Selamat Tinggal 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di malam terakhir di tahun 2025?

Semoga semuanya sihat walafiat.

Sudah pasti ada ups and downs sepanjang 365 hari di tahun 2025 ini.

Tetapi den teringat satu scene di dalam movie Hangover 2 (2011) yang menjadi meme popular.

Lebih kurang macam selagi hayat dikandung badan, in sya Allah kita akan bisa melalui apa sahaja perkara di dalam hidup biarpun terpaksa menguit ala-ala suster ngensot😅.

Selagi ada nyawa, in sya Allah jalan untuk kembali kepadaNya juga masih ada.

 

Tahun 2025 bagi den adalah bertemakan warna-warni Aidilfitri.

Eceh😅.

Tahun yang semakin mengingatkan den yang tua semakin mengejar den.

Sebab adik manis di kaunter Econsave tanya 'Makcik tau tak harga garam ni berapa?'

Terpaku sebentar bila dipanggil 'Makcik'.

Walaupun memang den boleh dapat rebate harga tiket ETS sebab udah jatuh dalam kategori warga emas tidak lama lagi😅.

Dasar tidak sadarkan diri begitulah ye😅.

 

Alhamdulillah den masih ada jodoh pergi dan balik kerja naik Bas Selangorku.

Suka banget selalu dapat punch in sebelum 7.30 am.

Bahagia dapat naik lif sorang-sorang.

Orang introvert begitulah ye😅.

Kadang-kadang sahaja punch in sebelum 8 am dan 8.30 am.

Jarang-jarang punch in sebelum 9 am.

Sekali sekala ada drama menunggu bas yang tidak kunjung tiba😅.

Sedikit adventure apabila menunggu bas di kala hujan membasahi bumi😅.

Bas Selangorku membantu di dalam pembacaan buku den sebab den biasanya memang akan baca buku bila menunggu bas

Den bersyukur sangat ada kemudahan Bas Selangorku.

Sangat sesuai untuk orang penakut memandu macam den ini.

Semoga perkhidmatan Bas Selangorku diteruskan sehingga den pencen pada 2034 nanti in sya Allah.

 

Tahun 2025 ini bab kesihatan agak terpleot.

Boleh tahan kekerapan berulang alik ke klinik dan hospital.

Anak sulung den F kurang sihat tahun ini.

Beberapa kali juga den perlu ke sekolah.

Alhamdulillah rezeki sangat F mempunyai Pengetua dan guru-guru yang sangat prihatin.

Banyak perkara yang den belajar bila F kurang sihat.

Banyak muhasabah diri yang terpaksa dibuat juga.

Den dan migraine usah dibicarakan lagi.

Memang ala-ala oppa Korea yang menempel di dalam hati😅.

 

Rasanya setiap tahun den paling champion bab makan ini.

Tidak tahu hendak dibicara bagaimana.

Kira pasrah aje ke macam mana😅?

Rezeki den sekarang F boleh memasak sekupang dua.

Jadinya memang keroje den makan aje la😅.

Lepas tuh rasanya kalau ada membership dekat kedai mamak, family den yang akan selalu redeem points sebab sakan ye deme ni makan di kedai mamak😅.

 

Alhamdulillah den berjaya membaca 98 buah buku pada tahun 2025 ini.

Tahun ini den membaca agak banyak buku daripada pengarang Indonesia.

Ada lebih kurang 20 buah buku yang den DNF (did not finish).

Kebanyakan buku yang den baca adalah pinjaman dari perpustakaan.

Buku-buku yang berjujuk di 5 rak buku masih ada yang tidak berbaca😅.

Summary daripada aplikasi Bookmory

Sama seperti tahun 2024, den tidak update IG @sariereads berbulan-bulan.

Masuk aje Disember 2025, baru menggelupur hendak update resensi semua buku yang dibaca.

Termasuk update di Goodreads.

Tahun ini den cuba update kisah buku dibaca di Bookmory juga.

Sakan nohhhhh.

Udah tau pemalas lagi mau update pasal buku yang dibaca di 3 aplikasi😅.

 

Den rasa idok la den beli buku banyak sangat tahun ni.

Tapi eh dekat 40 buah buku juga den beli.

Haish.

Patut la tidak pernah cukup duit hendak berjimbaan ke Kutub Utara😅.

Dia ala-ala I was saving money. I saw books. Books saw me. The money dissapeared. Ha...begitu😅
Buku yang diterima dari Shopee pada 30 Disember 2025😅

2025 adalah tahun yang sangat mencabar daripada segi kerja.

Den ditukarkan ke unit baru pada Jun 2025.

Team member ada 18 orang.

12 orang adalah generasi Z yang baru bekerja tidak sampai 6 bulan.

