Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari Jumaat yang barokah ini.
In sya Allah kita usahakan membaca Surah Al-Kahfi.
Den hendak berkongsi tentang sebuah buku yang den baca pada tahun 2025 ini.
Tajuk: Dajjal, Muslim dan al-Kahfi
Pengarang: Aiman Bana
Mukasurat: 360
Sumber:
Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Surah Al-Kahfi adalah antara 5 surah yang bermula dengan ‘Alhamdulillah’.
4 surah yang lain yang dimulakan dengan adalah ‘Alhamdulillah’ adalah Al-Fatihah, Al- An'aam, Saba' dan Fathir.
4 tema rahmat dalam 4 kisah dalam Surah Al-Kahfi:
✅Ashabul Kahfi - rahmat dipelihara Aqidah
✅Pemilik 2 kebun - rahmat harta benda
✅Nabi Khidir - rahmat kebijaksanaan ilmu laduni (ilmu yang dianugerahkan Allah secara langsung kepada hamba-Nya yang terpilih)
✅Zulkarnain - rahmat kekuasaan dan kehebatan
4 senjata fitnah Dajjal adalah fitnah aqidah, harta, ilmu dan kuasa.
Diceritakan di dalam buku ini tentang perincian kisah Ashabul Kahfi, pemilik 2 kebun, Nabi Khidir dan Zulkarnain berdasarkan rujukan hadis, dsb.
Dibuat perbandingan dan kaitan di antara Dajjal dan Ashabul Kahfi, pemilik 2 kebun, Nabi Khidir dan Zulkarnain.
Diberikan fakta tentang Dajjal zaman sekarang yang berlaku melalui hiburan, teknologi, hubungan, kuasa, harta benda, wanita, dsb.
Buku berkaitan agama dan akidah ni tidak kira dalam bentuk se 'layman' mana pun.
Perbincangan tentang perkara yang berat bagi orang seperti den yang biasa-biasa ini akan membuatkan den terkesima.
3 amalan yang disarankan untuk diamalkan adalah:
1. Sentiasa membaca doa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.
2. Menghafal dan menghayati 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
3. Berusaha menjadi seorang Muslim Muwahhid (orang muslim yang mengesakan Allah).
Perasan tak penulis tidak cakap pun membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat?
Mungkin penulis ingat itu memang udah sepatutnya dibuat pun.
Tidak perlu dipesan lagi.
Menangis kejap den di bucu katil.
Terdapat 49 buah hadis berkaitan Dajjal yang dikongsikan di dalam buku ini tetapi hadis yang ke 49 buat den paling terkesima.
Rasulullah saw bersabda berdasarkan hadis Ibn Majah:
"Perkara yang lebih dikhuatiri dari Dajjal adalah syirik yang tersembunyi di mana seseorang mengerjakan solat dan memperbaiki solatnya dengan harapan agar ada seseorang yang memperhatikannya".
Buku yang memberikan penerangan tentang fitnah Dajjal yang mengerikan.
Tetapi mahu tidak mahu kita perlu ambil tahu.
Supaya kita sentiasa berusaha untuk sentiasa berada di jalan yang benar dan lurus.
Walaupun bila membaca buku tentang Dajjal, akhir zaman, dsb membuatkan den rasa terpleot.
Sebab mengenangkan nasib diri kerana begitu banyak dosa.
Tetapi tetaplah juga perlu dibaca agar kita bisa memperbaiki diri sementara masih bernafas ini ye.
Buku ilmiah ni memang ambil masa untuk dihabiskan.
Sebab itu bawa merata semasa makan di sana sini.
Antara buku yang awesome den baca pada tahun ini.



Salam singah, membaca hingga ke titik akhir, terima kasih perkongsian yang tulus ikhlas..semoga kita amalkan selalu ayat al khafi..10 ayat terakhir..dijauhi kejahatan syaitan..solat on time..Allah pasti sayang kita..
ReplyDeleteIn sya Allah cikgu. Semoga kita sama2 membaca Surah Al-Kahfi sokmo ye
DeleteTerkadang kan saya pun tak paham, apa ada hadis yg menyuruh kita baca surah ini setiap Jumat, baca surah ini tiap habis magrib, baca surah ini sebelum tidur etc...
ReplyDeletePadahal menurut saya, membaca Alquran, tak kisah lah surah apa, itu semua bagus. Insyaallah pun akan jadi Amal bekal kita di saat mati nanti.
Saya sesekali baca buku begini juga, untuk reminder diri sendiri. Terkadang ada masa di mana saya terlalu happy, sampai lupa ingat Allah. Dengan baca yg baik2 , itu semacam pengikat juga, utk tidak kluar dari jalur yg benar.
Umur KSarie udah mahu separuh abad jadinya cuba membaca buku sebegini buat reminder kepada diri sendiri yang hidup semakin singkat.
DeleteBuku ilmiah ni memang terkesan ke dalam hati bila membacanya. Terima kasih berkongsi isinya.
ReplyDeleteSama-sama Fiza. Semoga ada manfaat untuk kita semua ye
DeleteItulah, sesekali kena juga baca buku berat macam ni, supaya ada rasa takut dan sedar diri sikit, bagi sayalah. Terima kasih, atas perkongsian KSarie. Semoga kita dapat amalkan baca surah al-kahfi ini. Saya tak hafal lagi, mampu baca saja. Huuu...
ReplyDeleteHa samalah kita. Setakat ini boleh baca sahaja bab menghafal 10 ayat pertama dan terakhir itu memang belum nampak sinar di hujung terowongnya🥲
Delete