Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sesi Moh Ronda Maran 2022 bersama Majlis Daerah Maran dan Maran Unlimited diteruskan pada hari kedua dengan melawat tujuh (7) tempat menarik yang terdapat di daerah Maran.

Taman Rekreasi Che Minah Sayang - Taman Eco Rimba Lubuk Yu - Profigs Jengka - Spa Melur Beauty & Wellness - Jengka Wonderland - Kolam Memancing Jengka 14 - Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih

Kalau diikutkan jadual asal, terdapat 14 tempat sebenarnya untuk dilawati tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan dan kami pun berlama-lamaan di satu-satu tempat, makanya sempat pergi ke 7 tempat sahaja. Jadinya memang kena ulang semula datang ke Maran ni ye sebab banyak lagi tempat menarik di Maran yang tidak sempat dijengah.

Kami breakfast with a view begitu di Taman Rekreasi Che Minah Sayang di mana kami menikmati sarapan pagi nasi lemak + kuih + teh o panas sambil mendengar aliran Sungai Yeh. Kalau tidak kerana jadual yang padat, memang kami dah bermandi-manda di anak sungai yang jernih ini. 

Cantik sungguh ye persekitaran dan air sungai di Taman Eco Rimba Lubuk Yu yang menjadi tempat berkumpul mereka yang membuat aktiviti hammock. Den ingatkan di Sarawak dan Sabah sahaja ada Rainforest Festival, rupanya di sini pun ada juga. Tenang je perasaan berjalan-jalan di atas laluan yang disediakan. Tidak ada rezeki hendak bermain-main dengan ikan kelah di sini. In sya Allah one fine day nanti ye.

Kami teruja mendengar perkongsian pengusaha tanaman buah tin melalui jenama Profigs Jengka. Katanya permintaan terlalu tinggi untuk produk buah tin sampai tidak berpeluang hendak dipasarkan di luar Jengka pun. Hebat kan orang Jengka?

Seterusnya kami melihat proses bekam dan mendapatkan maklumat tentang inovasi katil pesakit di Spa Melur Beauty & Wellness.

Kalau sebut taman tema air di Pahang, den cuma tahu tentang Gambang Waterpark je, tidak sangka Jengka pun ada taman tema ye. Meriah pengunjung bersantai bersama keluarga di Jengka Wonderland ni. Macam-macam juga ada di sini. 

Seterusnya kami singgah sebentar di Kolam Memancing Jengka 14 atau dikenali juga dengan Kolam Pancing Hotel D'Kolam yang menjadi tumpuan kaki pemancing di Jengka tapi juga di luar negeri Pahang. Istimewanya kolam pancing ini sebab dia ada sediakan penginapan sekali bagi mereka yang hendak bermalam dan berehat di situ.


Perhentian terakhir kami sebelum balik berehat di chalet di Taman Tasik Maran adalah menjamu selera di Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih. Kalau korang datang ke sini memang kena makan lempeng aneka rasa dan laksa. Memang mouth watering kata orang putih.

In sya Allah nanti den ceritakan tentang tempat-tempat yang den pergi di hari ketiga den di Maran ni ye.

0 Comments