Dalam tempoh 6 bulan mencari rentak dan keserasian bertugas di unit baru ini, serasanya seumpama perjalanan Frodo Baggins di dalam Lord of The Rings😅.

Penuh pancaroba yang bukan kaleng-kaleng.

Mujur den tidak bertukar menjadi Saruman😅.

 

Unit yang melaksanakan keperluan undang-undang yang pertama kali dibuat di Malaysia.

Undang-undang yang baru berusia 10 bulan semasa den memasuki unit baru ini.

Kaedah pelaksanaan yang masih caca merba.

Garis panduan, SOP segala semuanya nahi kabhi nahi.

Memang den sibuk dengan lawatan tapak, libaturus dan sebagainya.

Amanah yang sangat berat sebenarnya.

 

Den siap termimpi-mimpi pasal kerja bila masuk unit baru ini.

Tragis kan😅?

Orang mimpi la melangkah seiringan dengan Keanu Reaves kan?

Apo mimpi keroje😅.

Jun 2025 den pindah dari bilik A ke bilik B di tingkat yang sama kerana pertukaran unit.

Disember 2025 diarahkan untuk berpindah tingkat pula😅.

2 kali kena berkemas tahun ini

Alhamdulillah masih Allah berikan rezeki travel sekupang dua pada 2025 ini.

2 kali solo travel walaupun dekat sahaja.

Travel atas asbab tuntutan kerja (ayat gomen habis)😅.

Travel dengan keluarga kecil den walaupun jenuh kena paksa deme ambil gambar.

Sesi berjimbaan dengan konco-konco.

Terberjalan secara tiba-tiba.

Trip yang terpaksa dibatalkan walaupun full payment telah dibuat.

Macam-macam la kisah travel ni.

Paling suka kalau dapat duduk di tepi tingkap walaupun kebanyakan masanya den tidur pengsan dalam flight

Lawatan teknikal ke Mersing

Tahun 2025 adalah tahun berkenalan dengan beberapa orang bloggers.

Yang kaki travel.

Yang rajin update blog setiap hari.

Yang selalu café hoping.

Yang memasak pelbagai resepi macam ada restoran high end.

Yang ada pelbagai cerita gembira yang dikongsikan.

Yang memberikan inspirasi dan sebagainya.

Terima kasih kerana sudi bersahabat di alam maya.

Terima kasih sudi singgah di blog den meninggalkan komen yang manis-manis.

Mohon maaf selalu ambil masa yang lama untuk blogwalking ke blog kome.

 

Alhamdulillah rezeki den dapat update blog di bawah tajuk Wordless Wednesday setiap hari Rabu setiap minggu pada tahun 2025 ini.

Ini kira pencapaian untuk den sebab selalunya hendak update blog seminggu sekali pun jenuh😅.

 

Alhamdulillah kehadiran ke kelas mengaji setiap Selasa malam adalah 85%.

Kelas yang ada love hate relationship sebab patah hati sokmo asyik terpleot membaca Qurannya😅.

Disebabkan ustazah tidak pernah berputus asa dengan den makanya den merangkak juga la ke kelas ini😅.

Lepas tu 3 orang yang mengaji bersama itu rajin sungguh membawa makanan setiap kali kelas.

Rugi la kan kalau den ponteng kelas mengaji ni😅.

 

Sesi tengok KDrama diteruskan dengan jayanya😅.

Setiap tahun ada sahaja oppa baru yang bertakhta di hati ye.

Tetap rindu pada Lee Sun-kyun. 2 tahun sudah dia meninggal dunia. Masih belum ada hati hendak ulang tengok KDrama My Mister

Setiap tahun ada kisah tersendiri.

Ada sahaja kehilangan yang berlaku.

Yang pastinya setiap hari kita semakin dekat dengan kematian.

In sya Allah kita usahakan menghargai moment yang dilalui.

 

Den akhiri coretan bagi 2025 dengan lagu Good Goodbye oleh Hwasa.

Kita ucapkan Good Goodbye kepada 2025 ye.

Den paling suka lirik lagunya yang di bawah ni.

Even as the whole world is looking down on me

Even if there is no one on my side, next to me

Don't worry, it's okay

I’ll stay here with me

I’ll be on my side instead of you.

Selamat tinggal 2025.

Terima kasih di atas segalanya yang manis, pahit, payau, masin segala.

Signing off from 2025.

