Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di hari Jumaat yang barokah ini.

In sya Allah kita usahakan membaca Surah Al-Kahfi.

Den hendak berkongsi tentang sebuah buku yang den baca pada tahun 2025 ini.


Tajuk: Dajjal, Muslim dan al-Kahfi

Pengarang: Aiman Bana

Mukasurat: 360

Sumber: Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya 

Surah Al-Kahfi adalah antara 5 surah yang bermula dengan ‘Alhamdulillah’.

4 surah yang lain yang dimulakan dengan adalah ‘Alhamdulillah’ adalah Al-Fatihah, Al- An'aam, Saba' dan Fathir.

 

4 tema rahmat dalam 4 kisah dalam Surah Al-Kahfi:

Ashabul Kahfi - rahmat dipelihara Aqidah

Pemilik 2 kebun - rahmat harta benda

Nabi Khidir - rahmat kebijaksanaan ilmu laduni (ilmu yang dianugerahkan Allah secara langsung kepada hamba-Nya yang terpilih)

Zulkarnain - rahmat kekuasaan dan kehebatan

 

4 senjata fitnah Dajjal adalah fitnah aqidah, harta, ilmu dan kuasa.

Diceritakan di dalam buku ini tentang perincian kisah Ashabul Kahfi, pemilik 2 kebun, Nabi Khidir dan Zulkarnain berdasarkan rujukan hadis, dsb.

 

Dibuat perbandingan dan kaitan di antara Dajjal dan Ashabul Kahfi, pemilik 2 kebun, Nabi Khidir dan Zulkarnain.

Diberikan fakta tentang Dajjal zaman sekarang yang berlaku melalui hiburan, teknologi, hubungan, kuasa, harta benda, wanita, dsb.

 

Buku berkaitan agama dan akidah ni tidak kira dalam bentuk se 'layman' mana pun.

Perbincangan tentang perkara yang berat bagi orang seperti den yang biasa-biasa ini akan membuatkan den terkesima.

3 amalan yang disarankan untuk diamalkan adalah:

1. Sentiasa membaca doa:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.

 

2. Menghafal dan menghayati 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

3. Berusaha menjadi seorang Muslim Muwahhid (orang muslim yang mengesakan Allah).

 

Perasan tak penulis tidak cakap pun membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat?

Mungkin penulis ingat itu memang udah sepatutnya dibuat pun.

Tidak perlu dipesan lagi.

Menangis kejap den di bucu katil.

 

Terdapat 49 buah hadis berkaitan Dajjal yang dikongsikan di dalam buku ini tetapi hadis yang ke 49 buat den paling terkesima.

Rasulullah saw bersabda berdasarkan hadis Ibn Majah:

"Perkara yang lebih dikhuatiri dari Dajjal adalah syirik yang tersembunyi di mana seseorang mengerjakan solat dan memperbaiki solatnya dengan harapan agar ada seseorang yang memperhatikannya".

 

Buku yang memberikan penerangan tentang fitnah Dajjal yang mengerikan.

Tetapi mahu tidak mahu kita perlu ambil tahu.

Supaya kita sentiasa berusaha untuk sentiasa berada di jalan yang benar dan lurus.

Walaupun bila membaca buku tentang Dajjal, akhir zaman, dsb membuatkan den rasa terpleot.

Sebab mengenangkan nasib diri kerana begitu banyak dosa.

Tetapi tetaplah juga perlu dibaca agar kita bisa memperbaiki diri sementara masih bernafas ini ye.

Buku ilmiah ni memang ambil masa untuk dihabiskan.

Sebab itu bawa merata semasa makan di sana sini. 

Antara buku yang awesome den baca pada tahun ini.


 

0 Comments