air tembikai.
Jadinya bila semua orang kena minum kopi hipster, terkebil-kebil la hendak menghabiskannya😂.
Anak-anak den jakun tengok roti koko + susu.
Generasi yang tidak merasa zaman kegemilangan meratah milo dari dalam tin ni memang mudah teruja ye.
Ada sekali tuh den tunjuk cara main batu seremban.
Depa ingat den buat magik masa den timbang dan cangkuk batu-batu tuh😂.
Tetapi bak kata Saidina Umar Al-Khattab
“Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau”
Jadi kita sebagai ibu bapa kena berlapang dadalah begitu ye.
Zaman sekarang anak-anak ni lebih technology savvy.
Keupayaan deme bertahan hidup mereka itu yang agak merisaukan.
Eh kenapa cerita pasal makan-makan di kafe udah termasuk kisah keibu bapaan ni😂.
Persekitaran
Masa kami sampai ada dalam 4 meja yang berpenghuni.
Boleh makan di dalam kafe.
Atau di kawasan lapang di luar kafe.
Disebabkan anak-anak bertuah den putera lilin semuanya makanya ayuh la kita duduk di dalam kafe.
Budak-budak ni elok dihantar ke kem ikhtiar hidup anjuran bekas komando gamaknya ye😂.
Panas sikit pun udah nak pengsan😂.
Hiasan di café ringkas.
Tetapi tetap ada ruang untuk bergambar.
Kome boleh jenguk di Instagram deme untku maklumat lanjut ye.
https://www.instagram.com/kopisatusatusembilan
Molek untuk bersantai bersama keluarga dan teman-teman.
Walaupun kafe di dalam bangunan tiada penyaman udara tetapi tetap santai walaupun sedikit panas.
Macam kena singgah lagi di sini suatu hari yang tidak tahu bila tuh sebab hendak makan big breakfast nya.





















Nyum2
ReplyDelete☺️
DeleteWah... menarik, cafenya. Saya tak pernah mengopi di Tepeng lagi. Boleh la cuba kalau sampai sana.
ReplyDeleteKot satu hari kita jumpa, jom kita main batu seremban, nak? 😁
Ayuh mari kita main batu Seremban walaupun KSarie udah kurang skill nya😅
DeleteKopi satu, satu sembilan..tertarik juga membaca infor tu..wah makanan ada ketayap yang saya suka makan..klasik tempat makan ni..
ReplyDeleteHa saya suka cafe klasik macam ni cikgu. Santai aje kan
DeleteAlaaa KSarie post lambat lah, hari tu balik Tepen, kiyurius kenapa tak keluar kat TikTok bila cari cafe viral Taiping ehh.. Ok, simpan dulu kita pergi next trip bila balik Tepen lagi Insyaa Allah
ReplyDeleteHehehehe tapi Tepen memang banyak cafe hipster kan? Kadang kala tak tau nak pilih mana satu nak mencubanya😅
Deletebagus jugak rumah banglo lama camni dijadikan kafe, hipster dengan gaya lama. menu pun murah jugak :D
ReplyDeleteroti milo tu, dulu selalu kecik selalu makan. nostalgia sungguh!
Kan....milo satu ketika dulu sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan semua
DeleteBila dah Jumaat tu memang kita seronok dapat bersantai hari Sabtu dan Ahad tanpa memikirkan sekelumit kerja.
ReplyDeleteMenarik konsep cafe ni macam satu cafe di negeri Sembilan, Brewhaus yang saya pernah pergi. Bagus juga banglo lama dijadikan premis perniagaan cafe dari dibiarkan kosong. Tapi harapnya jiran-jiran tak bisinglah tentang parkir. Cantik ruang ID dalamnya.
Banyak juga menu yang ada, kira nak duduk lepak makan berat dan ringan tu ada. Datang sekali dengan pakej sedap tu buat orang nak datang lagi.
Ha kan....hari Jumaat sokmo mengundang rasa bahagia di dada😅Nanti nak buat siasatan Brewhaus tuh. Macam menarik je
DeleteTeringin nak coba lempeng dan sambalnya 😍😍😍.
ReplyDeleteWalau tak pakai AC, tp untung lah ada fan di dalam ya kak. Saya nih termasuk yg tak kuat panas juga 🤣🤣.
Cantik kafenya, trutama banyak quotes yg merayu2 😄
Quotes yang seolah-olah memahami jiwa yang lara😅
Delete