Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Untung ye penduduk Maran kerana mempunyai sebuah kedai makan yang menyajikan hidangan ala barat terutamanya pizza yang rasanya setanding dengan pizza dari restoran komersial yang ada di Malaysia ini.

Kedai makan Pizza Maran yang terletak di Anjung Tasik Maran di dalam kawasan Taman Tasik Maran ini menawarkan pilihan makanan barat yang memang ada rasa dan ada menu pizza unik yang mungkin hanya dijumpai di sini dengan harga yang in sya Allah mampu milik.

Pizza Maran

Ini memang menu wajib yang kena cuba apabila datang ke sini ye.

Pemilik Pizza Maran

Ada pelbagai pilihan pizza yang dibahagikan kepada dua kategori:

Pizza Terlajak Sedap

Pizza Pencinta Cheese

Harga pula bergantung pada saiz pizza.

Pizza yang unik sudah tentulah Pizza Sambal Tempoyak Petai. Sungguh lain daripada yang lain rasanya. 

Makanan Barat Lain

Terdapat pilihan makanan Barat lain yang boleh tahan sedapnya.

Sila makan juga set garlic bread dan sup cendawan sebab garlic bread dia sedap sangat untuk den, sejenis yang bila dimakan panas-panas ia akan cair di dalam mulut begitu.

Set Talam

Den sarankan korang cuba Set Talam sebab di dalam set tersebut terdapat tujuh (7) jenis makanan barat dalam kuantiti kecil setiap satunya tetapi membolehkan kita merasa semua begitu. Set Talam mengandungi:

Spageti Aglio Olio

Lamb Chop

Kentang goreng

Kepak ayam madu

Meatball blackpepper

Chicken boxing

Chicken grill

Makanan Korea

Bagi peminat KPop dan KDrama yang selalu mencuba makanan Korea, korang kena rasa juga hidangan ala Korea di sini.

Waktu Operasi

Setiap hari kecuali Selasa

Masa: 10 pagi hingga 10 malam 

Frozen Pizza Maran

Kepada mereka yang hendak menikmati Pizza Maran tetapi belum ada tarikh yang dapat ditetapkan untuk jalan-jalan cari makan di Maran boleh sahaja membeli Pizza Maran sejuk beku yang boleh dipos di Semenanjung Malaysia.

Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Pizza Maran di pautan berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/PizzaMaran/ 

Instagram: https://www.instagram.com/pizza_maran 

Whatsapp: 0185784856

Jangan lupa singgah makan Pizza Maran nanti tau kalau berjimbaan di Maran. Masukkan dalam kategori tempat makan wajib singgah dan menjamu selera ye.


 

0 Comments