Dua faktor yang menyebabkan Areena Deluxe Boutique Hotel yang terletak di Ujong Pasir, Melaka nih menarik adalah harganya yang mampu milik dengan kemudahan yang disediakan (kitaorang dapat harga RM 85 untuk bilik dengan 2 katil single + breakfast untuk 4 orang) serta lokasi hotel yang terletak bersebelahan dengan kedai makan yang dikategorikan sebagai kedai makan wajib singgah kalau di Melaka iaitu Perhentian Kuih Kampung (serious sebelah menyebelah je).
Hanya tempat letak kereta yang terpleot sedikit kerana hanya ada 6 ruang letak kereta (2 ruang untuk OKU) di hadapan hotel. Tempat letak kereta yang lebih besar terletak di seberang jalan. Walaupun sepelaung je tetapi disebabkan jalan raya yang agak sibuk di sini, memang jenuh la sedikit nak melintas tuh. So kalau tak dapat letak kereta di hadapan hotel, make sure kita dropkan all the begs and kiddos depan hotel sebelum parking kereta ye.

Hotel yang bersih, kemas dan selesa. 

Ruang lobi juga menempatkan ruang makan untuk breakfast serta beberapa buah sofa.
Disediakan perkhidmatan lif.

Walaupun bilik bagi 2 katil single agak kecil untuk kitaorang empat beranak tapi masih selesa.
Bilik air pun selesa. First time dalam hidup den jumpa shower yang agak complicated hehehhehehee.
Banyak sungguh butang pada shower ni. Konpius den.
Breakfast buffet spread walaupun simple tapi mengenyangkan dan berbaloi dengan harga dibayar. Ada nasi lemak, keaw tiaw goreng, cereal, roti, kuih, etc. Bagi den dah okay sangat la tuh sebab bayar tak sampai RM 100 tapi siap ada breakfast for 2. Untuk anak-anak den pula, tidak dikenakan bayaran tambahan untuk breakfast. So memang okay sangat la bagi den.
Kakitangan yang den berurusan baik semasa check in, check out dan breakfast semuanya berhemah dan berbudi bahasa.

Hotel ni den kategorikan sebagai hotel mampu milik dengan kemudahan yang okay bagi penginapan sekeluarga.

So boleh tengok FB depa untuk maklumat lanjut ye. ArenaaDeluxeMelaka


2 Comments

  1. nanti nak menginap di hotel ni bila pi Melaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pertimbangkan hotel ni sebab ianya in sya Allah mampu milik

      Delete