Ramai Yang Telah ‘Pergi’
Assalamualaikum.
Kereta den adalah kereta lama yang masih menggunakan CD.
Tau…tau….ketinggalan zaman betul kan😅?
Tetapi hendak diapakan ye, den ini rakyat marhaein.
Masih menggunakan kereta yang sepatutnya udah dilupuskan.
Walaupun terpleot keretanya itu aje yang ado.
Jalan aje la ye.
Den ada la koleksi lagu-lagu yang den muat turun dalam CD.
Kebanyakannya lagu-lagu lama sebab lama udah den muat turun lagu-lagu ni.
Ada lagu Melayu, lagu Hindustan, lagu English, lagu Korea segala.
Den ada lebih kurang 15 CD rasanya.
Ada satu CD khas untuk lagu-lagu raya.
Jadinya CD ini akan kami dengar semasa bergerak ke mana-mana semasa Aidilfitri.
Hampir setiap CD yang den ada itu ada penyanyi yang telah meninggal dunia.
Ada sesetengah CD yang berturutan penyanyinya telah meninggal dunia.
Kadang-kadang bila udah beriya menyanyi sampai tercabut anak tekak di dalam kereta tu, akan terkeluar ayat “lama dah meninggal si XXXX ni ye”.
Lepas itu selalunya akan menjadi sesi teringat kenangan membesar bersama-sama lagu-lagu penyanyi yang telah meninggal dunia.
Kalau cerita pasal Michael Jackson, akan terkenang choreography Thriller yang masih menjadi ikutan ramai sehingga kini.
Bila bersembang tentang Queen, teringat Freddy Mercury masa dia menyanyi dekat Live Aid 1985 terutamanya masa dia buat vocal training dengan penonton.
Sampai sekarang tiada yang dapat menandingi suara tinggi Whitney Houston.
Semua ni legend.
Tidak jumpa ganti dah.
Sembang pasal arwah Sudirman, Saleem Iklim, Shahrin Fotograf, dsb.
Cerita tentang pemain drum, gitar kumpulan rock kapak yang telah meninggal dunia.
Sedih, takut, dsb semua ada bila bercakap pasal mati ni kan.
Bila sembang pasal mereka yang telah pergi ini, akhirnya akan mengingatkan den yang den pun akan menyusul jejak deme nanti.
Tau…tau…semua lagu ni lagho tapi itu la kan den memang membesar dengan lagu dari kecil.
Ingat lagi dok menari depan cermin masa tadika lagu Billie Jeans😅.
Umur udah separuh abad patutnya udah mula tinggalkan lagu-lagu ni semua ye tetapi itu la ye hmmmmm.
Sekarang ini hendak cari kedai yang masih menjual CD terlalu susah.
Macam udah tidak ada pun iya ye.
Semua orang sudah dengar lagu yang disambungkan kepada Bluetooth bagai.
Den yang masih tersangkut di zaman CD ye😅.
Semoga Allah mengampuni dosa penyanyi-penyanyi yang pernah memeriahkan hidup kita dan dihindarkan daripada seksaan api neraka dan dikurniakan syurga.
Penyanyi mana yang telah meninggal dunia yang kome paling minat?


0 Comments