Assalamualaikum.
Semoga semuanya sihat di hari Jumaat yang barokah ini.
In sya Allah masih ada masa untuk kita membaca Surah Al-Kahfi pada hari ini ye.
Den hendak kongsikan sebuah buku yang den berkenan dooh dan rasanya akan diulang baca lagi satu hari nanti.
📘Sirajan Munira Pelita Yang Menerangi
✍️Syaari Abd Rahman dan Fakhrul Islam
📖286 mukasurat
🏫Koleksi Sendiri
Pembangunan sebuah tamadun bangsa perlu bermula dengan pembangunan karakter yang mantap agar iman dan jati diri tidak rapuh
Ayat ini mengingatkan den kepada satu wawancara/ceramah oleh arwah Tok Guru Nik Aziz yang memberikan pernyataan yang sama bila ditanya tentang urustadbir Kelantan.
Buku yang membincangkan tentang kronologi sirah berdasarkan kronologi 114 surah di dalam Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi Muhammad saw.
Setiap kronologi penurunan surah dibahagikan kepada 6 fasa dakwah iaitu:
✅Pertabalan dan misi dakwah secara rahsia (5 surah)
✅Dakwah secara terbuka (21 surah)
✅Pembantaian umat Islam di Mekah (45 surah)
✅Peristiwa Israk Mikraj & Penghijrahan ke Yathrib (15 surah)
✅Madinah Bertahan: Kehidupan baharu di Madinah (4 surah)
✅Madinah Ofensif (24 surah)
Setiap surah dikupas berdasarkan gambaran keseluruhan, sirah penurunan dan ibrah sirah yang kita perlu aplikasikan di dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah dan mengharungi perjalanan di dunia sementara menanti untuk pulang ke alam hakiki.
Ini sebuah buku yang buat hati sebak sebab mengenangkan perjuangan Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwah daripada mula menerima wahyu sehingga Baginda wafat.
Ibrah Surah Fatir (Pencipta) berkaitan tindakan dan konspirasi kafir Quraisy untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw terutamanya ayat 2 buat hati rasa sebak kerana seolahnya ayat ini berpesan:
"Jangan terlalu bersedih , wahai umat Islam, atas perkara yang kamu tidak punya kawalan tentangnya. Fokuslah kepada agenda untuk terus menyebarkan kebaikan dan kasih sayang"
Ibrah Surah Taha macam kena penampaq setepek dekat muka sebab jika Umar al-Khattab r.a yang keras hati boleh tunduk dan mengakui keesaan Allah swt selepas membaca 6 ayat pertama Surah Taha, kenapa kita yang membaca Quran sekali sekali atau selalu masih liat dan terpeleot di dalam melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya🥹.
Buku yang perlu dibaca perlahan kerana ada ayat-ayat Quran yang dirujuk di dalam buku ini kita yang membuatkan kita perlu buka Al-Quran dan membaca tafsirnya untuk pemahaman lanjut.
Ibrah setiap surah menyebabkan kita perlu audit dan muhasabah diri tentang persoalan yang dibangkitkan seperti:
✅adakah kita sentiasa bersyukur
✅kenapa kita masih tidak bangun solat Tahajud walapun terbangun tengah malam sebab hendak terkucil
✅kenapa kita boleh melayari media sosial berjam-jam setiap hari tetapi berat hendak membaca 1 helai al-Quran setiap hari - ini den la ni.....adoiiii la
✅adakah kita penunggang agama
✅adakah kita terlalu leka dengan kehidupan dunia sampai terlupa mengumpul bekalan untuk akhirat, dsb.
Buku yang perlu diulang baca untuk sentiasa mengingatkan kita tentang betapa masa dan umur yang berbaki ini seharusnya dipenuhi dengan aktiviti persediaan untuk kembali kepadaNya.
Buku yang mengundang sebak sepanjang pembacaan kerana betapa banyaknya perkara yang den tidak tahu dan perlu perbaiki.
Dengan masa yang masih berbaki tidak tahu berapa lama, moh la kita sama-sama berusaha memperbaiki apa yang patut ye sebab betapa dipesan selalu kehidupan di dunia ini adalah ujian untuk kita semua.
Jaga diri semua.
Selamat berhujung minggu.
Semoga anak-anak yang cuti sekolah bermula esok sehingga 6 September akan bahagia berjimbaan di rumah😅.







byk pengajaran dlm buku ini. sy kena beli dan baca utk membaiki diri yg dhaif ini...
ReplyDeleteIn sya Allah buku yang memang awesome AK untuk kita terus istiqamah memperbaiki diri
DeleteAdehh.. terkena juga.. tentang solat tahajjud.. terbangun nak terkucil tapi tidak mengerjakan tahajjud. Terima kasih beri peringatan🥰
ReplyDeleteMoh la kita sama2 usahakan solat tahajud ye
DeleteMenarik rupanya buku ni... PH pernah nampak judulnya dan familiar sangat tapi tak pernah baca. Rugikan :(
ReplyDeleteIn sya Allah masih ada kesempatan untuk membacanya PH😍
DeleteIn sya Allah masih ada kesempatan untuk membaca buku ini😍
DeleteSecara tak lansung membaca buku ni kita dapat muhasabah diri. Deep sungguh kan ayat ni "Jangan terlalu bersedih , wahai umat Islam, atas perkara yang kamu tidak punya kawalan tentangnya". Kadang kita ni terlalu bersedih...
ReplyDeleteItu la kadang-kadang kita terlalu larut dalam perasaan sedih ye
Delete