Wordless Wednesday 32/2026

 

Ada Bas Smart Selangor yang baru la
Cubaan zumba selepas kali terakhir berzumba adalah 6 bulan lepas berakhir dengan 'meminta nyawa' dan pemikiran 'why I do this to myself'😅
Teammate belanja churos pula dah. Eat clean who😅?
Breakfast dengan teammate. Sekali makan lontong darat ye. Lepas makan menyesal yang tiada gunanya begitu😅
Kita cuba lagi untuk eat clean walaupun gagal teruk sebelum ini
Udah kenapa macam makanan Putihah pula ye😅
Suka avocado tetapi katanya avocado antara buah yang mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi. Ahhhh sudah. Kalau macam tu kita makan nasi lemak terus la kan biar puas hati😅.
Eh tetiba makan big breakfast selepas Dr ambil darah untuk pemantauan lanjut. Dasar mentibang laut sungguh😅

20 comments

  1. Kembali zumba session lepas 6 bulan memang 'minta nyawa'! Tapi fun and energetic workout vibes tu tetap puas hati. Walau avocado healthy fats, kalori tetap kena watch out.

    Anyway, bas baru tu lagi selesa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas baru selesa sangat. Wangi pulak tuh. Happy naw hati rasanya dapat naik bas ni

      Delete
  2. Syoklah kak dapat naik bas baru. Hihi..lama kasut berehat ek. Kalau orang belanja, auto rosak diet. Yee, terlambat sudah nak menyesal. Enjoy je lah makan kan.
    Eat ada buah-buah banyak tu best. Big breakfast tu cantik betul presentation food dia. Dasar mentibang laut eh..belum pernah dengar lagi dasar tu. kikiki...tapi comel bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....bila orang dah belanja makan kita lupakan je hasrat eat clean itu ye. Esok kita cuba jaya lagi untuk eat clean begitu ye😅

      Delete
  3. Ala, banyak lemak ke avocado tu? Den suko :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada yang kata lemak baik pula. Makanya ayuh kita makan aje la ye😅

      Delete
  4. Lupakan DIET 😆. Nikmati makanan selagi boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehehe menggoda sungguh cadangan ini😅

      Delete
  5. Nikmatilah hidup selagi sehat kan hehehehe..
    Kita suka laa big breakfast tuuu

    ReplyDelete
  6. Tp kandungan lemak alpukat termasuk lemak sehat kak. Yg memang dibutuhkan tubuh. Asalkan makan dengan secukupnya, itu masih aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...terima kasih atas maklumatnya Fanny. KSarie dah la memang suka avocado.

      Delete
  7. lawaklaa sekejap gambar sayur, tiba2 tu gambar makanan tinggi kalori pulak xD
    alaa makan je apa nak makan kak.. yg penting jaga portion je. pastu petang2 briskwalk laaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha begitulah ceritanya ye. Apabila sempat eat clean, kita eat clean. Kalau tidak sempat kita belasah aje la ye😅

      Delete
  8. Breakfast yang last tu masih menyihatkan... kannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada salad dan telur...kira sihat la juga kan😅

      Delete
  9. Saya gelak terkekeh-kekeh baca entri KSarie ni. Lawalah kasut zumba dia. Itulah apa saya pikio dulu, masa lari marathon sebelum subuh padahal orang lain syok tengah tidor. Isu eat clean ni, macam jatuh dan bangun berkali-kali, KSarie. Esok masih ada, esok boleh mula semula. Harini rezeki Allah bagi, tak baik membazir, gitew. Betul, makanan sihat memang kita jadi macam Putihah. Kalau tak jadi arnab, jadi kambing, orang kata. Lepas baca entri ni, saya rasa esok nak pergi briskwalk la, jeles tengok KSarie makan banyak salad. I is baru melantak nasi. 🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....gambar masa makan nasi tak dimasukkan dalam post ini😅Masukkan gambar yang murni-murni je begitu😅Kasut zumba tiada brand rege RM50😅

      Delete
  10. Zumba, first time join dulu terus vertigo hehe. Kita tonton je lah.
    Takpe KSarie, makan lepas tu menyesal lepas tu jaga balik food intake nya. Baru lah fun, kata sorang kawan 😂😂 Masa warded buang batu & hempedu dulu, baru rasa nikmatnya makan sebab masa tu tak boleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha konsep KSarie kalau ada ruang eat clean, kita cuba eat clean. Kalau makan di luar cuba jaga portion nya. Begitu aje lah perancangannya supaya makanan sedap masih dapat dinikmati begitu. Eceh

      Delete