Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di minggu kedua di tahun 2026?
Adakah jadual masing-masing telah penuh?
Minta maaf masih belum berkesempatan blogwalking ke blog kome.
Minggu pertama 2026 udah drama begitu😅.
1 Januari bila bangun tidur sekali eh kenapa tiada air?
Sekali dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa panel pam air rosak.
Makanya kita berhuhuhuhu melepak di rumah sehingga ada air pada 4 petang.
2 Januari den masuk kerja sebab kena mengemas bilik.
Sekali ada maklumat tingkat atas ada momok budak kecil berlari-lari begitu.
Ala….den udah la jenis cepat tercopot hatinya.
Den harap momok kekal di tingkat atas, tidak turun ke tingkat den😅.

In sya Allah view untuk 5 tahun akan datang dari bilik den
Rezekinya sebab barang-barang den tidak banyak.
Jadinya satu hari siap mengemas semua barang.
In sya Allah dikhabarkan den akan bertapa di bilik ini selama 5 tahun.
Semoga yang molek-molek la hendaknya ye.
Weekend den ulang tengok KDrama Hot Stove League (2019).
Ini antara KDrama favourite den yang den udah ulang tengok dalam 3 kali.
Kisah pengurusan pasukan baseball.
Tiada sekupang pun kisah cinta.
Boleh baca resensi KDrama ini di SINI.
Den berharap untuk tahun 2026 den mengadaptasi sedikit personaliti Pengurus Besar pasukan baseball Dreams semasa bekerja.
Baek Seung-soo lakonan Namkoong Min.
Segak betul Namkoong Min dalam KDrama ni.
Baek Seung-soo tenang gila babi tidak kira apa situasi.
Dia buat kerja sebaik mungkin walaupun situasi tidak berpihak kepada dia.
Dia hanya bercakap apa yang perlu.
Ini den punya harapan utama untuk tahun 2026 ini.
Berjaya ke idok belakang kira ye😅.
Den juga berharap untuk kesihatan yang lebih baik.
Dapat jalan-jalan cari makan sekupang dua.
Bagi tahun 2026, den mendoakan untuk diri den dan semua yang tersinggah baca blog den ini agar dikurniakan rahmat daripada Allah setiap ketika.
Semoga yang molek-molek untuk kita semua di tahun 2026 ini ye.
In sya Allah.


Wah! Ini view idaman semua orang!
ReplyDeleteHa Alhamdulillahhhhh
DeleteSalam Tahun Baru... Awal tahun dah drama tak ada air yer.. aduh kacau betul... Masuk ofis ada bdk lari2 hahaha.. nasib tak turun ke tngkt yg sama hahaha.. 😅
ReplyDeleteHa....kita doakan momok itu terus kekal di tempatnya😅
DeleteMoga baik2 ajer untuk kita pada tahun 2026 ni ya.
ReplyDeleteIn sya Allahhhh...aminnnnn
DeleteLawa sungguh view dari bilik office KSarie.
ReplyDeleteSemoga momok stay di tingkat atas sahaja.
Mesti best cerita tu, sampai 3 kali ulang tengok. 😁
Ha antara KDrama awesome. Oppa pula molek kejadiannya😅
Deleteawal betul dapat surprise tahun baru ye.. takde air teruss!
ReplyDeletealaa takutla momok2 ni.. harap dia tak kacau level ksarie sudahlah.....
Ha...itu la makanya...harap momok itu tidak jalan-jalan sana sini...biar kekal di tingkat atas begitu 😅
DeleteSelamat tahun baru 2026 ..
ReplyDeleteSemoga 2026 kita akan lebih awesome
DeleteWaaah tahun baru dah disambut tak ada air ya kak 😅😅. Untung sore dah nyala.
ReplyDeleteEh momok budak tuh maksudnya hantu kah?? 😱😱😱. Kok seraaam 😰
Hot stove league memang best ❤️❤️❤️. Saya pun sukaaaa. Tapi tak ada lah nonton berulang. Saya jarang memang nonton ulang Drakor kak. Sebab list Drakor saya ada lebih dari 100 yg nak tonton. Jadi tak ada masa utk repeat 🤣.
Ya Fanny seram ada hantu di tingkat atas. Harapnya dia tidak jalan-jalan lawat KSarie yar😅KSarie memang suka ulang tengok KDrama yang sangat KSarie suka😅
DeleteView cantik nya 5 tahun ni Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah😊😊😊😊
Delete