Acah Sibuk Mengalahkan Darth Vader Dalam Star Wars
Assalamualaikum.
Yuhuuuuuu.
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat.
Den demam sejak dari semalam.
Demam urat agaknya sebab sakan sibuk ke hulu ke hilir tidak ketahuan dari 5 hingga 22 Disember.
Den outstation segala tak jejak ofis dalam tempoh tersebut.
3 pokok den dekat ofis tu agaknya sudah tamat riwayatnya sebab tidak bersiram hampir 3 minggu😅.
Kira sampai di situ sahajalah hubungan kita begitu ye😅.
Patutnya masuk ofis esok sebab nanti dirembat pula oleh boss kan😅.
Tetapi dok sakan bersin dan selsema.
Jadinya hari ni tumbang la kita selepas makan ubat balik dari lawatan teknikal di Bagan Serai, Perak.
In sya Allah esok kita cuba ke ofis kalau tidak MC😅.
Perlu kemas dokumen segala sebab diarahkan pindah ke tingkat lain pula.
Bulan Jun 2025 hari itu udah berpindah bilik tetapi masih di tingkat yang sama.
Ini diarahkan pindah ke tingkat lain.
Hendak diapakan ye.
Kita turuti aje la arahan itu.
Sorry ye tidak sempat blogwalking ke blog kawan-kawan alam maya.
In sya Allah den usahakan nanti ye jengah blog kawan-kawan.
Penuh sungguh jadual 5 - 22 Disember tu.
Lawatan teknikal dan kursus.
Naik bas, ETS, bot dan flight segala.
Pergi Kelantan, Kuching, Ipoh dan Bagan Serai.

Antara lawatan teknikal awesome teruk untuk 2025. Migratory birds watching at Bako Buntal Bay, Kuching ![]()
Pemandangan sungai di Kuching
| Baraj di antara Sungai Santubong dan Sungai Sarawak |
| Antara trip yang tetiba tahun ini |
Balik rumah tukar beg esok gerak ke tempat lain.
Tertidur-tidur depan laptop settlekan invois, emails segala.
Memang penat sungguh.
Siap migrain bagai la.

Acah serius begitu ye 
Tunggu hendak naik ETS buat keroje. Dalam ETS buat keroje. Nangis
Begitulah kehidupan seorang penjawat awam teknikal.
Eceh😅.
Sudah keroje kita buat yang sebaiknya begitu ye.
Den suka je lawatan teknikal bagai.
Cumanya bila berjujuk tu agak terpleot sebab sudah tua.
Lagi ada orang cadangkan hendak naikkan umur bersara kepada 65 tahun.
Kena sawan babi agaknya ye.
Tinggal 9 hari lagi di tahun 2025.
Semoga hari yang berbaki ini molek untuk kita ye.
In sya Allah den memang akan sibuk mengemas dan packing barang segala di bilik sekarang.
Pindah ke tingkat baru pada 29 Disember.
Lepas tuh unpack dan kemas bilik baru pula.
Pengsan.
Kome ke mana cuti sekolah ni.
Den setakat ni memang tidak ada rancangan ke mana-mana.
Semoga semua yang molek-molek untuk semua ye.
Jaga diri.
Berkaitan tajuk post hari ini adalah sebab tiba-tiba den teringat pada Darth Vader.
One of the most iconic villains in movies.
Villain pujaan hati den.


0 Comments