Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kami menggunakan laluan yang terdapat di sebelah Jeti Chenor untuk aktiviti menyusuri Sungai Pahang.

Menurut maklumat di Galeri Pelancongan Chenor, Jeti Chenor mula digunakakan oleh penduduk sekitar sebagai pusat pengangkutan air (Sungai Pahang) samada bagi tujuan pengangkutan bekalan makanan dan juga penduduk sejak awal 1900an. Pengunaan jeti ini semakin berkurangan sejak Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah siap dibina pada 2004.

Jeti Chenor masih dikekalkan kerana masih terdapat penggunaannya oleh nelayan kecil dan ianya juga dijadikan tempat untuk kita turun bagi menaiki bot untuk menyusuri Sungai Pahang.

Diharapkan Jeti Chenor ini terus kekal dipelihara dan dipulihara kerana nilai sejarahnya kepada negeri Pahang.

Terdapat kerusi dan meja disediakan bersebelahan dengan jeti di mana kita boleh berehat dan menjamu selera kerana terdapat juga kedai-kedai makan di sini. Sempat kami menapau teh o ais sebelum menaiki bot menyusuri Sungai Pahang.

Dataran Indera Pahlawan

Sejurus selesai menyusuri Sungai Pahang, kami singgah ke Dataran Indera Pahlawan yang merupakan kawasan lapang yang dilengkapi dengan sebuah pentas, gazebo di mana kita boleh berehat dan melihat aliran air Sungai Pahang serta sebuah pondok telefon ala British yang dikelilingi dengan beberapa buah bebola yang kita boleh duduk.

Dataran Taman Tasik Maran pun ada pondok telefon seumpama ini. Lupa pula den hendak bertanya kepada wakil Majlis Daerah Maran kenapa pondok telefon ini dijadikan sebagai salah satu tarikan.

Jadinya kalau datang ke Pekan Chenor Lama ini, kita boleh buat banyak aktiviti atau melawat banyak tempat ye seperti Rumah Warisan, Rumah Rakit, Jeti Chenor, Dataran Indera Pahlawan dan juga tidak dilupakan aktiviti wajib buat iaitu menyusuri Sungai Pahang.

Moh kita ke Chenor.

 

0 Comments