Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya masih belum terlambat untuk den ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Syawal kan sebulan.

Macam mana sambutan Aidilfitri korang? Raya terkejut ye kita tahun ini. Den harapkan semuanya bahagia dan gembira dengan cara sambutan masing-masing. Sambutan Aidilfitri den sekeluarga biasa-biasa dan sederhana sahaja. Alhamdulillah ada rezeki menziarah kaum keluarga yang telah lama tidak berjumpa.

Raya kali ini abah masuk hospital akibat isu jantung. Masuk 3 belon angioplasti koronori (stents). Udah macam IronMan abah den tuh. Ibu mertua pun semakin uzur sangat. Mohon doakan semoga kedua orang tua den ni dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik ye.

Sehari sebelum cuti Aidilfitri, dapat surat pemakluman daripada HR tentang pertukaran dua anak buah den yang paling senior. Patah hati tetapi itulah kehidupan kan jadi kita jalan terus sahaja.

Lama sungguh tinggal blog ini terbengkalai. Hampir tiga (3) minggu ye tiada sebarang cerita.

Macam-macam hal berlaku sepanjang hampir sebulan ini.

Bila ada masa terluang untuk mencoretkan cerita, tersangkut dengan Netflix pula. Bila sudah mula menonton, memang perkara yang lain terhenti begitu.

Kisah membaca buku usah ditanya memang lama gila reading slump nya, dah hampir setengah tahun ni.

Den banyak berhutang cerita di dalam blog ini. Haish…..harapnya semangat untuk menulis dapat timbul semula.

Sementara den mencari semangat yang hilang itu, den doakan semua orang happy sokmo ye. Semoga Mei yang berbaki tidak sampai 10 hari ini lebih bahagia untuk kita semua.

Selamat pergi ke rumah terbuka raya ye. Jaga diri dan patuhi SOP sebolehnya.


 

1 Comments

  1. semoga ALLLAH bagi kesembuhan

    jemput jalan ke web jakel sis

    https://jakel.my/latest-news-eng/baju-raya-2023-mengancam/

    ReplyDelete