Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung semula cerita jalan-jalan cari makan di Maran, Pahang ye.

Cantik sungguh ye persekitaran dan air sungai di Taman Eco Rimba Lubuk Yu yang menjadi tempat berkumpul mereka yang membuat aktiviti hammock. Den ingatkan di Sarawak dan Sabah sahaja ada Rainforest Festival, rupanya di sini pun ada juga. Tenang je perasaan berjalan-jalan di atas laluan yang disediakan. Tidak ada rezeki hendak bermain-main dengan ikan kelah di sini. In sya Allah one fine day nanti ye. 

Taman Eco Rimba Lubuk Yu di dalam Hutan Simpan Berkelah seluas 60 ekar ini terletak 30 km dari bandar Maran merupakan kawasan di bawah kawal selia dan pengurusan Jabatan Perhutanan Pahang.

Sebahagian kecil kawasan ini iaitu seluas 4 ekar dibangunkan oleh pengusaha sebagai pusat pelancongan ekologi termasuk penyediaan infrastruktur yang sesuai bagi memenuhi keperluan pengunjung yang hendak bersantai, kembali kepada alam sekitar dengan mengekalkan keadaan semulajadi di sini.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Sebenarnya ada pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan di Taman Eco Rimba Lubuk Yu ini bergantung kepada minat masing-masing.

Bagi mereka yang berkeluarga sudah tentunya lebih berminat kepada aktiviti berkelah bersama anak-anak di kawasan yang sesuai untuk berkelah dan mandi manda terutamanya kawasan di mana terdapat ikan kelah berenang bebas. Ini memang antara aktiviti yang memang awesome kalau kita dapat buat. Memang den kena ulang datang ke sini sebab tidak berkesempatan mencelup kaki ke dalam sungai di kawasan ikan kelah bermain.

Kalau hendak datang tengok keindahan air Sungai Jempol mengalir pun bisa aje. Memang mengasyikkan panorama yang indah diiringi bunyi air mengalir dan kicauan unggas di hutan ini. Airnya yang membiru kerana kehadiran alga dan mineral ini memang membuatkan sejuk mata memandang.

In sya Allah sememangnya akan menjadi pengalaman yang menarik untuk diabadikan bersama keluarga dan kawan-kawan apabila bersantai termasuk sesi BBQ di sini kerana di samping menghayati keindahan air sungai yang mengalir tetapi kita juga dikelilingi dengan kehijauan flora dan pokok-pokok hutan.

Bagi mereka yang lebih adventure, boleh cuba aktiviti hiking di mana ada denai yang disediakan iaitu laluan yang akan berakhir di air terjun misteri. 

Boleh juga berkhemah di sini dan mendapatkan pengalaman sleeping under the stars begitu di tempat yang telah ditetapkan sebagai tapak perkhemahan di sini.

Untuk peminat burung, boleh jalankan aktiviti bird watching di sini.

Flying fox pun ada. Pasti best dapat merentasi Sungai Jempol yang cantik itu.

Bagi mereka yang meminati photography berkaitan alam sekitar, Taman Eco Rimba Lubuk Yu menyediakan pelbagai sumber dan medium untuk dipotretkan. Bukan sahaja gambar sungai boleh diabadikan daripada pelbagai angles, tetapi flora yang terdapat di sini sememangnya menakjubkan. Dalam masa tidak sampai satu (1) jam di sini, dua jenis kulat (cendawan) ditemui di sini sepanjang kami berjalan secara santai di sini. Gambar-gambar diambil oleh salah seorang blogger dan den tumpang kongsi di sini.

Boleh dapatkan maklumat berkaitan Taman Eco Rimba Lubuk Yu di semua capaian berikut ye:

Facebook: https://www.facebook.com/TamanEkoRimbaLubukYu

Telefon: 018-904 8919

Email: ecoparklubukyu@gmail.com

Instagram: https://www.instagram.com/lubuk_yu_ecopark

Tik Tok: https://www.tiktok.com/lubukyuecopark

Terdapat banyak perancangan sedang dibangunkan di sini yang menarik.

Kemudahan yang disediakan di sini termasuk tempat meletak kenderaan, surau, tandas dan sebagainya.

Selamat menghayati sumber semulajadi di Taman Eco Rimba Lubuk Yu apabila ia dibuka semula kepada pengunjung selepas semua kerja penambahbaikan diselesaikan dalam masa terdekat ye.

Taklimat oleh pengusaha, En Juhari


 

0 Comments