Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selepas kami makan tengahari dan melihat kawasan di Rumah Warisan serta mengambil peluang menjengah Rumah Rakit, kami seterusnya dibawa oleh Che Wan Ahmad untuk menyusuri Sungai Pahang di mana beliau sendiri menjadi pemandu bot kami.

Boleh hubungi Che Wan Ahmad untuk aktiviti menyusuri Sungai Pahang kerana ianya merupakan salah satu aktiviti yang ditawarkan oleh Warisan Campsite atau hubungi nombor di bawah ye.

Sedikit tentang Sungai Pahang

Sungai Pahang sepanjang 459 km adalah merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan terletak di dalam Lembangan Sungai Pahang di mana ianya merupanya lembangan sungai merentasi Negeri di mana 70% Lembangan Sungai Pahang terletak di dalam negeri Pahang dan 30% lembangan ini terletak di dalam Negeri Sembilan.

Kami menggunakan laluan yang terdapat di sebelah Jeti Chenor untuk ke bot.

Menyusuri Sungai Pahang

Kami dibawa menyusuri Sungai Pahang sehingga melepasi Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah dan perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah atau Jambatan Chenor sepanjang 2 kilometer merupakan jambatan terpanjang di Pahang dan jambatan kelima yang merentasi Sungai Pahang. Jambatan ini mula dibina pada 2002 dan siap pada 2004. 

Memang pengalaman pertama kali menyusuri Sungai Pahang adalah antara aktiviti yang awesome di dalam lawatan kali ini.

Walaupun hati agar berdebar sebab den memang agak scaredy-cat bila naik bot bagai ni tetapi tetap juga den menikmati hembusan angin sepanjang perjalanan dan melihat pemandangan di sekitar Sungai Pahang tersebut.


Bila sebut menyusuri mana-mana sungai, aktiviti yang kita boleh buat adalah menghayati keindahan alam dan rehatkan sebentar minda yang kadang kala terlalu sibuk memikirkan macam-macam perkara duniawi.

Sungai yang besar seperti Sungai Pahang memang warna airnya seperti teh tarik boleh sahaja disebabkan keadaan semulajadi sungai itu sendiri termasuk kedalaman dan kelebaran sungai serta faktor mendakan di dasar sungai. Kalau hendak air sungai yang jernih, kita perlu pergi ke hulu sungai dan mencari anak sungai ye. Den berpeluang ke tiga (3) tempat di dalam lawatan ini yang menemukan den dengan sungai yang jernih. Nanti den cerita di dalam post yang akan datang ye.

Kalau menyusuri sungai ni mesti akan ada orang tanya tidak takut buaya ke? Kalau membaca kisah lisan daripada beberapa sumber di Pahang, dikatakan buaya di Sungai Pahang mempunyai perjanjian dengan seorang Pawang Kader pada tahun 1930an. Maknanya Sungai Pahang memang ada buaya ye cumanya janganlah ditanya kepada jurumudi bot ada buaya ke tidak di saat hendak menjejakkan kaki ke dalam bot ye. Memang buat tahap debaran bisa meningkat 10 kali ganda ye.

Cumanya kalau boleh ditambahbaik jalan turun ke bot dari tebing sungai adalah lebih molek kerana kadang-kadang orang yang hendak menyusuri Sungai Pahang terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak. Jadinya laluan yang disediakan perlu lebih kemas dan kukuh bagi menjamin keselamatan semua yang menggunakannya.

Jangan melepaskan peluang untuk menyusuri Sungai Pahang apabila kita ke Maran ye.

0 Comments