12 Disember 2025 3 Tahun Abah Meninggalkan Den

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Harapnya semuanya sihat dan happy sokmo.

In sya Allah berbaki 19 hari sahaja lagi kita di bulan Disember 2025 ini ye.

Nampaknya tidak tercapai hasrat den hendak update blog setiap hari di bulan Disember ini ye😅.

Begitulah hidup ye.

Kita hanya merancang.

Allah jua yang menentukan segalanya.

 

Hari ini 12 Disember 2025 genap 3 tahun abah meninggal dunia.

Sekejap je masa berlalu.

Den masih simpan whatsapp dengan arwah abah.

Kali terakhir whatsapp 9 Disember 2022.

10 Disember 2022 telefon abah bagitau dia tidak perlu datang kenduri sebab baru je seminggu operation.

11 Disember 2022 jumpa abah di kenduri sepupu di Tanjung Malim.

12 Disember 2022 abah meninggal dunia.

 

Kalau den baca write up den pada 2022 memang berjurai air mata.

https://www.dinohauz.com/2022/12/selamat-tinggal-abah-selamat-tinggal.html

 

Rindu pada mereka yang telah tiada ni memang tidak boleh dibawa bincang ye.

Kadang-kadang tiba-tiba je teringat.

Baru-baru ni den dengar lagu Hanya Rindu oleh Andmesh semasa berjalan balik dari hentian bas ke rumah.

Masa tuh hujan renyai-renyai.

Tiba-tiba teringat pada arwah abah.

Terus berjurai air mata.

 

Ada sekali tu masa pergi kilang untuk pemantauan pematuhan syarat lesen.

Kebetulannya supervisor yang kami jumpa tu ada iras rupa macam arwah abah.

Sikit lagi air mata hendak menitik masa bercakap dengan encik tu.

Jenuh la menahan sebak di dada.

 

Kalau tertengok cerita yang ada Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone memang akan teringat dekat abah.

Selalu masa arwah abah ada, setiap kali den ke Penang bila ada kursus, dsb abah akan tapaukan apam lenggang Pasar Awam Seberang Jaya kepada den.

Sekarang ni den pergi makan apom sorang-sorang di situ.

Lepas itu den akan ziarah kubur abah.

Masa den ziarah kubur abah Jun lepas
Apom yang den makan dengan arwah abah sejak den umur 6 tahun

Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah den ye.

Bahashim bin Khalid.

 

Semoga semua arwah ibu bapa kita semua diampunkan oleh Allah.

Dirahmati oleh Allah.

Dilindungi daripada azab kubur.

Dilapangkan kubur mereka seumpama taman-taman di syurga.

Dipermudahkan urusan semasa di Padang Masyar.

Dilindungi daripada azab api neraka.

Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

In sya Allah.

 

Jaga diri semua.

 

 

24 comments

  1. Semoga arwah sedang berbahagia sekarang ni bersama orang2 beriman

    ReplyDelete
  2. Samalah kita merindu pada kesayangan yg dah berpindah ke negeri abadi. Al fatihah utk ayah bonda kita yg telah kembali kepada-Nya.

    ReplyDelete
  3. Amak saya juga meninggal 2 tahun lalu di bulan september. Ada masanya kita terkenang dan rindu. Ayo kita doakan orang tua kita. Mohonkan ampunan dan semoga dipertemukan berkumpul di syurga kelak. Aamin

    ReplyDelete
  4. Alfatihah untuk arwah abah KSarie. Tak tahu nak cakap apa. Tumpang sedih. Huggss dari jauh untuk KSarie. Memorinya, makan apom lenggang tu. Patut KSarie suka makan tu.

    ReplyDelete
  5. Untungnya kubur dapat tepi pagar (Tu pagar kan?)
    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn...tqqq Uncle. Haah kuburnya sebelah pagar. Senang nak cari

      Delete
  6. Moga rohnya ayah kita dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Ayah kami pergi 28/11/1994 dulu.

    ReplyDelete
  7. moga Allah SWT mengampuni semua kesalahan almarhum dan menerima semua amal kebaikannya..

    ReplyDelete
  8. moga roh arwah dicucuri rahmat Allah swt.

    saya singgah dan follow blog ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye Lynn. Blog Lynn memang tak buka untuk komen ke? Tak jumpa ruang untuk komen ke mata KSarie kero.

      Delete
  9. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman. rindu pada yg telah tiada itu sangat menyakitkan

    ReplyDelete
  10. Kehilangan orang yang kita sayang ini memang susah sekali terkadang. Rindu nya pun susah utk hilang. Sayapun tak bisa bayangkan jika nanti orangtua berpulang, atau keluarga kecil saya ada yg pergi, rasa2nya memang sakiiit dibayangkan.

    Semoga almarhum ayah kakak, diberikan tempat terbaik, dilapangkan dan diterangi kubur beliau , juga amal ibadah selama hidup di dunia bisa menjadi bekal dalam kehidupan selanjutnya di alam kubur 🙏.

    ReplyDelete
  11. Semoga Abah selalu ditempatkan dalam golongan orang beriman kak Sarie 🤗. Lagu andmesh itu memang buat airmata kluar laaah.

    Saya dengan mertua, papa dan mama mertua juga dekat. Bahkan LBH dekat daripada ke ortu saya sendiri. Krn itu saat papa mama mertua meninggal, memang menangis lah. Apalagi pas dengar lagu andmesh.. masih teringat momen2 di mana kami sering traveling bareng dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga papa mama mertua Fanny ditempatkan di kalangan orang beriman dan dimasukkan di dalam syurga tanpa hisab ye

      Delete
  12. Innalillahi wainna ilaihi rajiun... Semoga ayahanda ditempatkan bersama org2 soleh di dalam syurga amin.. Abah kita meninggal 2012 -13 tahun yg lps.. tak bnyk kenangan yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha KSarie faham tuh. Arwah emak meninggal masa tahun 1988. Jadinya memang tak banyak kenangan dengan arwah emak. Semoga arwah mereka yang kita saya ditempatkan di kalangan orang beriman

      Delete