Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar di hari Isnin?
Semoga terus semangat untuk hustle dengan kehidupan ye.
Den hendak kongsikan resensi KDrama yang den dan keluarga marathon tengok Sabtu dan Ahad lepas.
Tajuk: Teach You A Lesson
Episod: 10
Platform: Neflix
Genre: Sekolah, Buli
Jalan cerita 5🌟
Setiap episod tidak sempat boring sebab ada banyak scenes buat kita tak sengaja tertahan nafas sebab berdebar.
Macam mana cikgu hendak mengajar kalau tidak diberi kuasa
Ini antara ayat hero yang buat den teringat kepada sistem pendidikan di Malaysia sekarang.
Kesimpulannya KDrama yang semua orang kena tengok.
Baik ibu bapa.
Anak-anak.
Guru dan tenaga pengajar.
Kakitangan di Kementerian Pendidikan, Pelajaran, Pengajian Tinggi segala.
Kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah.
Kisah unit baru yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan iaitu Biro Perlindungan Hak Pendidikan (BPHP) yang menguruskan kes-kes buli, salah guna kuasa, dsb yang berkaitan dengan pendidikan.
Sesiapa yang teraniaya akan dilindungi.
Sesiapa yang menganiaya akan diambil tindakan.
Setiap episod membawa isu yang berbeza.
Seusai 8 minit Episod 1 bila hero muncul memang rasa wow sangat.
Bak kata omputih 'that is how you introduce a character'.
Kisah buli di sekolah yang mana akan buat kita terfikir tentang kes buli yang bukan sahaja sering berlaku di Korea Selatan tetapi di Malaysia juga.
Kisah cikgu sekolah rendah yang dibuli oleh ibu bapa secara mental. Ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di Korea.
Kisah emak dalam kategori tiger mum yang memaksa anak belajar sampai membahayakan nyawa anak demi hendak masuk jurusan dan universiti berprestij.
Orang kaya yang menggunakan harta dan kuasa mereka bagi anak mereka mendapatkan tempat di sekolah terbaik dengan merampas hak orang susah yang sebenarnya lebih layak.
Bahaya judi atas talian yang sekali terjebak menyebabkan kerugian duit, keluarga musnah, kehilangan nyawa, dsb.
Pelajar yang di bawah umur yang jahat nak mati tetapi dilindungi oleh Akta Kanak-Kanak dan tidak boleh diambil tindakan. Ini episod yang buat geram macam nak pengsan.
Setiap episod memang bikin sakit dada, sakit jiwa, patah hati segala semuanya ada.
Serius setiap episod ada pengajarannya.
Setiap pesanan di hujung setiap episod akan buat kita terpaksa berfikir.
Setiap babak aksi memang awesome.
Ada komedi sekupang dua.
Pendek kata KDrama yang lengkap segala perisa segala.
Kim Mu-yeol sebagai Na Hwa-jin, pegawai BPHP memang mantap teruk dalam KDrama ini.
Senyuman menawan tetapi kalau diangkat tangannya untuk menampar memang terpleot la siapa yang kena😅.
Bekas komando la katakan.
Sejenis hero yang cool dan licik.
Dalam dok senyum dan memuji dia buat siasatan.
Molek sungguh setiap action scenes dalam KDrama ini.
Anak-anak den siap cakap setanding Vicenzo hero berlawan.
Watak Na Hwa-jin macam seolah-olahnya memang dibuat untuk Kim Mu-yeol.
Mamat ini memang molek berlakon cuma selama ini tiada rezeki dia hendak meletup sebelum ini.
Sebelum ini asyik jadi second lead je.
Semoga semakin cemerlang lepas ni dapat jadi hero sokmo.
2 orang pegawai BPHP yang lain iaitu Han-rim dan Geung-dae pun cemerlang.
Jin Kin-joo yang membawa watak Han-rim memang gandingan sesuai untuk hero yang cool.
Sejenis panas baran dan tidak sabar.
Cool je hero melayan rakan sepasukannya ni.
Cuma kena tahan telinga sedikit dengar dia menjerit-jerit yang ada masanya den rasa macam 'nko dah kenapa'😅.
Geung-dae pakar IT cerdik pandai yang lurus bendul ini memang sesuai melengkapkan pasukan BPHP.
Dalam pada cerdik segala, terpesona dia dengan judi online semasa menjadi undercover.
Sungguh la pengajaran episod ni yang judi tidak mengenal siapa.
Sekali terjebak padah selamanya.
Menteri Pendidikan yang menubuhkan BPHP ini buat kita rasa 'ada ke menteri yang prihatin dan bersungguh-sungguh hendak buat kerja macam ni'😅.
Sudah pasti ada tindakan yang memang tidak akan bisa dibuat di alam realiti tapi memang rasa macam puas hati bila mereka yang menganiaya orang dikenakan tindakan.
Walaupun KDrama ini ada kontroversi kerana diadaptasi daripada webtoon Get Schooled yang memang telah sedia ada dikecam ramai, den sarankan kome tengok KDrama ini sebab ianya boleh dikaitkan dengan kehidupan kita, anak-anak kita, sanak-saudara kita dan orang sekeliling kita.
KDrama ini adalah KDrama yang kami empat beranak duduk tengok bersama-sama fokus dari episod 1 hingga episod 10.
Ada banyak pengajaran untuk kami.
Antara KDrama terbaik yang den pernah tengok.
Mohon tengok KDrama ini ye



Nanti uncle rekomen kat aunty....
ReplyDeleteHa memang mantap ceritanya UG
DeleteSungguh pantas kome empat beranak tengok siri ini marathon, ye. Saya ada tengok promo dicadangkan juga untuk saya, dan saya rasa memang menarik. Nanti masuk senarai untuk ditengok. 😊
ReplyDeleteIn sya Allah memang molek ceritanya. Antara KDrama terbaik untuk 2026 ini
DeleteBerjaya habiskan dalam masa weekend, 10 episodes hahahaha. Ala ala cerita gokusen 2003 itu jdrama punya. Kalau netflix yg buat memang lain
ReplyDeleteUlasan ini menyebabkan KSarie rasa kena ulang tengok JDrama Gokusen
DeleteBelum lagi start menontonnya. Banyak dalam MY LIST 😍😍 entah bila dapat tengok, sibuk entah apa2.
ReplyDeleteTapi yang ini wajib tengok tau Mulan. Memang antara KDrama terbaik 2026
Deletetq rekomen! kena masuk list ni sebab saya suka jugak tengok kdrama berkisarkan high school
ReplyDeleteIni memang 10/10 rating nya. Awesome teruk
DeleteSaya, suami dan anak sulung pun sukaaa Drakor. Tp tak pernah kami nonton ber3 😅😅. Selalunya sendiri2, apalagi saya kalau nonton suka pakai speed 1.5. suami pula tak suka hahahahah
ReplyDeleteTp Drakor ini memang saya dah list nak nonton kak. Dari pemain dan tema saja dah tertarik. Ada yg bilang awalnya Kim nam Gil yg akan JD pemeran utama. Tp dia tak nak. Akhirnya diganti. Tp pemain yg ini pun saya sukaaaa
Kim Nam Gil memang pelakon kelas A tetapi KDrama ini memang seolahnya paling cocok untuk Kim Mu-yeol. Ini Drakor yang sesuai ditengok untuk 1 keluarga
Delete