12 Disember 2025 3 Tahun Abah Meninggalkan Den
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harapnya semuanya sihat dan happy sokmo.
In sya Allah berbaki 19 hari sahaja lagi kita di bulan Disember 2025 ini ye.
Nampaknya tidak tercapai hasrat den hendak update blog setiap hari di bulan Disember ini ye😅.
Begitulah hidup ye.
Kita hanya merancang.
Allah jua yang menentukan segalanya.
Hari ini 12 Disember 2025 genap 3 tahun abah meninggal dunia.
Sekejap je masa berlalu.
Den masih simpan whatsapp dengan arwah abah.
Kali terakhir whatsapp 9 Disember 2022.
10 Disember 2022 telefon abah bagitau dia tidak perlu datang kenduri sebab baru je seminggu operation.
11 Disember 2022 jumpa abah di kenduri sepupu di Tanjung Malim.
12 Disember 2022 abah meninggal dunia.
Kalau den baca write up den pada 2022 memang berjurai air mata.
https://www.dinohauz.com/2022/12/selamat-tinggal-abah-selamat-tinggal.html
Rindu pada mereka yang telah tiada ni memang tidak boleh dibawa bincang ye.
Kadang-kadang tiba-tiba je teringat.
Baru-baru ni den dengar lagu Hanya Rindu oleh Andmesh semasa berjalan balik dari hentian bas ke rumah.
Masa tuh hujan renyai-renyai.
Tiba-tiba teringat pada arwah abah.
Terus berjurai air mata.
Ada sekali tu masa pergi kilang untuk pemantauan pematuhan syarat lesen.
Kebetulannya supervisor yang kami jumpa tu ada iras rupa macam arwah abah.
Sikit lagi air mata hendak menitik masa bercakap dengan encik tu.
Jenuh la menahan sebak di dada.
Kalau tertengok cerita yang ada Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone memang akan teringat dekat abah.
Selalu masa arwah abah ada, setiap kali den ke Penang bila ada kursus, dsb abah akan tapaukan apam lenggang Pasar Awam Seberang Jaya kepada den.
Sekarang ni den pergi makan apom sorang-sorang di situ.
Lepas itu den akan ziarah kubur abah.

Masa den ziarah kubur abah Jun lepas
![]() |
| Apom yang den makan dengan arwah abah sejak den umur 6 tahun |
Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah den ye.
Bahashim bin Khalid.
Semoga semua arwah ibu bapa kita semua diampunkan oleh Allah.
Dirahmati oleh Allah.
Dilindungi daripada azab kubur.
Dilapangkan kubur mereka seumpama taman-taman di syurga.
Dipermudahkan urusan semasa di Padang Masyar.
Dilindungi daripada azab api neraka.
Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
In sya Allah.
Jaga diri semua.


0 Comments