18 Years and Counting

Alhamdulillah 1 Jun 2019 yang lepas merupakan anniversary yang ke 18 tahun den bertugas di pejabat den sekarang ni. 

1 Jun 2001 - 1 Jun 2019.

Wow….18 tahun dah rupanya. Lama gila dah ni. 

Macam teringat-ingat lagi interview pada April 2001 kalau tak silap. Den pakai baju pinjam, baju kurung bunga-bunga pink member den sebab den suka baju tuh. Ada satu soalan daripada arwah Pengarah yang interview den pasal kegunaan Empty Fruit Branches (EFB) dari pokok sawit. Nasib baik den ada tolong taip tesis member den pasal EFB masa buat degree dulu, Alhamdulillah boleh jawab soalan ni hehheheheehe.

Den adalah antara 3 orang yang terakhir berjumpa dengan arwah Pengarah, 30 minit sebelum beliau meninggal dunia due to sakit jantung kat CCU HUKM. Bila teringat pasal arwah, mesti terngiang-ngiang pesanan terakhir beliau ‘Bidasari….jaga ofis elok-elok ye’. Den yang baru berumur 25 tahun masa tuh jawab ‘Tuan Haji jangan fikir banyak-banyak ye. Tuan Haji rehat dulu. Nanti Tuan Haji sihat dah boleh jaga ofis balik’. 

Masa ada kursus 2 minggu kat Korea Selatan masa penghujung Ramadhan sampai raya ke 7 kalau tak silap, arwah panggil den masuk bilik dia cakap ‘Bidasari pergi kursus nih ye sebab Bidasari belum kahwin lagi. Orang lain tak nak pergi sebab nak sambut hari raya dengan keluarga’. 

Tak akan lupa kisah consultant dari Denmark jumpa arwah Pengarah cakap nak bawa juga den untuk technical trip ke Denmark sebab den adalah PIC bidan terjun yang uruskan pilot projek kerjasama antara Malaysia-Denmark sebab PIC sebenar cuti bersalin.

Of course akan sentiasa teringat kejadian pada tahun 2012 yang mana asalnya den jadi AJK Makanan je untuk lawatan teknikal Climate Change yang melibatkan peserta daripada pelbagai negara dari rantau Asia tapi tiba-tiba pada hari event, den terpaksa jadi bidan terjun Ketua Urusetia bagi lawatan teknikal tuh sebab PIC MC, etc. 

Tak pasal-pasal kena ensure semua benda berjalan lancar padahal sebelum ni den cuma uruskan menu makanan je. Kena jawab soalan-soalan masa sesi soal jawab di Empangan Sungai Selangor, jumpa polis untuk traffic control, kena pujuk Dato YDP supaya joint event, don’t bail out walaupun kecil hati, kena bagi ucapan penutup program, etc sampai la kena menari dengan delegasi Indonesia towards the end of the event.

Kena stay back sampai malam siapkan paper untuk dibawa ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor, etc ketika zaman kegawatan dulu.

Banyak wei kenangan 18 tahun di ofis ni.

Life of course ada ups and downs. Sama la dengan kehidupan di ofis.

Kalau tanya hati yang kalau diikutkan mati tuh, den memang nak bersara semalam kalau semua hutang dapat diminimakan, ada simpanan yang disasarkan dan ada benda lain yang boleh menjana income untuk den sekeluarga.

Road to early retirement macam dok berlegar-legar kat kepala almost everyday.

Tapi itu la hidup kan? Kena berpijak di bumi nyata.

In sya Allah usaha untuk merealisasikan hasrat bersara awal tuh den akan teruskan di samping bekerja selayaknya di pejabat ini selagi mana perkhidmatan masih diperlukan.

In sya Allah.

4 comments:

  1. lama tu kerja kat tempat sekarang. semoga terus setia di sana sehingga pencen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la abam kie. Dah stagnant dan tepu dah otak ni. Nak bersara awal rasanya kalau hutang dah boleh diuruskan:)

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehehheheehe....blum ada chance nak pergi tempat lain:))))))

      Delete

Powered by Blogger.