Resensi Buku Sirajan Munira Pelita Yang Menerangi oleh Syaari Abd Rahman dan Fakhrul Islam

Assalamualaikum.

Semoga semuanya sihat di hari Jumaat yang barokah ini.

In sya Allah masih ada masa untuk kita membaca Surah Al-Kahfi pada hari ini ye.

Den hendak kongsikan sebuah buku yang den berkenan dooh dan rasanya akan diulang baca lagi satu hari nanti.

📘Sirajan Munira Pelita Yang Menerangi 

✍️Syaari Abd Rahman dan Fakhrul Islam

📖286 mukasurat

🏫Koleksi Sendiri

Pembangunan sebuah tamadun bangsa perlu bermula dengan pembangunan karakter yang mantap agar iman dan jati diri tidak rapuh

Ayat ini mengingatkan den kepada satu wawancara/ceramah oleh arwah Tok Guru Nik Aziz yang memberikan pernyataan yang sama bila ditanya tentang urustadbir Kelantan.

Buku yang membincangkan tentang kronologi sirah berdasarkan kronologi 114 surah di dalam Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi Muhammad saw.

Setiap kronologi penurunan surah dibahagikan kepada 6 fasa dakwah iaitu:

✅Pertabalan dan misi dakwah secara rahsia (5 surah)

✅Dakwah secara terbuka (21 surah)

✅Pembantaian umat Islam di Mekah (45 surah)

✅Peristiwa Israk Mikraj & Penghijrahan ke Yathrib (15 surah)

✅Madinah Bertahan: Kehidupan baharu di Madinah (4 surah)

✅Madinah Ofensif (24 surah)

Setiap surah dikupas berdasarkan gambaran keseluruhan, sirah penurunan dan ibrah sirah yang kita perlu aplikasikan di dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah dan mengharungi perjalanan di dunia sementara menanti untuk pulang ke alam hakiki.

Ini sebuah buku yang buat hati sebak sebab mengenangkan perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwah daripada mula menerima wahyu sehingga Baginda wafat.

Ibrah Surah Fatir (Pencipta) berkaitan tindakan dan konspirasi kafir Quraisy untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw terutamanya ayat 2 buat hati rasa sebak kerana seolahnya ayat ini berpesan:

"Jangan terlalu bersedih , wahai umat Islam, atas perkara yang kamu tidak punya kawalan tentangnya. Fokuslah kepada agenda untuk terus menyebarkan kebaikan dan kasih sayang"

Ibrah Surah Taha macam kena penampaq setepek dekat muka sebab jika Umar al-Khattab r.a yang keras hati boleh tunduk dan mengakui keesaan Allah swt selepas membaca 6 ayat pertama Surah Taha, kenapa kita yang membaca Quran sekali sekali atau selalu masih liat dan terpeleot di dalam melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya🥹.

Buku yang perlu dibaca perlahan kerana ada ayat-ayat Quran yang dirujuk di dalam buku ini kita yang membuatkan kita perlu buka Al-Quran dan membaca tafsirnya untuk pemahaman lanjut.

Ibrah setiap surah menyebabkan kita perlu audit dan muhasabah diri tentang persoalan yang dibangkitkan seperti:

✅adakah kita sentiasa bersyukur

✅kenapa kita masih tidak bangun solat Tahajud walapun terbangun tengah malam sebab hendak terkucil

✅kenapa kita boleh melayari media sosial berjam-jam setiap hari tetapi berat hendak membaca 1 helai al-Quran setiap hari - ini den la ni.....adoiiii la

✅adakah kita penunggang agama

✅adakah kita terlalu leka dengan kehidupan dunia sampai terlupa mengumpul bekalan untuk akhirat, dsb.

Buku yang perlu diulang baca untuk sentiasa mengingatkan kita tentang betapa masa dan umur yang berbaki ini seharusnya dipenuhi dengan aktiviti persediaan untuk kembali kepadaNya.

Buku yang mengundang sebak sepanjang pembacaan kerana betapa banyaknya perkara yang den tidak tahu dan perlu perbaiki.

Dengan masa yang masih berbaki tidak tahu berapa lama, moh la kita sama-sama berusaha memperbaiki apa yang patut ye sebab betapa dipesan selalu kehidupan di dunia ini adalah ujian untuk kita semua.

Jaga diri semua.

Selamat berhujung minggu.

Semoga anak-anak yang cuti sekolah bermula esok sehingga 6 September akan bahagia berjimbaan di rumah😅.

17 comments

  1. byk pengajaran dlm buku ini. sy kena beli dan baca utk membaiki diri yg dhaif ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah buku yang memang awesome AK untuk kita terus istiqamah memperbaiki diri

      Delete
  2. Adehh.. terkena juga.. tentang solat tahajjud.. terbangun nak terkucil tapi tidak mengerjakan tahajjud. Terima kasih beri peringatan🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh la kita sama2 usahakan solat tahajud ye

      Delete
  3. Menarik rupanya buku ni... PH pernah nampak judulnya dan familiar sangat tapi tak pernah baca. Rugikan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah masih ada kesempatan untuk membacanya PH😍

      Delete
    2. In sya Allah masih ada kesempatan untuk membaca buku ini😍

      Delete
  4. Secara tak lansung membaca buku ni kita dapat muhasabah diri. Deep sungguh kan ayat ni "Jangan terlalu bersedih , wahai umat Islam, atas perkara yang kamu tidak punya kawalan tentangnya". Kadang kita ni terlalu bersedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kadang-kadang kita terlalu larut dalam perasaan sedih ye

      Delete
  5. Apa pun telur setengah masak yang perfect tu mengganggu tumpuan uncle pada cerita lain... hehehehe

    ReplyDelete
  6. Bagusnya buku ni. Mekasih, share sedikit intipati yang terkena juga atas batang hidung saya.
    Baru ni, saya tengok ceramah Ustazah Asma Harun. Dia beri tips, masa solat fardu, letak Quran di tepi. Jadi, mudah kita nak capai dan baca. Quran yang betul, bukan app di handphone. Kalau app, kita baca sikit, browse media sosial je banyak, lagi² kalau dapat notifikasi mesej whatsapp masuk. Betul juga. Kena lagi sejibik kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tot di atas perkongsian oleh Ustazah Asma Harun. KSarie adalah spesies yang sakan ralit kalau tengok socmeds. Haish

      Delete
  7. Buku seperti ini memang tak bisa baca cepat. Harus pelan2 , diresapi maknanya.

    Beberapa poin buat saya terkilan juga. Bab tahajud ini sedang berusaha utk bisa konsisten.

    Tp media sosial saya tengah detoks skr kak. Uninstall semua . Alasannya Krn saya stress baca berita di sana, tp juga nak membersihkan hati pikiran dari hal2 di sana. So saat ini bisa dibilang saya banyak tertinggal berita.

    Tapi hati saya jadi lebih happy, sebab tak lagi membaca hal2 jelek yg buat stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang memang perlu detox daripada social media kan Fanny agar hati dan minda lebih nyaman. KSarie pun hanya fokus pada blog dan IG sariereads

      Delete
  8. Thanks for sharing semuanya KSarie. Moga kita cuba sedaya upaya, kuat iman nya untuk banyakkan beramal, buat bekalan kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga kita sama-sama istiqamah menyediakan bekal ke sana

      Delete