Selamat tinggal kepada bilik yang den sempat duduk 6 bulan sahaja

 

 

22 comments

  1. Terhibur dan terusik baca entri KSarie ni. Sebab KSarie banyak membaca rasanya, tulisan KSarie sangat menarik, bagi saya. Camana yek, KSarie manage untuk cari buku-buku yang sangat menarik, bagi saya, sebab saya tak pernah jumpa buku-buku yang KSarie selalu tunjuk. Menunjukkan yang saya kena lebih mencari dan membaca. 😊 Nanti singgah blog saya, sebab KSarie salah seorang top pengomen 2025 di blog saya tau. Happy new year! 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy sangat termasuk dalam senarai antara pengomen yang dapat hadiah daripada Tot🥰Kebanyakan buku KSarie pinjam dari perpustakaan dan seorang kawan si ulat buku yang ada buku-buku best. Ada juga buku-buku yang KSarie beli masa jualan gudang, dsb.

      Delete
  2. Moga 2026 akan lebih baik buat KSarie dalam semua hal. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

    Kita punya buku, DNS (did not start) 😆😆😆😆 hampeh si Mulan.

    Lee Sun-kyun tu kan, masih tak percaya kan dia dah tak ada. Apa yang Korea yang baik2 masih tetap di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe takpe 2026 masih ada masa untuk mula membaca semula😊Semoga 2026 kita semua molek-molek ye

      Delete
  3. Panjang cerita tahun 2025 ya. Banyak pahit manis kenangan tahun 2025. Moga baik2 ajer buat kita untuk tahun 2026. Usia menginjak 1 tahun lagi tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga yang molek-molek untuk kita di tahun 2026

      Delete
  4. saya pernah kerja jadi promoter kat mall2 juga. tak tergamak la nak panggil customer as makcik. saya mmng akan panggil puan or akak (buat diorang terasa muda sikit). kalau tgok muka mcm opah2 tu baru saya panggil makcik.

    selamat tahun baru ksarie! nampak padat jadual tahun 2025 ni ye. dgn banyak sakitnya. semoga tahun 2026 lebih baik, dapat spend masa lebih dgn keluarga tercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga 2026 kita semua molek dan bahagia sokmo😊

      Delete
  5. Happy new year kita! semoga 2026 baik2 segalanya

    ReplyDelete
  6. Rasa macam dah komen, ke belum...... 😍😍😍😍

    ReplyDelete
  7. Gelak saya baca scene hangover 2 tuh 😂😂. Saya tak nonton movie nya. Agaknya lucu yaaa.

    Kalau nama panggilan kita dah berubah, itu pun saya alami jugaaaa kak 🤣🤣🤣🤣🤣.

    Kalau di sana makcik kaan. Kalau di sini, dipanggil ibu 🤣🤣🤣🤣. Ya Allah langsung sedih sesaat, sudah tua ternyata kitaa hahahahahah. Dulu selalu dipanggil mbak, atau kakak. Kenapa berubah jadi ibu 😂😂😂.

    Saya kebalik dengan kaksarie. Kalau kakak lagi banyak baca buku penulis Indonesia, saya pula lagi baca buku penulis Malaysia 🤣. Ada 3 nih hah, Acik Lana, Ahadiat Akashah dan cahaya ainn .

    Cahaya ainn oke lah. Nih tengah baca Acik Lana, ya Allah saya sukaaaaaa. Langsung teringat dengan buku2 Aisya sofea, zaman saya kuliah dulu.

    Tahun ini saya nak buat target reading lagi kak. Sebenarnya saya tiap hari pasti baca buku. Tp tahun kemarin tak buat target. Jadi sesukanya saja.

    THN ini nak buat 50 buku saja. Semoga tercapai lah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Movie Hangover yang pertama keren banget. Movie sequel nya masih keren tapi tidak bisa menandingi movie yang pertama. Semangat terus membaca ya Fanny untuk tahun 2026 ini💪💪💪Sudah tua KSarie ini ya Fanny😅

      Delete
  8. Alhamdulillah, walaupun tahun 2025 penuh dengan masalah hidup dan ada turun naik, sekurang-kurangnya saya masih bertahan. Betul kata meme tu, ‘Did you die?’ hahahaha

    Hebat sungguh kak, boleh baca sampai 98 buah buku. Saya baca satu pun ambil masa lama, hahaha.

    Selamat datang 2026, semoga tahun ini lebih berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita lebih bahagia di tahun 2026 yar💪💪💪

      Delete
  9. Boleh tahan panjang juga cerita...saya untuk 2026...kurang teks tetapi mahu lebihkan imej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya saya boleh buat begitu juga tapi itu la saya ni kuat membebel😅

      Delete
  10. Salam Penghujung Tahun 2025.. Semoga tahun 2026 penuh dgn warna warna hara raya gitu ya hihii..

    ReplyDelete
  11. Semoga 2026 datang dengan lebih banyak rezeki, kesihatan yang baik dan kebahagiaan untuk kita semua. 🌸✨

    ReplyDelete